Surga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum & Hello.
Dekat seminggu asyik tengok trailer dekat Youtube, akhirnya dapat jugak tengok movie ni Jumaat lepas. Mula mula Nani tak nak pun layan since yang pertama pun tak tengok. Tapi lepas baca sana sini orang cakap cerita ni best, Nani pun terlayan lah jugak. Siap cari lagi okay dekat Internet yang pertama punya. Hahah! Punya lah gigih sangat kan. Hari tu ada jugak tayangan Surga Yang Tak Dirindukan dekat Astro Prima dengan Ria kalau tak silap tapi masa tu macam tak ada jiwa sangat nak layan πŸ˜†Bila dah tengok yang first lepas tu ada pulak sambungan, dah tentu lah nak tengok lagi kan. Heheh. Sebelum pergi tengok dah macam macam andaian buat, sekali ending jauh sangat tersasar dari apa yang dijangkakan.

Korang kalau tak tengok lagi yang first baik tengok dulu kalau tak nanti tak faham pulak bila terus tengok yang kedua. Heheh. Hari tu Nani tengok dekat web bioskop ke apa entah nama nya. Cerita ni bukanlah totally pasal percintaan, banyak jugak unsur unsur kekeluargaan, pengorbanan yang boleh belajar. Gitu. For me, memang best lah dari yang pertama sampai lah yang kedua ni dan tak rasa rugi langsung tengok. Rasa nak pergi tengok lagi pun hado. Nani bukan jenis minat gila gila dengan movie Indon ni, tapi kalau cerita tu best memang sanggup layan. 
Surga Yang Tak Dirindukan 2
Untuk permulaan cerita ni, memang mula mula tu banyak sangat scene yang kelakar. Gelak aje memanjang dengan watak kawan kawan baik si Pras (Amran dengan apa entah namanya. I is dah lupa) Seronok tengok diorang punya friendship. Rasa macam real sangat dan mana mana pun Pras tu pergi mesti ada dia orang berdua. Hahah! Tapi bila dah sampai dekat tengah dah mula scene yang sedih bila Arini disahkan ada kanser stage empat dan ending dia meninggal. Nani tak expect pun yang jalan cerita dia macam ni. Ingatkan Pras akan ceraikan Meirose dan Meirose kahwin dengan Dr. Syarief tu, sekali lain betul dari sangkaan. Kawan Nani lagi lah tak boleh terima ending dia macam tu. Mula mula movie banyak sangat scene kelakar, sekali ending mengalir air mata. 
Even ending sedih tapi still jugak suka dengan setiap watak dalam cerita ni. Dengan watak budak kecik Nadya tu yang comel sangat, pandai pulak tu berlakon. Memang best lah. Lepas dah tengok movie ni, Nani rasa macam nak masukkan Budapest dalam wishlist tempat nak pergi. Cantik sangat sangat. Masa tengok trailer tu lagi dah tertanya tanya dia orang berlakon dekat mana sebab lawa sangat, rupanya dekat Budapest. Ayuhlah menabung untuk ke Budapest. Eh πŸ˜† Korang dah tengok movie ni?


20 comments:

  1. Kakak kalau bab drama ke filem ni memanglah fail Nani sebab jaaaarang sangat kakak ni menonton. Dah tua ni memang malas tau duduk menonton.

    Dulu kakak sama suka juga.

    ReplyDelete
  2. lahai bestnya... tingin nya nk tgk tp akak nk layan yg filem 1st tu... biar paham jln cite dulu

    ReplyDelete
  3. haishhh..nak kena g tengok ni..hahhaha..baca nani cter pun dah rasa auranya..hihii

    ReplyDelete
  4. tak tengok lagi T.t yang first pun tak. baca review smua ckp best

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagi. Tapi kawan2 fb review citer ni best.

    ReplyDelete
  6. belum tengok, ramai yang kata best gak

    ReplyDelete
  7. ekin dah tengok yang no 1 yng no 2 belum tengok lagi... memang best tu duk tggu no 2 jer ni

    ReplyDelete
  8. Ramainya da tengok filem ni. CR belum berkesempatan ag. Tgu astro first je la kalo xsmpt.huhuhu

    ReplyDelete
  9. tak tengok lagi cite ni. hehe

    ReplyDelete
  10. Cerita ni temanya agak kontrobersi untuk orang perempuan πŸ˜€
    .
    Tapi baca review filem no 2 tunjuj sisi baik

    ReplyDelete
  11. Wahhhh dah baca ramai dah orang buat review pasal cerita ni. kalau tak tengok yg 1st mcm mana nak tgk yang ni kan.

    ReplyDelete
  12. movie indonesia tak pernah mengeceqakan.banyak unsur pelajaran
    diharap malaysia punya pengarah pun belajar ke arah sana
    bukan setakat cerita yg xde message langsung...kan awak

    ReplyDelete
  13. Auch, tgk review pun rasa tak nak tgk crita ni. hahaha.

    ReplyDelete
  14. Rmaai update bab ni. kalau tengok nak kena tengok sekali dengan drama ke ? kang tetiba tengok '2' kang tak paham pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan drama kak. Hehee. Movie jugak yang part 1 sebab yang kedua ni sambungan dulu. Nanti tak faham pulak kalau terus tengok yang ni. Hehehee

      Delete
  15. Wahhh Budapest, bagus dik akak sokong...menabung dari sekarang ye...insyaAllah capai impian

    ReplyDelete
  16. Ayuh menabung ! Tp btol yg 1st tu pon dh runtuh jiwa inikan pulak no 2 :'(

    ReplyDelete
  17. Kan Kan!! Akak pun nak pergi Budapest jugak. Hihi. Cantiknya tempat penggambaran dorang. Suka tau :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page