Hujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu yang panjang baru ni sebab bersambung dengan cuti Thaipusam. Kalau ikutkan, Khamis sehari tu aje cuti nya tapi Nani terus aje cuti berderet sampai hari Ahad. Rabu petang terus ambil bas gerak balik Pahang. Alang alang dah tiga minggu tak balik Pahang so kali ni balik lah lama sikit. Heheh. Kalau duduk sana pun bukan ada apa sangat nak buat, roomate Nani pun habis semua balik. Biasalah kan kalau dah ada cuti yang bersambung sambung macam tu rugi kalau tak manfaatkan. Eh? Tapi balik Pahang krik krik jugaklah sorang sorang dekat rumah sebab Pahang tak ambil cuti Thaipusam. Tapi kisah apa kan, there is no place like a home. Even orang lain tak cuti, banyak jugak benda boleh buat. Heheh 😁
Kalau balik Pahang memang tak akan jumpa istilah lapar ke diet ke. Hahah! Macam macam makanan ada. Pagi Jumaat kawan Nani ajak cari nasi kerabu, apa lagi laju aje setuju. Nasi kerabu dengan ayam percik untuk breakfast. Tapi kalau dah portion macam ni, memang kenyang sampai ke petang lah. Tambah pulak breakfast kiterang tu dah pukul sepuluh lebih. Biasalah breakfast orang bujang 😆
Sabtu tengah hari pulak abah dengan ibu pergi kenduri kahwin, memang dah tak masak lah kan dekat rumah. Nani ni kadang kadang malas jugak nak pergi kenduri. Heheh. Nani pun geledahlah  peti ais tengok apa yang boleh dimakan. Bila nampak ada kuey teow terus lah buat kuey teow goreng. Jangan tanya mana sayur, memang nan hado. Tambah pulak kalau hari ibu Nani tak masak, memang kosong aje peti ais tu. Kuey teow goreng simple simple je ni, campak fish cake dengan udang tiga ekor. Korang punya weekend pulak macam mana? 

17 comments:

  1. Statement yang kalau balik rumah parents memang tade istilah kebulur dan diet. Setuju bangaattt. Nasib la bukan terus bermastautin kat rumah parents. Kalau tak...habislah berkilo-kilo berat akak ni naik. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kann kak Nany. Kalau balik je macam macam yang ibu nak masak. Mampu ke kalau nak tengok je. Eh 😂

      Delete
  2. Tengok ni teringat anak dara kakak yg kecik tu sebelum balik ingatkan warung yg selalu jual sarapan ada nasi kerabu sekali dah habis. Kakak nak buat dah tak sempat. Buat nasi tomato aje.

    Kami sekeluarga suka nasi kerabu ni Nani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sian dia. Next time lah balik boleh makan nasi kerabu pulak. Heheh. Nasi tomato kak Zakie pun nampak sedap sangat. Terliur Nani tengok 😆

      Delete
  3. balik kg upanya..biasa la kan bila balik kg...mana boleh diet atau tak makan...mesti jadi tak berhenti makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti panjang sikit balik sana lah. Heheh. Duduk sini pun tak ada apa nak buat sangat

      Delete
  4. Betul tu, kalau balik rumah memang takda istillah diet dan lapar. Setiap minit mulut asyik nak mengunyah ja kalau boleh kan hehe. btw pahang dekat mana? nampak sedap pulak nasi kerabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Betul sangat lah tu. Saya dekat Jerantut. Syed Pahang jugak ke?

      Delete
  5. Nasi kerabu the best tu... hihi

    ReplyDelete
  6. weekend...sabtu seharian kat pertandingan chess menunggu anak ... esoknye pi mall pastu memdobi ...pastu keluar pi klia .... pastu tido ...letih ...rasa nk sambung cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaa macam macam buat waktu weekend baru ni. Heheh. Nanti rehat puas puas okay 👌

      Delete
  7. kalo balik kampung harus la enjoy the foods. diet kalo rugi besar la.

    ReplyDelete
  8. Entri kali ni cerita makan ke?

    ReplyDelete
  9. sedapnya nasi kerabu balik kelantan nak kena cari gak ni

    ReplyDelete
  10. adoiiiii....sedapnye kerabu ngan kuey tiaw tuh.,.

    ReplyDelete
  11. Siqah pun tak de ikut selalu mak ayah g kenduri kahwin. Malas nanye. Hehe. Pastu mulalah masak apa yang ada kat rumah. Kalau siqah, paling cepat, masak nasi goreng je. Hihi.

    Nasi kerabu satu + kurang sayur please. Hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page