Short Vacay Langkawi : Tapak Kawasan Beras Terbakar

Assalamualaikum & Hello.
Tapak kawasan beras terbakar ni antara tempat wajib terjah jugak sebab dekat sini banyak barang yang boleh shopping. Ehehe. Harga pun murah lah sikit berbanding dekat tempat lain. Ha kalau nak beli ole ole ke, kain batik ke baju ke memang Nani rekemen kan tempat ni. Bukat setakat boleh shopping tapi boleh lah jugak tengok beras terbakar. Kalau dulu masih banyak lagi beras terbakar yang boleh kita jumpa tapi sekarang ada lah dalam sepinggan, itu pun diorang dah letak dalam cermin kaca. Mungkin untuk kekalkan tinggalan beras terbakar yang ada. Ye lah kan nilai sejarah yang mungkin tak ternilai. Langkawi ni kan memang terkenal dengan sejarah yang tersendiri. Boleh katakan setiap tempat yang kita pergi tu mesti ada sejarah dia.

Ha jangan nak tanya sangat apa sejarah kawasan beras terbakar ni. Hari tu Nani sempat baca gitu gitu aje since board yang diorang letak pasal sejarah tempat ni nampak tak nampak aje. Heheh. Yang aku ingat wujudnya kawasan beras terbakar ni sebab dahulunya berlaku pergaduhan dan diorang simpan beras ni dalam tanah. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang sejarah kawasan ni boleh lah bertanyakan dengan Abam Google okeh. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Tapak kawasan ni agak ke dalam sikit so kena lah berjalan kaki melalui kawasan kawasan kedai, baru lah jumpa tapak kawasan beras terbakar ni hah. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Sebenarnya sampai ke hari ni aku masih tertanya tanya apa fungsi rumah yang ada dekat kawasan beras terbakar ni hah. Nak cakap ada orang tinggal, macam tak ada. Eh tak tahu lah. Datang sini jangan lah berangan nak masuk dalam rumah tu eh, memang tak boleh. Jadi takleh lah nak fefeeling duduk dekat kampung. Hahah ! Boleh bergambar dekat sekitar rumah tu aje.
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Ini lah tinggalan beras terbakar yang masih ada sampai hari ni. Kalau dulu boleh kutip dan tengok beras terbakar yang ada dekat kawasan tu tapi sekarang boleh tengok aje dah. Mungkin selama ni orang yang datang melawat dekat sini diorang ambil beras terbakar tu kot sebab tu makin berkurang hari demi hari kan. Ehehehe. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Sebab panas lit lit terpaksa pakai cermin mata hitam uolss. Ahaha !
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Kebanyakkan kedai kedai dekat sini semuanya menjual keychain, t-shirt dan jugak kain batik. So kalau nak membeli ole ole memang sini lah tempatnya. Kalau macam key chain ni Nani lagi suka beli yang banyak banyak tu terus. Jimat sikit daripada beli satu satu macam ni. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Disebabkan masa dekat kedai menjual kain batik sebelum ni aku tak turun so aku cuci cuci mata dekat sini. Banyak jugak kain batik yang lelawa, kalau nak jadikan kain pasang pun cantik. Macam biasa lah, sebab tak pakai kain batik aku tak beli pun. Ehehe. Ramai kot orang borong kain batik dekat sini sebab murah. Ada yang harga 25 ringgit untuk dua helai. Beli banyak banyak lepas tu jual balik semula memang boleh jadi kayo. Hahah ! Kalau tak silap aku batik dekat atas ni batik siam. Tak pasti sangat bab bab kain batik ni, tapi kalau bab lain aku lajuu. Gituu. 
Memang masa hari pertama sampai sini, aku pergi semua tempat untuk shopping dan yang banyak cerita cerita sejarah. Hari kedua baru lah terjah tempat tempat untuk main dan kena bayar. Ehehe. Bukan semua tempat free okeh. Settle jenjalan cuci mata dan menghadam sesikit sejarah dekat kawasan beras terbakar ni terus kiterang check in resort. Nak tahu dekat mana Nani menginap dan best ke tidak resort tu kena lah tunggu next entry okeh. Happy weekend everyone ! 

17 comments:

  1. Sepinggan jer untuk tinggalan sejarah ye Nani..
    Dulu masa akak pergi tahun 1997 masih ada lagi kawasan..
    Boleh dikuis-kuis cari..
    Tapi akak letak balik ..
    Nanti nak kenang semula di blog akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat berpuluh tahun dah tu kak. Heheh. Sekarang memang tak boleh nak dikuis kuis kak, memang tak ada dah.

      Delete
  2. DIK TU RUMAH ORG DIK ... SESUKA HATI JE NK MASUK MANA BOLEH .. HAHAHA ....

    TAPAK ORG TANAH BERAS DAN BERAS TU DIBAKAR SIAM ATAS TANAH TUAN RUMAH TU ... SO MCM TUAN TANAH JDKAN RIZAB UTK ORG MELAWAT JE LA ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaah ! Patut lah tak boleh masuk, rumah orang rupanya. Sebab tengok rumah macam elok aje kan tu yang pelik takkan takde orang duduk. Heheh :)

      Delete
  3. dh tinggal skit je beras terbakar nya...
    msti ada yg amik sbb dulu banyak kan... mmg blh pegang lg

    cantik kain batik tu dik, ada yg mcm ala2 urban gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Dana, tinggal yang dalam cermin tu aje dah. Heheh. Lawa lawa kain dekat sini, kalau nak buat jadikan macam kain pasang pun ok

      Delete
  4. Betul Nani masa kakak sekolah rendah dulu masih boleh kutip beras terbakar ada atas tanah. Sekarang dah tak jumpa lagi dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak Zakie, makin berkurang dah sekarang tu yang diorang letak dalam cermin macam tu

      Delete
  5. sepinggan je tinggal?

    btw murahnya keychain and kain batik kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sepinggan itu aje yang tinggal. Heheh. Murah murah kan, memang syok sangat memborong

      Delete
  6. hari tu pi langkawi x sempat ke tempat beras terbakar tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu maknanya kena buat lagi sekali trip ke sana Pha Is. Heheh :)

      Delete
  7. kenapa masa saya pegi langkawi tak pernah nampak pun beras terbakar ni? haha

    ReplyDelete
  8. Lama tak p langkawi.. Rindu aih. haha

    ReplyDelete
  9. Aritu pergi langkawi tak sempat pon nak singgah sini.huhu

    ReplyDelete
  10. Lama sgt tak ke sini dah... bertahun2 rasanya... tinggal sepinggan je rupanya... sejarah tu kan...

    ReplyDelete
  11. lawa kain batik tu nani..klu kite dah beli kot..buat kain pasang..hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page