Damailah Awak di Sana

Assalamualaikum & Hello.

Ahad malam baru ni, nani dapat panggilan yang 'dia' dah kembali menghadap Illahi. Allahuakbar. Sedih. Sebak. Semua bercampur jadi satu. Menggeletar tangan masa dapat tahu yang dia dah tak dek. Baru sejam sebelum dia pergi tu, dia wassap Nani tanya resepi untuk berbuka. Tak sangka tu kali terakhir Nani berborak dengan dia. Selama ni dia lah teman, dialah kawan, dia lah yang selalu Nani kongsi segala cerita, dialah pendengar yang setia. Tak sangka Allah pinjamkan dia seketika cuma. Redha menerima ketentuan Yang Esa walaupun hati sebak bila dengar berita pemergiaan dia T_T
Moga awak tenang di sana. Perlahan lahan Nani cuba terima hakikat yang dia dah pergi tapi tak semudah itu. Bila teringat balik, mesti rasa sedih tu datang. Tiada apa yang aku harapkan sekarang, melainkan Allah tiupkan kekuatan untuk terus tabah. Belajar menerima kenyataan yang perjalanan kita ni tak selamanya indah. Ada masa bila diuji dengan kehilangan orang tersayang, rebah jua akhirnya. Terima kasih Allah pinjamkan dia buat diri ini walaupun cuma seketika. 

Dah dua tiga hari kehilangan dia, tipu kalau cakap tak rindu. Bila orang lain bercakap pasal dia, aku sampai tak sanggup nak dengar. Aku yakin Allah hadirkan hikmah di sebalik semua ni. In sha allah doa saya sentiasa ada buat diri awak. Al - Fatihah. 


25 comments:

  1. Innalillah... beruntung dipilih pergi di bulan ramadhan.
    Kullu nafsin za qotulmaut - setiap yg hidup pasti akan menemui mati
    Kita pun sama Nani. Ini masa dia kita entah bila.
    Doakan moga dia ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah.. moga ditempatkan dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  3. bertabahlah nani. semuanya ada hikmah. doakan dia di sana. apa apa pun, hidup perlu di teruskan. kuatkan semangat

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainna ilaihi rajiun
    salam takziah

    semoga arwah ditempatkan dlm golongan beriman
    al-fatihah

    ReplyDelete
  5. bawa bersabar ye kak nani :') ALLAH kasi keindahan paling hebat pada arwah di saat meninggal. arwah meninggal dalam bulan mulia, bulan Ramadhan. ALLAH lebih menyayanginya... kita cuma mampu berdoa

    ReplyDelete
  6. Nani semoga tabah... Al fatihah....

    ReplyDelete
  7. Takziah . semoga Arwah ditempatkan dikalnagn orang2 yang beriman. Amiinnn

    ReplyDelete
  8. salam takziah..
    al-fatihah... semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. aamiin..

    ReplyDelete
  9. salam takziah dear semoga awak tabah

    ReplyDelete
  10. Salam takziah dari akak Nani...semoga nani tabah... xmo sedih2 ye dik...redhakan dia oergi menemui penciptanya...al fatihah....

    ReplyDelete
  11. salam takziah...sgt mulia pemergiannye di bulan Ramadhan..semoga rohnye di cucuri rahmat Allah...

    ReplyDelete
  12. sabark.nani . semoga k.nani terus tabah . kuatkan semamgat ye k.nani .

    ReplyDelete
  13. salam takziah dik.... moga tabah ye

    alfatihah bt arwah... moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  14. Moga dia tenang di sana.. Al-Fatihah..
    Bertabahlah menghadapi dugaan dariNYA.

    ReplyDelete
  15. al-fatihah..salam takziah dari akak..

    ReplyDelete
  16. alfatihah utk arwah. sabar ya kak nani... insha Allah kak nani kuat.

    ReplyDelete
  17. banyak kan bersabar ye Nani..percaya yang Kita semua akan bertemu di syurga kelak..Al-fatihah..

    ReplyDelete
  18. tabah ye nani..kak yoorin ada baca dlm grup, tumpang bersedih atas pemergian dia.. doakan moga dia sejahtera disana.. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  19. Nani kuat.. akak tahu Nani kuat..
    banyak-banyakkan kirim Al-Fatihah buat si dia ye..
    Al-Fatihah itu untuk dia dan untuk diri Nani juga..

    yakinlah... ujian Allah kerana Allah sayang.. :)

    ReplyDelete
  20. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Arwah pergi dalam bulan yang baik. Redha itu jalan yang terbaik.


    ReplyDelete
  21. Salam takziah Inani.. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  22. Alfatihah. Salam takziah, Nani. Berat rasanya menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Kalau dia itu rakan sebaya Nani, akak rasa masih mudalah sudah dipanggil pulang oleh-Nya. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  23. Allah lebih sayangkan dia.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  24. Biar sedikit-sedikit, asalkan semuanya habis,
    Mari, lengkapi diri dengan senyum, manis,
    dicemar digiris, masih kalis.

    tiupkan semangat biar hangat,
    hiruplah penuh tekad.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page