Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni sana sini bercakap pasal kuih keria gula melaka ni kan (termasuklah tuan tanah ni jugak) 😄 Kalau sebelum sebelum ni kuih keria gula melaka ni memang paling femes lah dekat Melaka sampai kan sanggup orang beratur panjang semata mata nak membeli. Nani haritu masa pergi Melaka ada jugaklah bercadang dalam kepala ni nak cari kuih keria yang femes tu tapi sebab ramai gilaa orang terus lah cancel kan niat yang satu tu. Nani bukanlah jenis orang yang sanggup nak berbaris panjang panjang tu hah. Salute lah siapa yang gigih sangat tu kan. Nani pun tak sure sangat sejak bila kuih keria gula melaka ni femes, tahu tahu aje dah merata rata orang jual. Bila bukak Instagram dengan Facebook pun bersepah sepah gambar kuih keria gula melaka ni hah.

Bila dah hari hari tengok haruslah tekak ni mengada ngada nak makan jugak. Nani pun tunjuk lah dekat ibu dengan harapan nak ajak ibu buat sama sama. Walaupun hakikatnya nanti ibu je yang buat, Nani ni makan boleh lah. Hahah. Dulu dah pernah buat kuih keria yang biasa tu tapi kelaut dalam jadinya. Nampak je okeh macam senang tapi hakikatnya kuih tradisional ni sangatlah payah nak buat. Sejak dari tu macam serik dah nak buat kuih tradisional. Heheh 😆 Dalam tengah tunjuk dekat ibu kuih keria gula melaka ni tetiba makcik Nani dekat kampung hantar gambar yang dia buat. Phew! Teruslah hati ni meronta ronta nak balik kampung makan kuih keria gula melaka. Haaa dasyat sangat kan penangan kuih ni hah? 
Kuih Keria Gula Melaka
Tak jadi balik kampung pun tapi pakcik yang keluar hantarkan. Iya kampung Nani tu dekat sangat, dalam doploh minit macam tu sampai lah. Bila dah makan rasa nikmat sangat. Hahah! Masa tu keluar lah ayat "ohh macam ni rasa kuih keria gula melaka ni." Jadi terus lah cancel plan nak ajak ibu buat kurih keria gula melaka sebab makcik dah tolong buatkan. Hehehe. Mak cik Nani siap jual lagi sepuluh biji dalam lima ringgit kalau tak silap. Heheh. Laaaris okeh sampai tak cukup 😁
Kuih Keria Gula Melaka
Dulu Nani ingat kuih keria gula melaka ni guna ubi yang warna oren tu tapi rupanya guna ubi yang warna putih. Not bad la rasa dia. Setakat ni dah dua kali makan sampai rasa dah tak nak makan dah. Heheh. Sedap lah, sekarang ni rasanya merata rata dah orang jual jadi tak payah lah susah susah nak ke Melaka dah. Gituu. Tapi tak tahu lah sama ke tidak rasa dengan yang dekat Melaka sana. Nani ni pun tak berpeluang nak merasa jadi tak boleh nak bandingkan macam mana. Ha korang dah pernah makan kuih keria gula melaka ni? 

17 comments:

  1. sekarang tengah viral keria ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan. Sana sini orang jual kuih keria sekarang. Hehe 😁

      Delete
  2. Siqah pernah pergi sekali kuih keria yang superb popular kat melaka tu. Sanggup bagi nama dan datang balik sebab nak ambil kuih. ada nombor tau. Tapi sayangnya, ia tidak menepati citarasa siqah dan confirm tak kan pergi dah beli kat sana.

    Betul cakap Nani. Skrg, ramai dah jual. tak payah sampai ke Melaka. hihi

    Kuih keria N

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih tu kan punyalah nak rasa. Nani tak pernah lagi rasa yang dekat Melaka tu, selalu baca orang cakap sedap. Hehe. Tu yang macam teruja sikit 😂

      Kann bila dah mula viral, merata rata orang jual 👍👍

      Delete
  3. tgh viral kan sanggupla org beratur panjang jela2...
    kalu bg akak, takdelah sanggup nk pi melaka sana mkn keria gula melaka tuh, banyak lg makanan yg pelik2 blh rasa heheheh...

    untunglah nani dpt mkn keria fresh lg tak pyh nk beratur2 panjang... jnji keria keledeknya banyak siranya sedap insyallah ok

    ReplyDelete
  4. Tepuk dada tanya selera. Tak semua orang citarasa sama kan.

    Kuih ni ada yang suka sebab keledeknya banyak. Ada yang suka sebab gula karamel kat luar tu

    ReplyDelete
  5. Belum....lagi la isi ubi kayu ni kan? rare sangat lah! nak gi Melaka semata2 nakbeli keria yang viral tuh memang tak kot. Hahah! tunggu la Nani buatkan...buat deliveryyyy pleaseeee... :)

    ReplyDelete
  6. huwaa..yang terasa nak makan juga ni..tak pernah rasa lagi. =__='

    ReplyDelete
  7. gebunya kuih keria ni tak mcm yg selalu jual tu, leper kecik je size dia

    ReplyDelete
  8. blom ada peluang na rasa lagi.

    ReplyDelete
  9. ehmm sedap... macam2 yang viral sekarangni.. rezeki lah kalau kena viral yer.. dulu mak buat pun sedap gak tapi idakler guna gula melaka.. gula biasa tapi rasa nya lebih sedap dari keria yang jual2an gitu... kalau orang Perak dia kata men'yako' gulanyer...

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya kuih keria kt melaka tu lama dh.. Mmg ada bc org p bli kena beratur pjg..kita pn pernah nk merasa tp tutup.. Br2 ni dh dpt merasa tu pn sbb kwn yg pi melaka.. Sdap

    ReplyDelete
  11. kuih keria biasa makan tp yg gula melaka punya x pernah cuba lagi...

    ReplyDelete
  12. kuih viral ni hahaha
    1st time k.el ada buat kuih keria tp pakai ubi oren tu
    tp nti nak try wat ubi putih plak..aiii telan ailio tgk petang2 ni haha

    ReplyDelete
  13. lapaq oii tgk petang petang ni. kene uli sendiri ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page