Pengalaman Membeli di Printcious

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu punya lah pening tak tahu nak beli hadiah apa untuk birthday kawan baik Nani sudahnya, kita beli aje dekat Printcious. Macam macam ada dekat laman web Printcious ni, tinggal pilih aje mana satu yang berkenan di hati. Heheh. Kali ni Nani pilih Princious sebabnya kita boleh customized sendiri hadiah yang kita order tu. Walaupun Nani ni tak ada lah kreatif mana kan, tapi kalau setakat nak customized hadiah untuk kawan baik tu memang boleh sangat. Pada Nani bila kita sendiri yang customized hadiah tu nampak lah lagi istimewa kan. Setakat yang Nani pernah order dengan Printcious ni memang tak pernah mengecewakan lagi lah hasil nya. Memang tip top dan paling penting mesti lah cantik kan. Servis penghantaran pun laju okay! Nani order hari Khamis, petang Sabtu dah sampai depan pintu rumah. Pantas! Ini pun antara salah satu sebab lah kenapa Nani suka 'shopping' hadiah dekat website dia orang. Heheh. So, apa hadiah yang Nani beli baru baru ni? 
Hari tu Nani order dua barang, satu tag bag & satu lagi apron. Tag bag dekat atas ni Nani yang nak sebab tengok macam cantik aje. Cuma tambah nama sendiri aje dekat bawah tu, design semua Nani pilih yang Printcious dah sediakan. Design dia orang pun dah cantik okay, so jangan risau kalau korang tak ada idea nak design hadiah tu nanti. Heheh. Nanti kalau travel boleh lah guna tag bag ni hah. Kalau korang perasan dia orang siap bagi tali lagi untuk tag bag ni, memang puas hati lah beli dekat Printcious. Hihi. Saiz tag bag ni pun sedang elok aje, tak ada lah besar sangat & tak kecil sangat. Memang ngam lah untuk kita letak dekat travel bag. Kalau korang jenis yang suka travel, memang wajib lah beli tag bag dekat Printcious ni. 
Selain daripada tag bag tu, Nani order jugak apron (ini yang nak dijadikan hadiah untuk birthday kawan tu). Mula mula ingat nak order mug atau pun bantal tapi rasa macam dah biasa sangat aje bagi semua tu. Sudahnya kita order lah apron yang comel ni. Serious dekat apron dekat Printcious semua cantik gila sampai Nani dua tiga kali jugaklah fikir. Hahaha! Cuma itu lah, warna putih aje yang available untuk design ni. Tapi sebab design comel, kita beli jugaklah. Harap harap orang yang menerima ni suka lah bila dapat apron comel macam ni. Overall memang Nani puas hati sangat sangat dengan kualiti barang daripada Printcious ni hah. Macam mana yang dia orang tunjuk dekat Website, macam itu lah jugak rupa barang tu bila sampai. Memang cantikk sangat sangat. So untuk korang yang tengah mencari hadiah untuk anniversary ke birthday ke atau pun apa apa lah hadiah untuk yang tersayang boleh lah cari dekat Printcious okay! Macam macam ada, yang penting berbaloi. Jangan lupa singgaj website Printcious! 


6 comments:

  1. wow ! alhamdulillah sangat. gitu la yg kita nak. seiring kualitinya.

    ReplyDelete
  2. wow bestnya.. boleh la try nanti

    ReplyDelete
  3. wahhhh comel tag bag & apron tu nani! byk kali jugak k.ana duk ushar printcious tu tapi blm proceed lagi hehe

    ReplyDelete
  4. alah2 comeinya... duk la bukak, dh sign up dh tp takde idea nk try print apa

    ReplyDelete
  5. Dua-dua comel but paling suka the luggage tag :D

    ReplyDelete
  6. Bila la akak nak mula shopping ngan printcious ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page