Pengalaman Mendapatkan Rawatan di Klinik 1 Malaysia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni sejenis yang ada alahan dengan ubat tau. Kira nya memang tak boleh lah nak makan ubat sebarangan aje tanpa nasihat doktor. Pernah lah dulu Nani balik dari satu program ni lepas tu selesema dengan demam teruk sampai tak larat langsung nak bangun. Disebabkan Nani ni malas sikit nak pergi hospital, telan aje lah ubat yang ada dekat rumah. Heheh. Memang ubat ubatan selalu lah ada dekat rumah ni. Tiba tiba bangun aje pagi esok tu, badan Nani jadi gatal gatal dan rasa tak selesa. Bahagian muka pulak habis naik bengkak sampai lain gila jadi muka Nani. Masa tu memang tak syak lagi lah, sah Nani ada allergic ubat, padahal ubat tu elok aje sebelum ni orang lain makan. Bila dah sampai bengkak muka macam tu, memang kena pergi jumpa doktor lah cerita dia. Memandangkan rumah Nani agak jauh sikit dengan hospital, so abah Nani bawa pergi Klinik 1 Malaysia, paling dekat. Seberang jalan aje klinik 1 Malaysia ni dengan rumah Nani. Untung jugak bila ada klinik dekat dengan rumah kita ni, kalau ada kecemasan mudah. 
Bila dah sampai klinik tu, memang terus lah dapat kan rawatan dengan doktor yang ada. Serius laju dan bagus sangat servis yang dia orang bagi. Siap tanya lagi sama ada nak inject atau pun bagi ubat makan untuk surutkan bengkak dekat muka tu. Hei, harus lah I pilih telan ubat kan daripada kena cucuk dengan jarum tu. Hahaha! Dasaar penakut! Tengok jarum tu pun dah rasa seram sejuk, ini kan pulak nak kena cucuk. Sejak daripada kejadian tu, bila demam ke apa ke, kalau tak serius sangat memang Nani pergi Klinik 1 Malaysia ni aje. Taubat jugak dah tak nak main telan aje ubat yang ada, takut tengok muka sendiri time bengkak tu. Dah lah dengan gatal lagi, phew! Doktor dekat Klinik 1 Malaysia tu pun siap pesa lagi, tak semua ubat yang orang lain makan sesuai dengan kita. Heheh. Baik doktor, lepas ni kalau sakit terus zasss saya pergi klinik. 

Apa yang Nani suka dengan Klinik 1 Malaysia ni sebab servis dia orang sangat bagus. Staff nurse, doktor pun friendly aje. Paaaling penting sekali murah sangat okay. Bayar seringgit aje korang untuk dapatkan rawatan dekat Klinik 1 Malaysia ni hah. Untuk rakyat marhaen macam kita ni, elok lah pergi klinik macam ni, sama aje layanannya macam yang swasta tu. Heheh. Banyak dah cawangan Klinik 1 Malaysia ni sekarang, korang boleh lah check it out mana yang paling dekat dengan rumah. Lagi lagi kalau korang tinggal dekat area yang agak jauh dengan hospital. Bukan apa, bila ada emergency nanti senang, dah tahu mana nak pergi. Orang kata, elok lah sediakan payung sebelum hujan. Korang pulak pernah dapatkan rawatan dekat Klinik 1Malaysia ni tak? 

16 comments:

  1. Tak pernah lagi dapat rawatan dekat mana-mana klinik 1 Malaysia sebab tak suka pergi klinik. hehehe ^^''

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi ke sana...bagus feedback nya..bagus la kalau klinik kerajaan mcm ni...

    ReplyDelete
  3. suka klinik ni.. murahhh dan dekat dengan kawasan perumahan. senang nak pergi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Pernah pergi tapi doktor takde sebab lunch hour kot..hehehe...

    ReplyDelete
  5. Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    ReplyDelete
  6. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  7. Akak tak pernah cuba lagi..boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  8. Eh eh emergency jangan g klinik 1 Malaysia tkt xleh handle nanti..hihi..tp sini memang murah and cepat juga..

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni lebih 360buah klinik 1Malaysia dah ada diseluruh Malaysia. Alhamdulillah, tiadalah susah-susah lagi nak dapatkan perkhidmatannya

    ReplyDelete
  10. Bagus juga ada klinik 1M ni, mudahkan org yg nak dptkan rawatan ringan dgn segera...

    ReplyDelete
  11. Lagi banyak klinik 1malaysia, lgi mudah org awam nak dapatkan perkhidmatan

    ReplyDelete
  12. tak pernah pegi klinik 1 malaysia sbb kawasan saya tkde klinik ni xD

    ReplyDelete
  13. Pernah pergi klinik 1m jimat bayar rm1 jew

    ReplyDelete
  14. busyra belum ada pengalaman lagi di sini. selalu dngar org cerita je. tq nani atas prkongsian ni.. <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page