Pertama Kali Menaiki Flight Air Asia ke Kuantan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally ada pun masa nak share pasal ni, bulan February hari tu bulan yang paling busy. Selalunya weekend lah yang Nani akan habiskan masa update entry dekat blog tapi bulan lepas tiga minggu berturut turut balik Pahang sebab nak attend kenduri kahwin. Dia punya penat tu jangan cakaplah macam mana, tapi seronok. Heheh. Since haritu kenduri kahwin pakcik Nani masa Chinese New Year, awal awal lagi dah book tiket flight dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Tak sanggup wakk kita nak redah jammed, dah lah masa tu musim cuti. Naik bas dua tiga jamaje pun Nani dah boleh rasa penat dia tu, ini kan pulak kalau sangkut dalam jammed. So nak senang kita naik aje flight. First time naik flight ke Kuantan ni, 40 minit aje dah sampai sana. Hahaha! Jimat masa, penat pun takk. Cuma nya dekat airport tu aje lah sesak sikit. 

Kalau dulu Nani naik KLIA Ekspress, kali ni kita naik KLIA Transit pulak. Lagi pun tak rushing masa tu, so boleh lah kita naik KLIA Transit ni. Nani naik dari KL Sentral turun dekat Putrajaya dulu lepas tu beli tiket lain ke KLIA 2. Total baru RM 23.50 macam tu. Kalau ada student card lagi banyak discount, boleh dapat RM 16 aje tau. Jimat sikit lah dari kita naik direct dari KL Sentral - KLIA 2 (RM55). Nak lagi jimat boleh naik bas lah, baru RM 10 - RM 12 macam tu one way. Heheh. Tapi kalau nak naik bas memang kena awal lah sebab perjalanan nak ke KLIA 2 lebih kurang sejam jugak. 

Macam biasa bila naik flight sorang sorang diri ni memang nervous dia lain macam betul. Hahah! Bab tertinggal flight tu paling takut sekali. So lima jam awal dah terpacak dekat KLIA 2. Kahkah. Lepas tu menyesal sebab tak tahu nak pergi mana. Nak shopping memang tak lah kan, cuci mata aje lah mampu. Hahah. Lagipun masa tu ramai sangat orang, tak ada rasa pun nak jalan jalan. 
 Sementara nak tunggu flight tu, lepak dulu dekat Mcd. Rasa macam loner & awkward betul makan sorang sorang ni. Hahahah! Sebenarnya haritu nak cari KFC tapi tu lah tak jumpa KFC dekat level mana. Actually baru dua kali Nani sampai KLIA 2, memang noob lah. Plus masa tu dah lapar kemain, so Mcd aje lah yang paling senang sebab dekat dengan entrance airport tu. Lama jugaklah melepak dekat Mcd ni, tu lah siapa suruh sampai awal sangat. 
 "It's better to see something once rather than to hear about it for thousand times."
Paling suka bila naik flight ni sebab boleh tengok pemandangan yang indah indah. Gittew. Jarang lah aku tidur bila naik flight (lagipun perjalanan tak sampai sejam pun, nak tidur apa nya kan). Hahaha! So boleh lah layan pemandangan yang macam ni. 
 First time naik flight sampai Kuantan ni, baru tahu airport sini tak besar mana. Hehehe. Nani hari tu beli tiket masa Air Asia buat promo, dapatlah RM 15 untuk one way. Nani pernah check haritu, harga dalam RM 50++ kalau bukan promo (depends on tarikh jugak). Hari tu Nani memang dah target kalau tak ada promo, naik bas aje lah. Lama pun tak apa lah daripada harga sampai 50++ kan. Itu yang bila tahu Air Asia buat promo, laju aje book, tak fikir dua tiga kali dah. Hahah! Baru jugak lagi Air Asia ni ada buat penerbangan ke Kuantan, sebelum ni MAS aje. 
Selamat mendarat di bumi Kuantan. Nani naik flight ni petang, pukul 5.50 macam tu & sampai Kuantan around 6.30 lepas tu rushing pergi homestay sebab malam tu majlis akad nikah pakcik pulak. Hahah! Flight ke Kuantan ni tak banyak tau, ada dua kali aje dalam sehari. Itu pun awal pagi satu, lepas tu petang. Nak ambil pukul tujuh pagi memang tak lah kan, pukul berapa pulak nak gerak pergi KLIA 2. So Nani pun ambil aje lah flight petang ni. Macam biasa, Air Asia jugaklah yang jadi pilihan. Setakat ni tak pernah ada lagi lah bad experience dengan Air Asia. Heheh. Cuma nya bila naik flight musim cuti ni, memang semuanya kena awal lah. Haritu pun nak check kastam kemain panjang beratur. Sabar aje lah. Next time senang lah nak pergi Kuantan sebab dah ada pernebangan ke sana. Hiks :)

5 comments:

  1. Kalau akak pun akak akan pilih flight...hehehe..x kuasa nak redah jammed aih...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah dapat tambang murah, lebih baik ambil peluang kan....dah lama tak naik flight.

    ReplyDelete
  3. Murahnya tiket kalau ada promo. 15 ringgit je? :O

    ReplyDelete
  4. perhhhh awalnye Nani sampai. 5 jam awal! hehe.. k.ana tak pernah langsung lagi naik flight huhu

    ReplyDelete
  5. waaa. dah ada air asia ye. bagus lah. sng orang pahang nk balik. kannnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page