Warna Warni 2016

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki lagi sehari sebelum kita akan melangkah ke tahun baru. Sekejap sangat rasa masa berlalu, sedar sedar dah nak masuk tahun 2017. Teruja tak korang? Heheh. Kalau ikutkan kalendar Islam, memang kita ni dah dalam tahun baru pun kan. Hm tahun depan umur pun dah makin meningkat dan harapnya perangai pun makin matang lah Nani ni hah. Eheh 😆 Nani tengok memasing dah buat macam macam wishlist nak masuk tahun 2017 ni kan. Ada yang nak menabung, ada yang nak mendirikan rumah tangga (opss I is tak termasuk dalam kategori ni 😂) dan macam macam macam lagi lah. Nani doakan apa yang korang impikan tu akan menjadi kenyataan nanti.

Kalau nak throwback dari awal tahun sampai ke hujung tahun semua yang berlaku sepanjang tahun 2016 ni memang tak cukup satu entry. Hahaha! Terlalu banyak benda yang jadi dalam tahun ni. Ada masa nya jatuh, rebah, tersungkur, eh semua lah ada tapi tetap jugak bangun melangkah sebab nak capai satu impian Nani. Alhamdulillah tahun ni banyak benda benda yang buat Nani tersenyum dan harapnya tahun mendatang pun akan sama macam tahun ni. Tapi bukanlah sepanjang masa gembira kan, ada juga masa masa yang kita diuji dan kadang kadang ujian ujian yang datang ini lah yang akan menguatkan dan mematangkan kita. 
Warna Warni 2016
Tahun ni jugak dikelilingi dengan orang orang yang sangat positif dan sentiasa bagi moral support bila mana jauh dari keluarga. Alhamdulillah, rasanya dalam banyak banyak perkara, ini antara anugerah yang paling tak ternilai. Syukur kerana Dia pinjamkan insan insan ini untuk Nani dan rasanya jalinan persahabatan itu akan sentiasa terikat kemas. Nani pernah baca tau ada satu quote ni dia cakap setiap yang datang dalam hidup kita ni mesti akan meninggalkan satu benda dalam diri kita sama ada baik atau sebaliknya. Dan sekarang Nani rasa Nani setuju sangat dengan kata kata tu. 
Apa pun yang berlaku tahun ni, mana yang baik tu kita teruskan lagi dan yang tak berapa nak baik tu kita perbaiki untuk jadi lebih cantik. Mana yang tak elok kita tinggalkan jauh jauh. Buka lembaran baru dengan azam dan semangat yang baru jugak. Pasang niat dan letak dalam kepala kemas kemas insha Allah satu hari nanti akan tercapai jugak dengan izin Dia. 
Dulu dulu Nani selalu lah macam tetapkan dalam kepala aku nak tu, aku nak ni tapi bila tak dapat Nani jadi down gila. Masa tu biasalah banyak ikut kata hati sampai kan lupa yang perancangan kita ni mana mampu setanding dengan perancangan Dia. Walau macam mana pun hebat kita merancang, kena ingat satu perkara aje Dia punya perancangan lebih baik daripada kita. Dalam ayat Al - Quran pun ada cakap, Dia lebih mengetahui tentang apa yang kamu tidak ketahui. Redha dan sentiasa sangka baik dengan setiap yang kita dapat dan inshaAllah satu hari nanti kita akan dapat jugak apa yang kita nak tu. Nani dah pernah lalui banyaaak sangat benda - benda macam ni. Dulu macam selalu rasa kenapa Tuhan tak makbulkan apa yang aku nak, kenapa itu, kenapa ini, lama lama baru lah Nani faham. 
Andainya ada hajat yang korang inginkan tak tercapai lagi tahun ni, barangkali korang akan dapat di tahun mendatang. Siapa tahu kan. Doa lah yang baik baik moga kita dikurniakan yang terbaik di sepanjang perjalanan ini. Selamat melangkah ke tahun baru korang. Jumpa tahun depan okeh. Heheh 😊

6 comments:

  1. Wamakaru wamakarallah, Wallahu khairulmakirin
    Kita merancang Allah juga merancang tapi DIAlah sebaik-baik perancang.
    Moga 2017 memberi segala kebaikan buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. perancangan Allah tu yang lebih terbaik. teruskan berdoa yang baik-baik, semoga yang dihajati akan dapat inshaaAllah. Semoga 2017 lebih baik dan cemerlang buat kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya kita hanya merancang Allah yg tentukan
    nway selamat tahun baru buat nani juga
    take care..

    jumpa ciksu di tempat baru nti. hihihi

    ReplyDelete
  4. tinggalkan 2016 dengan seribu macam kenangan..semoga 2017 hadir dengan sejuta keriangan untuk kita..cewahhhhh

    ReplyDelete
  5. salam nani , seronok baca nani punya entry ... moga tahun depan better dari yang ni.. bab menabung i join sekali next year!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page