Happy Weekend!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu semua. Kalau weekend minggu lepas sibuk siapkan tempahan lemang sampai 12 kilo, weekend kali ni 'sibuk' memenuhi jemputan open house Raya dan kenduri kahwin pulak. Dah dekat penghujung Syawal ni, banyak pulak undangan kan. Setiap kali Raya memang kerja nya memenuhi undangan open house orang aje lah. Nani pulak memang setiap tahun tak pernah buat open house sebab tetamu ramai sangat. Kalau buat open house, boleh jadi macam buat kenduri lah cerita dia. Rumah Nani ni time tak buat open house pun dah sedia ramai orang datang. Hahah! Lagi pun bila duduk dekat taman perumahan macam ni, jiran jiran dah confirm kena jemput semua kan, kawan kawan lagi hah memang macam kenduri lah. Heheh. Sebab tu lah kita orang tak pernah buat lagi open house. Kalau kawan kawan nak datang beraya, memang suruh aje datang, nanti hidang lah apa yang ada. Mana yang bagi tahu awal awal tu boleh lah masak sedap sedap sikit. Tapi kalau yang jenis main terjah aje, ikut rezeki lah apa yang ada kan. Heheh. Tapi selalunya mee/bihun tu antara yang wajib ada lah dekat rumah bila Raya, senang nak masak kalau tiba tiba orang datang beraya. Gitu. Korang pulak selalu tak buat open house Raya? 
Gambar minggu lepas siapkan tempahan lemang 12 kilo. First time okay, tolong abah dengan ibu buat lemang sampai 12 kilo ni. Selalu kita orang buat dalam 10 - 15 batang macam tu aje. Minggu lepas dekat 40 batang hah buat lemang. Nani pandai masukkan pulut dalam buluh aje lah, lain lain abah dengan ibu lah yang buat.
Sebab dah jemu dengan menu menu Raya, pagi tadi ibu Nani masak nasi lemak untuk breakfast.  Nasi lemak ni jaraaang nak jumpa yang sedap & ikut citarasa sendiri. Kalau beli kadang kadang sambal manis sangat lah, sambal tak berapa nak masak lah, terus rasa tak sedap. Nasi lemak ni sedap dia terletak pada sambal kan. Heheh. Petang pulak ada kawan Nani hantar nasi minyak siap dengan kari kambing & ayam masak merah. Murah betul rezeki, memang semalam pagi aje masak. Heheh. Korang pulak buat aktiviti apa weekend ni? 

16 comments:

  1. hahahhaa betul sangat tu nani, kadang sambal ada belacan memang bergaru lah muka ni. Bestnya dapat nasi minyak dengan kari kambing, memang makan tak pandang kiri kanan. Weekend ni rehat je dekat rumah sambil blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kannn, Nani pun tak suka gila sambal letak belacan. Rasa dia tak berapa nak sedap sangat. Memang tak pandang kiri kana dah lah cerita dia.

      Delete
  2. Mmg meriah dpt meraikan hujung minggu dgn sajian2 mcm tu especially dlm bulan syawal yg dah nak ke penghujung ni.. seronok! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalunya weekend aje lah meriah sikit boleh masak sedap sedap macam ni. Heheh :)

      Delete
  3. Nak habis raya..akak tetiba rasa craving lemang plak...bestnya kalau dapat lemang la ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kann selalunya dah nak habis Raya ni baru lah terasa balik nak makan lemang lah, rendang lah.

      Delete
  4. untuk memudahkan open house tempah sahaja katering..

    cuma standbye ongkos sahaja la

    ReplyDelete
  5. wah best tu lemang tuu...salam Aidilfitri Nani..lama tak jumpa kat mana2 event kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati kak buat sendiri. Salam Aidilfitri jugak. Nani busy sekarang ni, kadang tak sempat nak pergi event. Heheh. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lain kali :)

      Delete
  6. Gambar makan sesaja. Kejam tau.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki orang tempah lemang tu. Sampai 40 batang tu. Kalau dekat boleh kak ana tumpang order. Nasi lemak tu raya kedua mak kak ana dah masak. Sebab masing2 dah bosan makan rendang ketupat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Tak ada rezeki lah kak Ana, ni buat dekat Pahang. Samaa lah, dah jemu makan rendang apa semua, kita cari nasi lemak pulak.

      Delete
  8. Bestnya lemang! :D

    Kita tak dapat makan lemang masa balik hari tu. Rasa nak nangis je T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page