Sushi King di Setapak Central

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Fridaay! Minggu ni boleh dikatakan minggu yang paling 'hectic' lah sampai rasa tak nak buat benda lain bila dah balik bilik tu. Memang bila letak kepala tu boleh lena sampai pagi. Hahah! Penat dia jadi dua kali ganda bila sekarang ni cuaca panas kemain. Kalau sidai kain tu memang sekejap aje lah kering cerita dia. Heheh. Hari tu 'lari' sekejap dengan segala jenis kerja yang ada, kita pergi makan Sushi King dekat Setapak Central. Dulu Nani lah manusia yang paling tak minat makan sushi ni (padahal masa tu tak pernah try pun makan). Lepas tu bila dah try makan baru tahu sedap rupanya. Kahh! Itu lah orang cakap, kalau tak pernah makan jangan nak complain macam macam sangat. Cuma satu aje lah benda yang tekak Nani tak boleh nak terima dekat Sushi King ni, green tea dia orang. Dah pernah try tapi entah, tak suka. Actually bukan green tea dekat sini aje yang Nani tak boleh minum, semua jenis green tea tak minat. Hahah! Biasanya bila makan dekat Sushi King ni, memang Nani tak akan order air pun, punya lah tak minat kan. Air lain nampak sedap tapi tu lah mahal dan sikit pulak. Hahah! So konsep dia kita makan aje lah. 
 Spicy Yakiniku Set
Selalunya bila makan dekat Sushi King ni Nani akan order menu yang biasa makan aje, macam Spicy Yakiniku Set ni tak pun bento. Kalau udon semua tu memang tak pernah try. Heheh. Harga untuk satu set Spicy Yakiniku ni dalam RM 20++ macam tu, yang Nani ambil ni daging tau. Sedaap sebab daging tu lembut cuma sup tu memang Nani tak suka sebab masin. Tak tahu lah kot outlet dekat sini aje kan, tapi setakat ni memang Nani tak makan lah sup tu. Heheh. Nasi tu walaupun nampak macam sikit tapi percayaaalah memang kenyang okay! 
Spicy Chicken Katsu Don (small)
First time try menu yang ni, rupanya sedap jugak. Next time boleh lah order lagi. Heheh. Walaupun dalam menu tu dia claim spicy tapi macam biasa tak rasa pedas langsung pun. Hahah! Ayam tu sedap sebab crunchy. Kenapa tah sebelum ni tak pernah terdetik nak order. Asyik makan lah menu yang sama sampai jemu. Hahah! Baru ni makan dekat Sushi King total semua sekali 12 ringgit aje lepas dah tolak reward birthday kawan Nani. Phew, memang jimat habis. Bahagi pulak berdua, sorang bayar enam ringgit aje. Heaven betul rasa, kalau macam ni selalu seronok betul. Hahaha! So, apa plan korang untuk weekend ni? Nani tak sabar nak marathon movie, rasa macam dah lama tak dapat rasa nikmat cuti weekend. Sebelum ni asyik balik Pahang lah, settle kan kerja itu lah ini lah, haih macam macam nak buat. Kali ni nak rehat sungguh sungguh. Hahah! Apa apa pun, jaga diri okay, sekarang musim panas memang mudah sakit. Take care everyone! 💗💗

8 comments:

  1. telan liur pagi2 tgk nani nyer menu tuh, akak tak pernah mkn kt sushi king, takde geng lah nani... laki akak mana lah mkn sgt, kwn2 opis pun ramai nya tak minat...

    kalau tingin beli yg kt aeon yg dh siap pack2 tu jelah, tp tak sesedap yg kt kedai gini kan...

    ReplyDelete
  2. kalau ke sushiking mmg tkla order menu2 gini..mmg layan sushi je..tp dh lama tk ke sushi king sbb ke sushi king express je sbb sentiasa rm 3 hehe

    ReplyDelete
  3. Lama tak jengah ke setapak central sejak ada MM. Sup tu pun kak ana tak leh terima. Hehe. Selalu makan bento tanpa sup je.

    ReplyDelete
  4. Rindu nak makan Sushi King! Kita tak pernah try menu yang macam ni dekat Sushi King. Selalu makan sushi je.

    ReplyDelete
  5. Wahh.. lama tak pekena sushi. Tengok pagi2 ni terbuka pulak selera hehe

    ReplyDelete
  6. bestnya naniiii. tgk blog kau semua benda baru yg kau makan. pastu ak terjebak sama.

    ReplyDelete
  7. kita mai singgah malam malam ni tengok makanan.
    lapar haih.. saja je Nani ni tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page