Koleksi Jakel Barulah Raya 2019

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Salam Ramadhan. Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa hari ini. Macam yang kita tahu, bila dah melangkah ke bulan Ramadhan memang semua orang akan sibuk untuk buat persiapan Hari Raya disamping melaksanakan ibadah puasa. Hari Ahad minggu lepas Nani berkesempatan ke Jakel Shah Alam untuk melihat sendiri koleksi baju Raya keluaran Jakel pada tahun ini. Banyak sangat pilihan yang ada sampai rambang mata lah kita nak pilih yang mana satu. Nani paling suka membeli belah di Jakel sebab boleh cari & beli baju untuk satu keluarga terus. Tak payah dah pening pening nak pergi banyak kedai. Paling penting sekali, kain yang digunakan sememangnya berkualiti tinggi. Untuk tahun ini, koleksi kain Jakel lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden, yang mana menepati citarasa pelanggan dan up to date. Pagi Raya nanti boleh lah bergaya sakan dengan koleksi Raya keluaran Jakel. Tak sabaar! Mana yang belum beli lagi baju Raya tu, boleh lah ajak family dan kawan kawan ke Jakel yang berdekatan okay! 
Kempen Jakel Barulah Raya pada tahun ini turut diadakan di Wisma Jakel Shah Alam. Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan sekali lagi Duta Raya Jakel iaitu Dato Aazron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat dan Upin Ipin. Tidak dilupakan juga duta Jakel yang baru pada tahun ini, Abam Bocik. Menurut Tuan Hj, Mohamed Izani b. Mohamed Jaekl; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian Raya di antara Duta Jakel bersama pelanggan. 
Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini tutur menyelitkan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian Raya di mana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian Raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi jualan dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju melayu bernilai RM 150. 
Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah Koleksi Ayda Jebat, Scha Alyahya dan juga Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan dan moden. Paling penting sekali, koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan. 
Macam yang korang tahu, Jakel sememangnya terkenal dengan koleksi baju melayu yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Pada Nani, memang korang boleh jimat banyak bila membeli baju Raya di Jakel. Setiap pembelian sepasang baju melayu daripada mana mana koleksi, korang akan dapat secara percuma sehelai samping dan butang baju Melayu. Memang bergaya habis lah pagi  Raya tu dengan memakai satu set baju Raya lengkap keluaran Jakel. 
Baju Melayu Nabil Ahmad pada tahun ini telah direvolusikan dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Jadinya nanti pagi Raya senang lah kalau nak ambil wudhu' dan sebagainya. Tak ada lah baju Melayu tu akan basah. Baju Melayu Nabil Ahmad ini masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket. 
Selain daripada koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad, terdapat juga koleksi Baju Melayu Aaron Aziz. Koleksi ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan kepada si pemakai. Keistimewaan koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis kain dan fabrik. 
Macam yang Nani bagi tahu tadi, Jakel pada tahun ini memperkenalkan koleksi Baju Melayu Abam Bocik untuk mereka yang bersaiz besar. Ini salah satu usaha pihak Jakel untuk membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. Selain daripada itu, korang juga boleh dapatkan koleksi Baju Raya Awal Ashaari dan juga koleksi Baju Raya Hairul Azreen di mana mana cawangan Jakel. 
Selain daripada kolekis Baju Melayu, korang juga boleh dapatkan koleksi Kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen. Untuk pengetahuan korang, koleksi kurta ini merupakan koleksi terbaru dan terkini Jakel di mana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah bekualiti dan menggunakan fabrik cotton yang bercorak. 
Terdapat juga koleksi kanak kanak di bawah label Upin Ipin. Bagi setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin, pelanggan akan diberi percuma samping dan butang baju melayu. Selain daripada koleksi baju Raya Upin  Ipin, antara koleksi yang turut menjadi kesukaan ramai ialah koleksi kanak kanak dari Lara Alana dan Yusuf Iskandar. Memang mudah kan membeli di Jakel ni, daripada ayah, emak sampai lah ke anak anak semuanya ada di Jakel. 
 Tengok lah tu bukan main murah lagi harga kain pasang dekat Jakel ni hah. RM 29.00 untuk empat meter, mana nak dapat wakk dekat tempat lain. Berita baik untuk korang yang suka kan online shopping, bermula pada tahun ini Jakel telah membuat jualan secara atas talian (online). Kalau korang rasa malas nak bersesak sesak dengan ramai orang, tambah pulak sekarang bulan Ramadhan, korang boleh dapatkan kesemua produk Jakel menerusi laman online www.jakelstore.my Makin senang lepas ni kalau nak shopping dekat Jakel. 
Hah korang dah beli belum baju Raya tu? Kalau belum lagi, boleh lah shopping di Jakel okay. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakaian dengan harga yang jauh lebih murah & diskaun sehingga 85%. Bukan setakat sehari dua aje Jakel tawarkan harga diskaun ni, tetapi sehingga malam Raya. Dengan slogan, Ingat Kain Ingat Jakel, Jakel menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hingga lah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan. Tunggu apa lagi tu, jom lah kita shopping di Jakel! Jakel Barulah Raya! 


















6 comments:

  1. ingat raya ingt jakel hehe..bj melayu husband akak pn bj melayu bli yg aaron aziz tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Memang dah melekat kan tagline tu dalam kepala. Nani memang prefer beli yang Jakel ni, kualiti kain dia bagus.

      Delete
  2. baju melayu jakel ni akak suka, sebab baju dia jenis yg baju melayu original, bkn jenis yg slimfit sgt or yg over detail nya...
    dulu masa baru2 kawin klu tak sempat bt baju laki akak, beli kt jakel lah, harga dia bg akak berpatutan lah... sbb kalu 1 set tu siap ngn samping lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, pada Nani pun tu kira murah jugaklah sebab siap free samping & butang baju Melayu. So dah tak payah pening pening nak beli samping lain.

      Delete
  3. dah beli baju raya ke nani... Jakel ini mmg ramai peminatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahh. Tahun ni awal buat persiapan, senang. Hahah! Kann, setiap tahun memang ramai orang akan ke Jakel.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page