Suasana Di Kampung


hari jumaat hari tu sempatlah aku balik ke kampung sekejap . tiga hari aku duduk sana sebab dah lama sangat tak balik kan. aku rasa tahun ni aku jarang jarang jumpa wan aku sebab sibuk dengan kelas lah itulah inilah. ada je hal nak buat.. tapi tulah sesibuk mana pun kita kena jenguk jugak orang tua tua ni. harta, ilmu boleh dicari tapi kegembiraan dalam keluarga bukan boleh ditukar ganti :)

kamera kabur. hahah. nak iphone 6 tak dek orang nak belanjeee. wuuuuu :p sedih betul rasa hati ni. kempunan nak Iphone 6. hahah :P

wan masak sedap sedap bila tahu anak menantu cucu cicit dia nak balik. wan cakap paling istimewa sambal belancan berapi. hahaha. istimewa sebab wan guna lesung batu. kalau aku tak dek nya nak guna lesunng, blender kan ado?? heheh :P seronok makan nasi ramai ramai ^__^


aku dah lama tak tengok beruk panjat pokok kelapa sebenarnya. hahah.oi dekat rumah aku memang tak jumpa lah beruk, pokok kelapa ni semua. nak santan beli yang dah siap dekat pasar. itulah bezanya kampung dengan bandar kann. aku lebih suka duduk dekat kampung sebab tenang dan damai je rasa. kampung sekarang pun bukan macam kampung dulu2. kenapa? dulu kampung mana ada wifi kan. sekarang kampung aku dah ada wifi. hahha. kelass gituuu. semangat tau anak menantu cucu wan aku nak balik kampung sekarang. ahhaha. :p

walaupun dah ada wifi, bila masa dengan family semua gadjet yang canggih manggih tu tolak ke tepi belaka. bukan senang nak kumpul ramai ramai kann. :) korang suka balik kampung ??





Mood Nak Memasak !


dua tiga hari lepas aku tengok instagram kawan aku dia post gambar tart nutella. pehhh. mengancam gila aku rasa maka dengan itu tekak aku pun menggedik gedik jugak nak makan tart nutella. Erghhh.


sumber : abam google

aku pun secara tak sengaja google lah resipi. senang je rupanya nak buat tart nutella ni. pejam mata pun boleh buat gamaknnya. * ok ni ayat orang bajet pro. kejap lagi boleh lah pergi pasaraya cari bahan nak buat tart nutella. tunggu dan lihat apa hasilnya. weeeeee.

mood nak buat tart nutella sangat membuak buak. harap harap menjadi. ^___^
mana atau boleh buat bisnes dengan makanan ni. hahahah. angan angan kemain lagi. setinggi awan di langit. pehh :p








Segmen : Zaman Persekolahan


klik SINI untuk join ^__^

jom kita mengimbau ke zaman dulu dulu kala. ehehehe :p aku pilih no 16.. aku ni jenis yang habit tiap kali cikgu cakap kena ada pen dan kertas depan mata. sekurang kurangnya kalau cikgu tu cakap point yang penting kita boleh tulis kan. satu lagi aku sokmo ingat pesan cikgu aku masa sekolah dulu. cikgu tu pernah cakap " kalau kamu tak nak mengantuk pastikan ada pen atau pensel dekat tangan kamu." bila fikir fikir balik betul jugak. kalau melangut, dengar je cikgu tu bercakap lama lama boleh jadi yang macam gambar ketiga tu kann. hahah :P fokus itu perlu oihh :) kalau tak macam mana nak berjaya melainkan kau boleh belajar sendiri. dan aku bukanlah yang jenis boleh belajar sendiri. memang kena ada cikgu or kawan yang membantu.kalau tak benda lain yang aku buat. 

bila nak ingat satu satu kenangan dekat sekolah ni memang banyak lah kan. tak terkira. pada aku zaman sekolah adalah zaman yang paling best dan ohsemmm. kalau korang pulak akan pilh no berapa??

jom sama sama join segmen ni :) 









Untungnya Kalau Dapat

pernah tengok rak buku yang unik macam ni???? hehehe. cik manis jumpa dekat facebook tadi.. untung betul kalau ada rak buku macam ni dekat rumah aku. sebijik pun jadilah kannn :)


sambil baring baring boleh baca buku.. wuuuuu. seronok kot :P



rak yang ni macam ni pun boleh tahan jugak lawaaa :D

sekarang ni mood membeli buku dengan novel bukan main lagi tinggi. tapi nak membacanya etah bila. adoii lahh. tak lama lagi ada pesta buku dekat PWTC. macam nak pergi je.. lalalalalala :D





Wordless



jom buat dhuha ^__^ in sha allah pintu rezeki terbuka luas untuk kita :)




Review : Arabian Bay Suites Gambang Resort


baru hari ni aku nak update tentang family day yang aku pergi hari tu :) actually ni kali ketiga aku sampai sana. tapi sebelum sebelum ni tak bermalam pun dekat situ. memang lawa lah resort dekat sini. kalau nak bercuti ke nak release tension ke boleh laa datang sini. 

#ENTRI ini penuh dengan gambar :) harap mak long. 


dekat sini ada dua resort. yang aku duduk Arabian Bay Suite. satu lagi kalau tak silap aku Carribean Bay Suite. yang Arabian ni baru sikit daripada yang Carribean tu :)


dah siap landing landing baru teringat nak ambik gambar. Ahaaa :P
bilik aku menghadap ke jalan utama so tak berapa best sangat. kalau dapat bilik yang mengadap ke kolam renang tu baru awesomeee :D


dekat situ ada jugak aktiviti luar. sesiapa yang berminat nak naik kuda, main flying fox boleh la datang sini. naik kuda RM 10 seorang ( dua kali pusing ). syratnya berat paling MAKSIMUM 85 kilogram. cuma yang aku tak berapa suka tempat nak beli tiket untuk naik kuda ni jauh sikit dari tempat nak naik kuda. kena jalan kaki pulak tu. maka aku pun tak naiklah kuda ni T__T




suasana dalam Grand Ballroom Arabian Resort. aku suka dekorasi dia . Cantik. Ada sorang staff ni cakap dekat aku "nanti kahwin buatlah dekat sini, barulah grand sikit." Eh memang nak pun aku buat dekat situ, siapa yang nak datang. jauh oiiii . 


makanan dekat situ ada yang boleh diterima oleh tekak tapi aku ada jugak yang aku tak boleh terima. ehhhh jujur gila aku ni. HAHAH.. haruslahh. jujur itu perlu. 


aku paling suka dessert dia yang ni. sebab dia masam masam manis gituu.  :D



ni tiket nak masuk Waterpark dekat situ. sebab tidur dekat resort diorang so dapatlah top up RM 12  untuk beli apa apa dekat dalam tu. Nasi Kukus RM 10 sebungkus. Air tin satu RM 3.40  burger dalam RM 4.80 sebijik . Peh. So, kalau datang sini bawak pulak family topup lah dalam RM 50 ke atas. 


ni antara tempat mandi dekat itu. sebiji pelampung untuk disewa RM 20. sebab tu aku cakap tadi kena top up RM 50 ke atas. 



dekat dalam ni jugak ada disediakan tempat untuk main bola tampar. dapatlah feeling feeling tepi pantai gitu. gazebo yang dekat tepi tu kalau nak duduk kena tambah RM 50 untuk sebijik gazebo. :D


Erkkk. tuan tanah memikirkan masa depan. hahahah :P


inilah pintu gerbang utama resort ni. ambik gambar dari bilik aku :D

cuma aku nasihatkan kalau nak pergi sini musim musim cuti sekolah, bila turun nak sarapan jangan pergi waktu puncak. maksud aku turun awal ke kafe diorang. kalau tak nanti kena beratur panjang dekat luar macam aku kena. hahaha :P sebab bila ruang kafe dah penuh dia akan tunggu ada meja kosong dulu baru dia bagi masuk. memang stress jugak  lah menunggu. 






Terima Kasih Nuffnang



alhamdulillah. rezeki awal disember ^__^ terima kasih encik Nuffnang 
jom klik klik :)





Disember 2014 ^__^


baru sedar dah tiga hari blog aku tanpa entri baru. hahah. last entri pasal ROTI yang tak berapa nak gebu tu. hahaha :P aku pergi bercuti hari tu & sebelum pergi tu lupa nak buat entri auto publish.. maka hadaplah korang entri roti crusty aku tuu berhari hari. hahah :P 


pejam celik pejam celik dah masuk disember pun kita ni. alhamdulillah , masih lagi diberi pinjaman naywa oleh Allah ^__^  Dear Disember, please be nice to me. :) moga moga segala urusan pada bulan ni dipermudahkan oleh Allah :)



nahhhh. belanja sekeping gambar Big Apple versi awal Disember.. hahahah :P









Nak Buat Roti Gebu Kononyaaaaaa


aku dah lama nak hupdate entri pasal roti gebu ni sebenarnya..gebu??? nanti aku letak gambar roti tu nilai sendiri gebu ke tidak. HAHAHA :p dah lama dah aku buat roti tu tapii baru hari ni nak kongsi :P


gebu lah sangat kan. pffffttt. roti aku tak gebu langsung. sobs sobs sobs. tak habis lagi menuntut ilmu buat roti ni. hahaha :p abah cakap tinggi sangat hajat aku nak buat roti. alik2 tak jadi pun rotinya. :)alahaiii mak cik Nani usaha lagi dehh :) lama lama nanti jadilah roti kau tu. ku pujuk lara di hati. wuuuu :)

ada tips or petua tak macam mana nak kasi roti ni gebu dan sedap. jeles aku tengok orang buat roti gebu. molek je dia kembang naik. aku nak roti aku macam tu jugakkk .. T__T roti aku ni alik alik tak dek orang pun makan. kecik hati rasa. hahaha. aku pun tak lalu nak makan oihh. tak sedap lalu :P

dakpe lahh usaha lagi kann. usaha tangga kejayaan :)





Errkkkk



hahahah :p tadi aku terjumpa dekat facebook. adoi lahhh :P tak semua perempuan macam tu..
ada masa memang kita gembira ada masanya kita berduka. rencah kehidupan memang macam u. bukannya sepanjang masa bahagia dan gembira kannn :) salam jumaat :)





Giveaway kerusiburok : Ole Ole Phuket



hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

apa yang lain macam nye tu cik manis? pagi tadi lepas siap solat subuh aku tertidur sekejap. berat gila mata aku, memang mengantuk tahap absetos betul. HAHAHA :P sekali ambik kau, mimpi ibu suruh aku menikah dengan lelaki mana entah.. kus semangat! terus terjaga dari lena yang panjang. muahahah :p dah lah aku siap nangis nagis dalam mimpi tu. adeehhh . punya lah tak nak kan.

mujur mimpi je. kalau jadi betul betul huishhh tak tahu nak cakap apa. tu lah padahnya kalau tidur sebelum masuk waktu dhuha :P  sorang ustaz ni pernah cakap kalau nak tidur , tunggu lepas masuk waktu dhuha & dah tunaikan solat dhuha, kalau tak nanti reezeki susah nak masuk . sungguh lepas ni tak nak dah tidur sebelum waktu dhuha. takut dapat mimpi ngeri macam tadi. aaaaaaaaaa.. tak nak. 




sumber : abam google ^__^



tapi soal jodoh , ajal, maut ni biarlah kita serahkan semuanya pada Dia :) kita merancang, Allah juga merancang tapi sebaik baik perancangan adalah perancangan daripada Dia :) jangan pernah berhenti berdoa sebab segalanya boleh diubah dengan doa :) teringat dalam novel Jujurlah Nikahi Aku, sis Umie Nadziemah ada cakap " jangan simpan orang dalam hati sebab hati manusia boleh berubah ubah tapi simpan dalam doa in sha allah akan kekal" :) 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page