Nasi Lemak Mekdi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang nampak ramai pulak yang share pasal Nasi Lemak McD ni. Nani dulu pernah try lah makan, masa yang first version tapi tak berapa sedap sangat. Dulu sambal nasi lemak McD ni masam & nasi tu pun biasa biasa aje. Tapi ramai yang cakap nasi lemak McD sekarang lagi sedap compared daripada yang dulu. Hari tu Nani nak beli tapi sebab pagi lagi kot, staff McD tu cakap kalau nak order time tu ayam tak ada lagi. Sobs. So tak jadi lah kita nak beli. Siapa suruh pergi pagi sangat kan? Hahah! Nani drive thru around pukul lapan pagi rasanya masa tu tapi staff tu cakap tak ada lagi. Nani ingatkan available 24hrs, itu yang gigih pagi pagi dah menapak ke McD. Sanggup okay, demi sebungkus nasi lemak. Tapi nasi lemak ni versi yang 'mahal' sikitlah daripada biasa. Hahaha! Siap pakej ayam goreng dengan telur mata lagi, dekat mana nak dapat yang murah murah, nama pun Mekdi. Awal awal dulu memang Nani tak rasa pun nak try sebab terbayang bayang lagi sambal nasi tu yang masam (dulu lah). Tapi bila semua orang cakap dah makin sedap sekarang ni, tu yang nak jugak rasa. 
Dalam iklan nampak menyelerakan betul nasi lemak ni, harap harap kalau beli nanti dapat pun sama lah macam ni. Tak kiraaa, esok nak order jugak. Nak jugak rasa apa istimewanya nasi lemak Mekdi yang kali ni. Heheh. Ada dua pilihan nasi lemak dekat sini, kita boleh pilih sama ada nak yang seketul ayam atau pun dua ketul. Nani check dekat App McD ni, kalau satu set yang seketul ni dalam RM 14.14 & untuk yang set dua ketul RM 16.97. Nani tak sure dekat outlet dorang harga macam ni jugak ke or lain. Kalau yang nasi lemak dengan telur aje RM 7.54 untuk satu set. Memang boleh tahan jugak lah harga nya. Hahah! 
Tak apa lah sekali sekala nak makan nasi lemak 'mahal.' Hahah! Cuma Nani ada baca, kalau nak jimat boleh order thru App McD sebab boleh dapat satu set nasi lemak (ayam dua ketul) dengan satu aiskrim sundae dalam RM 16.99. Lagi untung lah kalau yang ni. Ayam tu pun boleh pilih sama ada nak spicy or extra spicy. Tak sabar nak try ehek! 

Kredit: Twitter
Hari hari scroll Twitter, sudahnya dengan Nani sekali terpengaruh bila tengok & baca review dia orang dekat Twitter. Hahaha! Tapi ada jugak yang cakap nasi, sambal semua tu dah sedap tapi telur goreng tu tak tahu lah sejak bila dorang goreng. Hahahaha adoi! Harap harap kalau beli nanti jangan lah jadi macam ni. Kalau tak kena dengan citarasa sendiri nanti, kita telan aje lah ye sampai habis. Hahah!Korang pulak dah pernah try ke belum Nasi Lemak McD ni? Kalau dah pernah try, boleh lah share dengan Nani korang punya review dekat bawah. Hiks :) 


11 comments:

  1. nanti kalau dah makan share sikit ye pasal sambal tu. sambal yang awal2 keluaran dia ni memang tak kena tekak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann yang awal awal tu memang tak sedap sangat, masam sikit. Tapi ramai yang cakap kali ni punya dah sedap. Heheh :)

      Delete
  2. xbyk beza harga yg seketul aym ngn dua ketul,..
    baik order yg 2 ketul ayam terus.. haha

    nmpk sedap plak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha iyee! Memang lagi jimat order yang dua ketul tu. Jom lah pergi Mekdi. Heheh.

      Delete
  3. Owh.. dah sedap eh sambal dia.. Boleh cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Sha, ramai yang cakap sambal kali ni lagi sedap daripada yang dulu.

      Delete
  4. aritu laki akak ada try, mmg lain la sambal tu ngn sambal yg masa dia kuar mula2...
    nasi dia pun sedap lemak2 gitu katanya dia... akak tak try sbb makan beger hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke kak Dana, memang boleh try lah ni. Nani risau kalau sambal sama macam dulu tu, tak sedaap! Hahah! Burger pun sedap jugak kalau dekat Mcd tu kan.

      Delete
  5. Sebenarnya dah lama tak masuk McD terutama bila menjadi surirumah sepenuh masa ni. Sekarang nak makan fast food minta grab hantar kerumah atau laki tapau je. Nanti dah rasa sila share...kita nak suruh laki kita tapau macam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Okay nanti Nani share kalau dah try. Senang kan ada Grab food ni, tak payah susah susah nak keluar pergi beli makanan.

      Delete
  6. aritu kwn beli tp telur tu mcm xbrp je presentationnya..tp katanya sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page