Resepi Bihun Sup Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasanya macam dah lama Nani tak share resepi dekat dalam blog ni; last hari tu buat masak paprik ayam tak silap. Heheh. So hari ni nak kongsi kan dengan korang Resepi Bihun Sup Mudah. Iye resepi ni memang simple sangat, campak campak aje lepas tu dah siap dan boleh makan. Biasa lah dapur bujang kan eheh. Bila dah jemu asyik makan nasi hari hari, sekali sekala kita tukar lah menu pulak makan bihun sup. Bahan bahan yang diperlukan semestinya bihun (dicelur sampai lembut dalam air panas) & untuk sup tu pulak, Nani tumiskan bawang merah, bawang putih (tumis sehingga garing), kemudian masukkan ayam (kalau nak - kalau tak nak boleh skip part ni). Nani selalunya akan make sure ayam tu dah half cooked, baru Nani masukkan sup bunjut or rempah sup dan tambah air biasa. Last sekali, mesti lah kena tunggu sampai sup tu masak. Hari tu Nani buat ayam carik, so bila kuah sup dah mendidih, Nani keluarkan ayam tu. Bila ayam dah sejuk, boleh lah carik carikkan sehingga halus. Settle! Kalau rasa macam malas nak buat ayam carik, korang potong aje ayam tu kecil kecil, masak aje sekali dalam sup. Alah macam kita selalu tengok mak mak kita buat sup ayam tu. 
Resepi Bihun Sup Mudah
 Bila buat bihun sup ni, yang paling penting sekali semestinyaa sambal kicap. Sambal kicap versi Nani senang aje, tumbuk cili dengan bawang goreng lepas tu tuang kicap. Hah jadi lah pekat macam dalam gambar.  Bahan bahan lain tu optional aje tau, kalau korang tak nak pun tak apa. Nani jenis yang kalau makan bihun sup, wajib ada kacang goreng, fish cake (digoreng atau direbus sekejap), ayam carik dan juga bawang goreng. Kalau ada taugeh dengan bergedil lagi power! Tapi dah nama pun yang simple kan, so kita guna aje lah bahan apa yang ada dekat dapur. Gittew! 
Resepi Bihun Sup Mudah
Hah lepas tu boleh lah makan sampai puas hati. Hahah! Hari tu Nani punya kacang goreng tu tergaring sikit, itu yang warna gelap semacam. Api pun kemain besar - nasib still boleh makan lagi. Tauhu tu pun dah alang alang ada lagi dalam peti ais, kita campak masuk dalam sup. Masak sendiri ni ikut suka aje kita nak masukkan apa, asalkan sedap. Simple aje kan resepi nya, hah lepas ni korang boleh lah try buat sendiri pulak dekat rumah. Kalau rasa tak nak makan dengan bihun, boleh ganti kan dengan nasi impit, mee kuning atau pun kuey teow. Ikut suka masing - masing. Nani ni time rajin, boleh lah masak macam macam. Bila sampai angin malas dia tu, apa pun tak jadi. Hahah! Lepas ni kalau buat sup, nak try pulak buat sambal merah yang macam dekat belah utara sana. Nanti kita try cari resepi sambal merah tu, kita buat sampai jadi. Kalau korang pernah buat ke, boleh lah share resepi sambal tu dengan Nani dekat bawah okay! 

Texas Chicken di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sebelum balik Pahang, sempat lah jalan jalan cuci mata sekejap dekat Sunway Putra Mall. Iyee bab window shopping ni memang sentiasa ada masa okay, tak kira lah apa jadi sekali pun. Hahah! Sebenarnya plan asalnya nak singgah sekejap aje, sebab nak beli set Burger King yang tengah promo sekarang. Nani bila dengar ada promo memang laju aje kaki tu nak pergi. Eh? Hahah! Tapi serious berbaloi, ada empat set burger dekat Burger King ni yang kita boleh dapatkan dengan harga RM20. Iiye memang RM20 tepat tak ada extra charge ke apa kecuali kalau add on menu lain. Heheh. Hari tu Nani beli set C (ada empat burger & dua cheesy fries). Cumanyaa tak sempat nak ambil gamabr, sebab yang tu Nani tapau bawa balik Pahang. Sampai aje Pahang, terus masing masing ambil burger tu, hilang kisah nak ambil gambar dulu. Hahah! Tak silap Nani promo tu last hari ni, sempat lagi kalau korang nak pergi terjah Burger King. Settle aje tapau burger dekat Burger King, terus pergi  Texas Chicken (bebetul sebelah Burger King tu okay) sebab tekak teringin nau nak makan bubur dekat sini. Oh ye, Texas Chicken ni dekat Level Ground Floor tau! 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
   Pada Nani bubur dekat Texas ni lagi sedap daripada yang dekat Mcd. Makan pulak dengan ayam goreng Texas phew memang ngam sangat lah. Hahah! Hari tu Nani ambil set Mega Crunch Box kalau tak silap; ada air, ayam goreng dengan bubur - total RM 9.40. Honey butter biscuit tu Nani add on - RM 1.50 per pieces. Itu antara yang wajib order bila makan dekat Texas. Heheh. Sekarang ni Texas Chicken dah jadi salah satu fav Nani jugak. Ayam goreng dekat sini pun rasanya lagi besar berbanding dengan fast food lain. Berbaloi sangat kalau beli. 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
Rasanya baru lagi outlet Texas Chicken ni dekat Sunway Putra Mall. Sebelum ni sebelah Burger King tu kedai lain. Hari tu check directory mall, KFC pun dah buka juga dalam ni. Dulu Nani selalu pergi outlet Texas Chicken yang dekat Pasar Seni, betul betul dekat tepi Stesen LRT. Ada satu hari tu Nani pergi, tengok tengok dah jadi office travel apa benda entah. Hahah! Rupanya dah setahun lebih outlet dekat situ tutup, tapi Nani yang tak tahu. Lol! Masa tu gigih okay patah balik ke KLCC semata mata nak beli Texas Chicken. Maybe dia orang tutup outlet yang dekat Pasar Seni & buka dekat Sunway Putra Mall ni hah. Kalau pergi Sunway Putra Mall selalu macam blur nak cari tempat makan sebab banyak sangat pilihan yang ada. Hahah! Iye banyak sangat choice pun susah jugak. Korang pulak pernah tak makan dekat Texas Chicken ni? Set mana yang korang selalu order? Jom share dekat bawah! Next time boleh Nani try pulak. 

Hujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Ada yang Monday blues ke hari ni? Heheh. Apa apa pun selamat berkerja okay! Selalunya weekend Nani akan habiskan masa tengok movie dekat bilik, tak pun kita cuci mata dalam mall. Tapi baru ni balik Pahang, habiskan masa dengan yang tersayang pulak. Benda yang paling best sekali bila balik rumah parents ni of course lah bab makan kan. Cakap aje teringin nak makan apa, semua terhidang depan mata. Itu pun antara yang paling best juga lah bila balik rumah & tak payah pening nak fikir nak makan apa untuk lunch and dinner. Apa yang ibu kita masak, itu lah yang kita makan kan. Gitu lah kasih sayang orang tua ni, setiap kali anak anak balik kemain mewah makanan dekat rumah. Selagi masih ada, masa ini lah nak menumpang kasih sayang orang tua. Kali ni balik lama sikit sebab cuti, sekarang pun Nani still dekat Pahang lagi so boleh lah makan sedap sedap. Iye setiap hari makan lauk dekat cafe pun naik bosan juga kadang kadang tu. Lauk pula hari hari lah menu ayam, memang jemu lah. Hahah! Balik baru ni memang awal awal lagi dah request nak makan asam pedas, kebetulan dalam peti ada kepala ikan merah terus lah ibu masak kan asam pedas. Awhh, seronoknyaaa balik rumah macam ni. 
 Jangan tanya eh ni asam pedas style mana, Nani memang tak tahu. Hahaha! Serious tau, sampai sekarang Nani tak tahu apa bezanya asam pedas negeri Johor dengan Melaka. Pada tekak Nani, memang sama aje rasa semua asam pedas. Hahah! Nani jenis suka asam pedas yang kuah pekat sikit, kalau cair tu macam tak feel pulak bila makan. Kalau dekat KL, jarang lah jumpa asam pedas yang kena dengan selera Nani - selalunya cair sangat lah, tak masam sangat lah. So nak yang sedap, memang minta ibu sendiri juga yang masakkan. Gituh! 
Kalau korang nak recommend any kedai yang ada asam pedas sedap, boleh lah share dekat bawah okay! Kalau dekat nanti Nani terjah. Thank you in adanvace! 
Ini pulak goreng kacang dengan paru. Paru tu ibu Nani rebus dulu lepas tu baru masak macam biasa. Resepi ni simple sangat okay, tumis aje bawang mewah, bawang putih & lada. Tumis sampai garing, masukkan paru yang dah dipotong nipis nipis tadi, perasakan dengan garam dan last sekali baru masukkan kacang panjang tu. Siapp! Sayur tu tak payah masak lama lama sangat, nanti tak sedap. Korang try lah nanti okay, serious simple aje nak buat ni & sedap! Selain goreng macam ni, buat paru masak sambal atau pun rendang pun sedap jugak! 
Petang semalam orang dekat rumah ni request nak makan tauhu bergedil, buat lah juga dalam 15pcs macam tu. Jadi lah, bukannya ramai sangat pun dekat rumah Nani ni. Heheh. Sambal kicap tu wajib ada bila buat tauhu bergedil & wajib buat pekat pekat. Resepi tauhu ni memang dah baaaanyak kali Nani share, korang boleh check dekat side bar blog ni okay! Mee goreng pun ada jugak tapi tak sempat dah nak ambil gambar. Hahah! Sekali sekala balik ni memang syok, macam macam jenis makanan ada. Kadang tu balik rumah nya sekejap aje, tapi macam macam lah request nak makan itu ini. Kemain kan! So kali ni lama sikit duduk Pahang, jangan pelik lah kalau hari hari dekat Instagram ada macam macam gambar makanan yang Nani share. Hahaha! Korang pulak, ke mana weekend baru ni? 

Susu Pisang Nilofa

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Memandangkan sekarang musim orang buat review susu pisang, so macam bisa lah kita pun nak jugak try. Eh dasar cepat terpengaruh sangat kaaan. Hahah! Sebelum ni Nani pernah minum susu pisang jenama Pokka aje, jenama lain memang tak pernah try so tak tahu lah yang mana satu sedap. Susu pisang yang Korea tu pun Nani tak pernah try walaupun ramai orang cakap yang tu sedap kemain rasa dia. Selalu juga pergi Family Mart tapi tak pernah rasa pun nak beli. Oh ye, ini review personal Nani tau, bukan sponsored post ke apa. Cerita dia, bila dah hari hari lalu dekat timeline orang asyik promote Susu Pisang Nilofa ni, memang ada juga lah rasa nak try tu kan. Hakikatnya Nani bukan lah penggemar susu semua ni. Mula mula hari tu nak beli sendiri dengan agent area Gombak ni tapi tapi dah out of stock so tak dapat lah nak rasa. Sekali bila balik Pahang baru ni, tengok ibu Nani order dua pack susu pisang jenama Nilofa. Kemain kan nak minum Susu Pisang Nilofa ni pun, sampai ke Pahang baru dapat rasa. Fuhh boleh tahan kuat penangan susu pisang keluaran Neelofa. Nani yang tak berapa minum susu ni pun sibuk juga nak rasa. Hahah! 
Susu Pisang Nilofa
 Ini lah rupa packaging susu pisang jenama Nilofa. Nani tengok dalam gambar nampak macam besar tapi bila dah dapat, eh tak ada lah besar mana pun (200ml). Masa dapat tu susu ni tak sejuk lagi so masukkan lah dalam freezer dulu. Minum time sejuk baru nikmat ye, tak kira lah air apa sekali pun. Hahah! Pada Nani not bad jugak lah rasa susu pisang Nilofa ni, ada rasa lemak lemak manis gitu. Cumanya cukup sekali tu aje lah kot rasa sebab Nani tak berapa gemar sangat susu pisang semua ni. Selalunya beli pun untuk rasa aje semata mata. Tapi kalau korang memang jenis yang suka kan susu pisang, hah boleh lah masukkan dalam list untuk dicuba okay! 
Susu Pisang Nilofa
Harga untuk satu pack ni RM 4.90. Ibu Nani cakap mahal, tapi pada Nani memang harga standard lah tu. Hahah! Nani baca ramai yang cakap nak lagi jimat beli satu kotak yang ada enam pack tu terus. Kalau nak jimat sikit boleh lah ajak kawan kawan share sekali. Gittew! Korang boleh dapatkan susu pisang jenama Nilofa ni dekat agent yang berdekatan. Rasanya setiap tempat ada agent, biasa lah kan bila founder yang strong macam ni, memang semua orang nak jadi agent. Setakat yang Nani tahu tak ada lagi masuk any mart or pasaraya. Korang boleh check it out dekat Instagram or Facebook, memang ramai yang jual air ni. Pada Nani, okay lah untuk cuba - sambil sambil ikut trend. Hahaha! Korang pulak dah pernah try ke belum Susu Pisang Nilofa ni? Sedap ke tidak? Hah cuba share sikit dengan Nani pendapat korang. Heheh. Apa apa pun, setiap orang ada citarasa dan selera masing masing kan. Mungkin pada Nani, biasa biasa aje tapi pada korang luar biasa. Betul tak? 


Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum & Hello
Hai korang! Rasanya tak terlambat lagi untuk Nani ucapkan selamat tahun baru. So, setakat ni macam mana korang punya tahun 2020? Masih okay atau dah ada benda benda yang tak best jadi? Heheh. Nani baru hari ni ada mood nak update blog (padahal azam baru nak rajin kan diri update blog, hah macam mana eh tu). Tak apa, kita slow slow back on track. Gituh! Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi benda benda yang tak best yang jadi, harap harap memang tak ada lah. Actually hari ni nak share dengan korang pasal Basque Burnt Cheese Cake. Semestinya bukan yang Nani buat ye. Hahah! Dulu pernah tau Nani buat cheese cake yang japanese tu tak silap, tapi tak menjadi. Sedih betul rasa; dah lah bahan bahan nak buat tu boleh tahan juga harganya. Konon tengok dekat Youtube, nampak senang betul dia buat. Tapi bila sendiri yang try buat, kelaut habis. Jadi macam puding okay cheese cake yang Nani buat tu. Jangan tanya kenapa jadi puding dan bukannya kek, Nani sendiri pun tak tahu. Hahaha! Tak tahu lah step mana yang salah dan sejak dari tu, memang tak pernah dah buat sendiri cheese cake, kalau rasa teringin nak makan memang beli aje. 
Basque Burnt Cheesecake
 Sebenarnya memang dah lama sangat nak try basque burnt cheesecake ni, tapi Nani tak pernah jumpa yang orang jual per slice. Kalau tengok dekat Facebook atau pun Instagram, kebanyakkan nya jual satu kek yang besar tu dan harga pun memang boleh tahan kalau satu kek tu. Nani ni duduk sorang aje, siapa pulak nak makan kalau beli banyak banyak. Hahah!  Kebetulan hari tu ada kawan call cakap nak bagi barang. Ingatkan apa, rupanya basque burnt cheesecake. Eh macam macam tahu tahu aje apa yang orang nak makan. 
Basque Burnt Cheesecake
Baru suapan pertama pun dah terasa nikmatnya cheesecake ni. Sedaap kemain okay! Nama pun burnt cheesecake memang atas tu ada rasa pahit pahit sikit tapi sumpah sedap. Lupa pulak nak tanya dia beli dekat mana hari tu. Cuma cheesecake ni bila makan banyak, dia jadi macam muak sikit. Hari tu dua tiga kali jugaklah repeat makan cheesecake ni nak bagi habis satu slice. Makan pun sikit sikit aje sebab takut cepat habis. Hahaha dasar Nani! Nani rasa dekat Secret Recipe tak ada burnt cheesecake ni, kalau korang teringin nak rasa, boleh cari dekat Instagram atau pun Facebook. Memang ramai sangat dah orang yang jual cake ni, cumanya nak jumpa yang jual per slice tu susah sikit. Macam teringin juga nak try buat sendiri, tapi takut kejadian yang sama dulu jadi balik. Hahah! Tak apa lah, daripada membazir buat kek tapi tak menjadi, baik beli aje lah. Dah sah sah orang yang jual tu buat lagi sedap. Korang dah pernah try ke makan basque burnt cheesecake ni? 

Thank You 2019

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Finally we are at the end of this year! Rasa uwow cepatnya masa berlalu & next year is going to be my tough year. Macam macam komitmen & tanggungjawab baru yang nak kena handle. Phew nervous sikit but inshaAllah everything will be fine. I really hope so. Bila dah hujung tahun ni, of course kita akan buat sesi recap apa yang dah jadi throughout this year. Gittew! Ini dah macam entry wajib setiap kali hujung tahun. Hahah! Rasanya tahun ni tahun yang paling banyak Nani nak kena deal dengan emosi. Tahun di mana kita orang satu family diuji dengan kehilangan orang yang tersayang & paling dekat di hati, iaitu nenek Nani sebelah abah. Daaan tahun ni juga sengaja sibukkan diri sebab nak 'move on' dari seseorang. Hahaha! Susah juga rupanya nak deal dengan heart break ni rupanya, eh tibeh. Tapi memang ada satu masa tu Nani sibuk betul sampai bulan November hari tu langsung tak update blog. Fuhh lain macam dia punya sibuk tu. Next year tak tahu lah macam mana pulak lagi lagi bila komitmen dah bertambah. 
To sum up everything, tahun 2019 ni memang penuh dengan drama tapi manisnya tu tetap juga ada. Macam macaroon dengan coklat dekat bawah ni lah, ada manis - pahit. Gittew! Eh menyempat pulak dia kaitkan hahah! 😝
Oh ye, salah satu achievement Nani untuk tahun ni semestinyaaa, dah dapat lesen kereta & dah boleh drive. Hahah! Lepas dah bertahun tahun peram niat nak pergi kelas memandu, akhirnyaa tahun ni berjaya untick kotak tu. Tak boleh lupa betul masa mula mula drive dulu, teruk kemain. Kenangan wakk! Lain lain achievement tu biasa biasa aje, plan nak saving hari tu berjaya juga okay! Tapi Nani belum kira lagi berapa yang dah berjaya saving tu sebab konsep dia masuk aje duit ikut suka. Tak sabaar nak pecahkan, mana tahu boleh guna buat pergi melancong. Eh? Harap harap tahun ni makin rajin lah nak saving, saving ni serious bagus. At least kalau masa dah terdesak sangat, ada jugak duit tepi as back up. Tapi this year memang tak sentuh lagi tabung tu, itu yang excited nak pecahkan nanti. Lepas tu baru lah kita fikir nak guna untuk apa, selalunya habiskan dekat makanan aje lah. Hahah! 

Blogging pulak jangan cakap, memang banyak kelaut tahun ni. Rasanya bulan January hari tu aje yang ada 13 entry, lain lain semua below than 10. Allahu Nani. Hahaha! Tak apa, next year kita buat come back balik semula, ceh kemain kan. Harap harap bukan hangat hangat tahi ayam lagi lah, selalunya awal awal tu memang semangat. Tapi bila dah masuk kerja bertimbun, lepas tu hal itu hal ini, mula lah dianak tirikan blog ni hah. By the way, semalam dah masuk tahun ketujuh Nani berblogging uwuu rasa macam tak percayaa! Macam macam okay dah merepek merapu dalam ni, kalau entry lama lama dulu memang banyak dah Nani delete sebab rasa macam tak matang betul post dulu. Ejaan pun kemain lagi, rasa macam nak maki diri sendiri bila baca. Hahahaha! 
Harapan Nani untuk tahun 2020 ni? Tak minta banyak, cukuplah Tuhan permudahkan semua urusan Nani. Takut sebenarnya sebab tahun 2020 ni ada satu komitmen baru yang Nani pegang. Bila kita duduk dekat atas ni sebenarnya ada pros and cons nya jugak. Pros nya rasa macam dihargai sebab orang percayakan kita untuk galas tanggungjawab tu tapi cons nya takut kecewakan hati sesiapa sebab terlalu banyak expectations yang dia orang letakkan. Tak tahu lah, kadang kadang Nani ni jenis overthinking juga. Tapi harap harap lah semuanya dipermudahkan kan, boleh jaga hati semua orang sama rata. Eh nervous lah kita bila cakap pasal ni. Hahah! 
Yang terakhirnya daripada aku khas buat setiap jiwa jiwa yang hadir dan jadi sebahagian daripada hidup aku; terima kasih. Terima kasih untuk kenangan yang manis manis sepanjang tahun 2019. Terima kasih sebab masih tetap setia bersama aku yang terlalu banyak kurangnya. Terima kasih untuk setiap kata nasihat dan pesanan tulus daripada kalian yang sentiasa menjadi kekuatan untuk aku terus melangkah ke depan. Sekali lagi, terima kasih untuk semuanya. Dan untuk kamu, kamu yang perlahan lahan melangkah 'jauh' tinggalkan aku. Terima kasih sebab pernah izinkan aku bertapak dalam hidup kau & berkongsi rasa yang sama dulu. Semoga yang baik baik Tuhan kurniakan untuk engkau dan dia nanti. Dua tahun berlalu tapi aku masih belajar melangkah tanpa engkau. Dan untuk semua yang tak jemu jemu ke sini, terima kasih. Semoga tahun 2020 memberikan lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua. Selamat Tahun Baru! 

Sushi King & llaollaou di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari Rabu baru ni kan public holiday untuk negeri Selangor (siapa geng sepp sikit, eh hahah) so macam biasa kita buat aktiviti jalan jalan cuci mata dekat mall. Tapi rasanya bukan setakat cuci mata aje bila dah keluar ni, kita cuci wallet sekali. Koff koff! Banyak betul lah benda nak beli bila dah keluar jalan jalan ni. Plan asal nak keluar pergi makan Sushi King aje dekat Melawati Mall tu tapi kesudahannya masuk Kaison, MPH, Watsons & ada lah dua tiga kedai lagi. Masuk tangan kosong tiba tiba keluar kemain banyak beg plastik dekat tangan. Hahah! Dua tiga minggu ni lain macam betul mood nak berjalan jalan & shopping tu. Dah lama sangat sebenarnya tak keluar, asyik hadap kerja aje memanjang penat juga otak ni hah. Bila keluar time public holiday, faham faham lah macam mana kan, memang ramaai orang sampai dua tiga kali jugalah pusing nak cari parking. Tapi nasib baik tak kena queue lama sangat dekat Sushi King. Memang tempat fav betul Sushi King ni, setiap minggu makan dekat situ pun tak apa. Eh? 
Macam biasa, menu fav bila pergi Sushi King semestinyaa Golden Ball. Iye hari tu dua pinggan ambil Golden Ball tu aje, tak pandang dah benda lain. Korang yang tak pernah try, Golden Ball ni wajib masukkan dalam list next time. Serious sedap gils ye, tak tipuu. Actually dua jam sebelum makan sushi ni, kita orang dah kenyang makan nasi kandar. Tibeh masuk Sushi King nak makan lagi. Hahah! Nani makan dua tu aje, lepas tu tak order dah benda lain. Tengok aje kawan kawan makan, agittew! 
 Banyak sushi yang sama sebab datang empat orang lepas tu semua nak makan jenis yang sama aje. Ini baru separuh sebenarnya, ada lagi yang tak sempat masuk dalam gambar. Lighting pun tak berapa nak onz haritu so malas nak jadi gigih sangat ambil gambar. Hahah! Btw, Hanjuku Cheesecake dekat Sushi King ni sedap rupanyaaaa tapi tu lah, mahal dan kecil. Makan dua tiga suap habis dah, tak sempat nak menikmati. Hahah! 
Daaan misi utama haritu (selain dari Sushi King), llaollaou. Dah lama teringin tapi asyik tak sempat aje nak beli. Dah alang alang pergi Melawati Mall baru ni, memang dalam kepala dah set siap siap nak pergi llaollao. Kebetulan pulak haritu hari Rabu, so dapatlah harga promo diskaun 22% sebab sekarang second week of December. Kalau pergi next week, dapat 33% diskaun. So nak jimat pergi lah llaollao hari Rabu setiap minggu ketiga. Promo ni valid setiap bulan tak silap Nani. Macam biasa, sauce fav semestinya caramel. Sedaap woo! Tapi sekali sekala aje lah mampu makan sebab harga pun boleh tahan juga llaollao ni hah. Iye memang keluar baru ni duit banyak habis dekat makanan aje. Tu tak termasuk pergi MBG beli buah, lepas tu tapau dinner pulak dekat Marrybrown. Start next week dah boleh puasa lah macam ni. Hahaha! Korang team kerja ke cuti Rabu ni? 

Pengalaman ke Batu Caves

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Iye harini nak share pengalaman Nani sendiri ke Batu Caves (walaupun cerita ni bulan Oktober haritu tapi tetap jugak nak share). Hahah! Hari tu sebulan lebih hah berehat dari blog. Lama betul berehat tu, banyak cerita yang tak sempat nak kongsi dengan korang. Sempena tengah ada mood nak menulis ni, boleh lah kita buat throwback sikit eheh. Sepanjang tiga tahun jadi penduduk Gombak ni, hari tu first time Nani pergi Batu Caves, itu pun sebab nak kena buat research sikit tentang adat & budaya dia orang. Kalau bukan sebab itu, rasanya tak tahu lah bila akan pergi. Sebelum ni asyik tengok dari jauh aje, lepas tu sendiri tertanya tanya ada apa dekat atas tu. Bila dah pergi, baru lah tahu serba serbi pasal tempat ni. Nani hari tu pergi time weekdays (masa tu nak dekat Deepavali) pun ramai orang tau & mostly tourist lah. Masa Nani pergi tu pun dia orang ada hari kesyukuran so boleh lah tengok sikit sikit aktiviti dia orang. Tapi nasihat Nani kalau nak pergi, better pergi pagi sebab redup sikit cuaca. Parking pun luas aje dekat area Batu Caves ni, cumanya kena bayar lah RM 5. 
Batu Caves
Mula mula sampai tu excited juga lah nak explore semua benda. Plan asal nak ronda dekat area bawah tu aje tapi dah alang alang sampai kan, kita mendaki jugalah sampai ke atas sana. Sekurang kurangnya nanti bila orang tanya, boleh lah dengan bangga nya cerita dah pernah naik & masuk sampai ke dalam gua Batu Caves tu. Hahahah! Motippp sangat kan. Hei tu pun satu achievement tau dapat naik sampai atas untuk Nani yang jarang jarang nak buat aktiviti mendaki semua ni. Masa ni around pukul lapan lebih macam tu, so cuaca pun redup aje lagi tak panas sangat. 
Batu Caves
 First sekali kita orang masuk dalam kuil dekat bawah tu, tapi Nani tak ingat apa nama kuilnya. Macam Nani cakap tadi, masa tu dia orang ada macam hari kesyukuran so memang ramai lah orang. Tapi boleh aje tau untuk kita masuk dalam ni. Sama macam rumah ibadat yang lain, nak masuk sini kena lah pakai proper attire, tak boleh pakai sembarangan aje. Kalau pakai skirt pendek pun dia orang tak bagi masuk. Iye lah rumah ibadat kan. 
Hari tu ada borak dengan sorang uncle ni, dia cakap dia orang akan cat tempat ni 12 tahun sekali aje. Tak kira lah lusuh macam mana pun warna bangunan tu, selagi tak sampai 12 tahun dia orang takkan cat baru. Tapi Nani tak sure lah sejauh mana kesahihan benda ni, cuma yang dia bagi tahu macam tu lah. 
Batu Caves
Daaaan misi yang tak dirancang, mendaki beratus ratus anak tangga naik ke atas tu. Phew banyak kali juga lah actually berhenti nak boleh sampai ke atas tu. Penat dia jangan cakap macam mana. Hahah! Bab bab mendaki semua ni memang bukanlah 'nature' Nani ye, sangat jaraaaang buat aktiviti macam ni. Tangga tu curam juga lah so sepanjang naik dengan turun memang tak ada nya nak tengok phone ke apa, fokus aje pandang tangga. Hahaha! Seraam wak, takut betul kalau terjatuh. Sampai aje atas tu serious mengah gila, terus lah pergi kiosk beli air & guess what sebotol air dekat atas tu  RM5. Menyesal ye tak bawa air siap siap, tapi sebab penat beli juga lah walaupun harga serupa macam dekat atas flight. Hahaha! 
So, dekat atas tu ada apa? Dekat atas tu ada kuil juga, Nani tak pusing habis pun. Rasa macm ada banyak kuil sebab dekat dalam tu ada lagi tangga yang nak kena panjat. Tapi sebab masa tu kita orang dah penat, so tak sanggup dah nak mendaki. Hahah! Sekejap aje dekat atas tu. Ambil gambar dua tiga keping lepas tu turun semula. Turun tu laju lah taaaapi fuhh gigil weh kaki lepas dah jejak jalan dekat bawah tu. Hahah! Kalau orang ajak lagi lepas ni naik atas tu, rasanya memang tak nak dah. Cukuplah sekali tu aje, penat weh.  Tapi okay lah, sekurang kurangnya ada juga pengalaman pergi Batu Caves. Gittew! Korang pernah ke sampai sini? 

Shopping Haul | Jalan Jalan Japan di M3 Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Weekend baru ni Nani ke M3 Mall dekat Taman Melati, saja lah cuci cuci mata sebab dah lama tak 'ukur jalan' dalam mall. Hahah! Bila dah pusing pusing tu, ternampak lah outlet Jalan Jalan Japan ni hah. Memang tak fikir banyak kali dah, terus ajak kawan masuk situ. Plan asal nak tengok tengok aje tapi kesudahannya keluar dari situ dengan satu beg plastik besar. Hahaha! Sakan dapat shopping. Dua jam okay Nani 'berkampung' dekat dalam outlet tu sebab macam macam rasa nak beli. Nani sebenarnya first time masuk outlet Jalan Jalan Japan ni, hah terus terkejut tengok harga barang dekat sini murah kemain. Semua barang dekat sini barang preloved tau tapi ada tu yang tak macam barang preloved pun. Kualiti elok & ada yang nampak macam baru lagi. Itu yang jadi sampai dua jam pusing satu kedai. Nasib baik ada dengar bisikan orang sebelah ajak balik, kalau tak mungkin lagi lama Nani dekat dalam tu. Hahah! Lepas ni dah tahu dah mana nak cari barang barang preloved yang berkualiti dan murah, memang tak pergi tempat lain dah, terus aje ke Jalan Jalan Japan. 
Jalan Jalan Japan
 Ada banyak lagi tau outlet Jalan Jalan Japan ni, korang boleh check it out dekat website Jalan Jalan Japan outlet yang terdekat dengan korang. Nani pilih M3 Mall, Taman Melati ni sebab senang nak pergi. Serious outlet Jalan Jalan Japan ni besar, rasa macam semua benda ada jual dekat sini. Baju, beg, kasut, mainan, peralatan khemah hah semua lah ada. Nani macam biasa lah, tempat pertama yang Nani tuju bahagian kasut. Rambang mata tengok sebab banyaaak sangat pilihan yang ada. Heels pun ada juga tau! 
Jalan Jalan Japan
 Dekat bahagian kasut ni pun dah berjam pilih, apatah lagi dekat bahagian lain. Nani hari tu lepas pusing punya pusing last last dapatlah sepasang sandal dan sepasang heels. Nak juga beli heels sepasang walaupun tak tahu lah bila nak pakai tu. Hahaha! Punya lah banyak pilihan dekat sini sampai siap bersila lah dekat lantai tu nak cari mana kasut yang sesuai. Lain macam betul shopping kali ni. Dekat sini kena pandai cari tau, sebab semua barang barang ada satu saiz tu aje. 
Jalan Jalan Japan
 Nampak tak tu, elok lagi kan kualiti heels ni. Nani berkenan sangat masa nampak heels ni tapi tu lah, tak muat pulak dengan kaki. So terpaksa lah letak balik dekat rak, sedih kita wakk sebab cantik sangat. Daaaan yang paling penting, heels ni RM15 aje sepasang, murah sangat kan. Nani ingatkan dalam tiga puluh ke atas macam tu rupanya RM15 aje. Kalau korang datang Jalan Jalan Japan ni bawa RM 20 pun Nani rasa macam macam korang boleh dapat bawa balik tau. 
Jalan Jalan Japan
 Tunjuk sikit sandal beli dekat Jalan Jalan Japan hari tu. Nani suka sandal macam ni sebab sesuai & senang untuk pakai ke mana mana. Warna soft blue ni pun antara warna fav juga lah ni. Serious selesa tau sandal ni. Nasib baik haritu jumpa juga sandal yang sesuai dengan saiz kaki Nani sebab banyaknya yang tak berapa ngam. Sandal ni RM 30 sepasang, still okay lah harga tu sebab yang ni serious nampak macam baru. Kalau barang barang branded pun harga mahal sikitlah daripada yang lain. 
Jalan Jalan Japan
 Paaaaling suka heels yang ni, bila try hari tu & muat memang terus kita ambil wak. Hahah! Warna pun cantik, boleh lah pakai nak pergi wedding sesiapa nanti. Balik tu lepas lap lap sikit dengan air, terus berkilat nampak macam baru. Heels ni murah aje, RM15 sepasang. Percayaaalah korang dekat tempat lain memang tak dapat tau harga macam ni. Serious berbaloi pergi Jalan Jalan Japan. Selain daripada sandal dan heels macam yang Nani beli ni, sport shoes, sneakers pun ada juga tau. 
Jalan Jalan Japan
 Selain daripada kasut, kimono pun ada juga dekat sini. Iye lah, nama pun kedai Jalan Jalan Japan, mesti lah ada kimono dan yakuta. Bayangkan ada dua ke tiga row kimono dekat sini, rambang mata Nani tengok. Walaupun tak pernah jejak lagi bumi Japan, sekurang kurangnya merasa lah juga pakai Kimono kan. Cakap aje nak kimono yang macam mana, semua ada. Nani first time pakai kimono ni hari tu so jakun lah sikit kita. Hahah! Siapa yang nak cari kimono cantik cantik, recommended untuk datang sini. 
Jalan Jalan Japan
Hah tengok lah tu banyak kan pilihan kimono yang ada. Range harga utuk kimono ni around RM40 macam tu. Mahal sikit sebab ini antara barang branded juga di Jalan Jalan Japan. Tapi serious kain kimono ni best! Hari tu, untuk pertama kalinya dalam hidup Nani pakai kimono. Hahah! Cantik okay kimono ni dengan bunga bunga kecil tu lagi. Tiba pulak Nani rasa menyesal sebab tak beli hari tu. Plus, kalau beli pun tak tahu nak pakai pergi mana, itu yang kimono ni tak masuk dalam list. Hiks. 
Jalan Jalan Japan
 Baju tshirt pun banyaak dekat sini okay! Apa yang Nani suka dekat Jalan Jalan Japan ni, untuk bahagian baju - dia orang dah gantung siap siap ikut saiz. So kalau korang pergi sini, boleh lah tengok warna dekat bahagian hanger tu. Memang staff JJJ ni dah susun ikut saiz, korang pilih aje mana satu saiz yang korang pakai. Mudah kan kerja kita, tak payah lah kita sampai nak belek banyak banyak kali baju tu saiz apa. Selain daripada tshirt, sweater dan baju winter coat pun ada tau jual dekat sini. 
Jalan Jalan Japan
Hah tu pegang dua dua baju tu sebab dah start confuse nak ambil yang mana satu. Perempuan kan, macam tu lah lagi lagi bila shopping. Semua benda rasa nak ambil beli. Hahah! Bila banyak sangat pilihan ni pun payah jugak sebab tak tahu nak yang mana satu. Kalau korang boleh nampak dekat dalam gambar atas ni, dekat bahagian hanger tu ada warna pink & biru. Itu lah labelling yang Nani cakap tadi so before korang pilih baju, boleh tengok dulu siap siap hanger tu warna apa
Jalan Jalan Japan
 Section last sekali yang Nani pergi untuk ladies fashion ni, semestinyaa beg. Banyak wak beg yang ada. Dekat sini paling banyak tau Nani beli, sampai tiga beg okay! Fuhh memang kuat betul penangan Jalan Jalan Japan. Kalau dah beli sampai tiga tu, jangan tanya lah cantik ke tidak beg nya. Mesti lah cantik, kalau tak, takkan lah kita beli banyak sampai macam tu. Kawan kawan Nani yang dah tahu pasal kedai ni pun masing masing tak sabar nak pergi shopping. Tergugat lah tu tengok barang barang murah tak masuk akal. 
Jalan Jalan Japan
 Ini beg pertamaa yang Nani masukkan dalam bakul. Hahah! Nani sebenarnya dah lama sangat tau nak beli beg rotan macam ni tapi tu lah kalau dekat Instagram harga semua atas RM50 untuk satu beg. Mahal sangat. Hari tu dekat Jalan Jalan Japan baru RM15 satu beg rotan ni hah. Memang terus ambil letak dalam bakul. Bila Nani upload gambar ni dekat Facebook & Instagram, ramai pulak dah yang berkenan tengok. Serious cantik dan unik sangat tau beg rotan ni. Paling sukaa! 
Jalan Jalan Japan
 Ini pulak beg galas biasa. Nani saja beli sebab senang nak letak laptop untuk bawa ke kelas. Ini pun RM10 aje satu, Kualiti elok lagi, zip okay, kain pun bukan jenis yang berbulu. Puas hati beli barang macam ni hah. Konsep dia pergi Jalan Jalan Japan ni kena rajin aje, rajin membelek semua barang yang ada, jumpa lah mana satu yang berkenan di hati. Banyak tu pilihan, tipu kalau tak ada satu pun yang nak beli nanti. Takut kang hajat nak beli dua barang, tiba tiba keluar ada 10 barang. Hahaha! Bahaya tu. 
Jalan Jalan Japan
Ini last lah beg yang jadi pilihan Nani, beg galas juga ni tapi Nani nak buat beg untuk letak buku dengan file. Perempuan kan, setiap beg tu function dia lain lain, tak boleh guna satu beg aje. Hahah! Hasil dua jam shopping dekat Jalan Jalan Japan, dapat lah dua pasang kasut & empat beg. Phew kalau lagi lama hari tu rasanya, lagi banyak tu Nani borong. Overall memang Nani puas hati shopping dekat Jalan Jalan Japan ni hah sebab harga barang semua murah murah. Recommended sangat untuk korang shopping dekat sini. Harga murah melampau sampai rasa macam tak logik bila tengok kualiti barang tu still okay. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Jalan Jalan Japan ni, jangan lupa check it out website & Facebook JJJ dekat bawah ni. Korang pulak, ada ke yang pernah masuk mana mana outlet Jalan Jalan Japan ni?

Bomboloni Sedap di Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Finally it's Fridaaaay! Iyeee minggu ni paling hectic sampai rasa tak sabar sabar nak tunggu weekend. Banyak benda nak buat weekend ni dan salah satunya nak pergi shopping. Eh? Hahah! Shopping ni boleh jadi terapi nak bagi hilangkan stress okay. Heheh.  Biasa lah bila hujung tahun ni memang busy dia lain macam. Sebut pasal hujung tahun, hah macam mana dengan azam yang korang buat awal awal dulu. Tercapai ke tidak tu? Kalau tanya Nani, mesti lah banyak yang tak tercapai. Hahah! Tak apa, boleh renew dan bawa ke tahun tahun seterusnya. Gittew! Actually hari ni Nani nak share dengan korang bomboloni terzedaaap yang Nani pernah makan. Ini pun antara seller yang jumpa dekat Instagram jugak lah ni. Dekat Instagram tu memang banyak orang jual makanan; cumanya tak tahu sedap ke tidak aje. Tapi alhamdulillah setakat ni yang Nani jumpa mostly jenis yang memang ikhlas nak berniaga. Bukan yang jenis buat Nani rasa serik nak order dengan dia lagi. Kalau haritu Nani cerita pasal cream puff gebu, kali ni bomboloni pun sama. Gebu dan lembut kemain!
Bomboloni Sedap di Kuala Lumpur
 Nani haritu order 70pcs bomboloni ni. Serious banyak gila flavour yang dia orang buat sampai dua tiga kali jugaklah fikir nak ambil flavour mana. Sudahnya Nani pilih nutella, red velvet (cream cheese) dengan tiramisu. Tapi yang sempat ambil gambar, yang filling nutella aje, lain lain tak sempat. Hahaha! Selain daripada tiga flavour ni, ada juga dark choc, green tea dengan capucinno. Bomboloni ni memang besar okay, makan sebiji pun dah rasa kenyang. Filling dalam pun tak kedekut langsung. Serious recommended! 
Bomboloni Sedap di Kuala Lumpur
Harga untuk sebiji bomboloni ni RM 1.50; pada Nani murah juga lah tu sebab sedaap & filling penuh. Bukannya setakat dekat bahagian atas tu aje dia letak filling. Dah lah lembut kemain, memang sedaap sangat sangat. Next time dah tahu dah nak order bomboloni sedap dekat mana. Mula mula tu Nani ingatkan harga berbeza untuk setiap flavour, rupanya sama aje semua RM 1.50 sebiji. Untuk yang duduk area Klang Valley, boleh lah order dengan dia orang ni bomboloni sedap. Next time nak repeat order lagi & nak try flavour lain pulak. Untuk korang yang nak makan bomboloni gebu gebas, lembut & filling tak kedekut langsung; boleh check it out dekat Instagram mysugary_oven  takpun WhatsApp aje terus 0138022106.  Jangan lupa tau cuba. Have a good day everyone!

Cream Puff Sedap di Zazafida Brownies

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Finally ada pun masa nak update blog sendiri. Iye last Nani update bulan October hari tu, phew kemain lama tak tengok blog sendiri ni. Kalau buka blog pun, sempat published komen aje, reply komen pun tak. Sorry korang! Bukan sombong tau, tapi memang tak ada masa langsung. Bila dah hujung tahun ni, memang macam macam benda nak kena settle kan. Okay dah tiup tiup sikit sawang dengan habuk dekat sini, boleh lah update apa yang patut. Hahah! Ikutkan baaaanyak aje nak share dalam blog tapi tu lah semua cerita dah basi. Tengok lah nanti, kalau ada kerajinan boleh lah kita buat edisi throwback. Koff koff! Gigih kan nak jugak update (yang sebetulnya sebab nak simpan dalam blog ni buat kenangan gittew). Actually Nani nak share dengan korang salah satu cream puff gebu gebas yang memang worth lah kalau korang beli. Nani dah lama follow Instagram Zazafida Brownies ni, tapi tak pernah pun purchase apa apa dengan dia orang. Kebetulan baru ni ada dinner, so order lah cream puff dekat sini. And guess what? 
Cream Puff Sedap di Zazafida Brownies
 Sedaaap gila okaay! Iye kalau dah sampai keluar perkataan gila tu memang bebetul sedap lah. Hahaha! Tengok lah filling tu tak kedekut langsung okay! Memang puas hati makan & semua puji sedap. Serious berbaloi beli, memang confirm akan repeat order lagi next time. Nani sukaa beli dengan seller yang jenis tak kedekut langsung macam ni & harga pun berpatutan lah. Satu kotak ni ada 25pcs cream puff RM 30. Pada Nani memang berbaloi & murah jugaklah. Tak rasa menyesal langsung order sampai tiga kotak cream puff ni. 
Cream Puff Sedap di Zazafida Brownies
 Tengoklah sampai terkeluar habis filling cream puff tu hah. Puff lembut, filling pun sedap & ada bau vanilla. Serious Nani memang recommend sangat sangat korang beli dengan Zazafida Brownies. Adaa banyak lagi dessert yang kakak manis ni jual tapi Nani baru berkesempatan rasa cream puff aje. Next time macam nak try brownies dengan cookies pulak sebab nampak sedap jugak yang tu. Hehehe. Ini bukan paid review ke apa tau, memang ikhlas Nani share sebab sedap. Nasib baik lah dia orang sudi jugak terima order Nani ni walaupun macam dah last minute. Hahah! 
Cream Puff Sedap di Zazafida Brownies
Kalau korang nak order juga cream puff yang sedap kemain ni atau pun apa apa aje dessert, boleh contact number WhatsApp dekat atas ni tau. Tak pun pergi follow Instagram Zazafida Brownies. Nani ni hari tu order & ada agent yang delivery kan. Tapi kalau korang nak self pick up sendiri pun boleh rasanya sebab dia orang ada kedai dekat Wangsa Melawati. Heheh. Serious memang puas hati & berbaloi order. Recommended! 
WhatsApp: 0196244136
Instagram: zazafida_brownies
Alamat Kedai:
No 18 - G Jalan Wangsa Setia 3,
Taman Wangsa Melawati 
53300 Kuala Lumpur. 

IndoBowl Resto di IOI City Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Minggu lepas saja jalan jalan cuci mata dekat IOI City Mall. Dah lama juga Nani tak pergi sana, macam macam restoran dah ada sekarang ni rupanya. Untung betul siapa yang duduk area situ, cakap aje nak makan apa, semua ada depan mata. Heheh. Lepas pusing punya pusing cari tempat untuk lunch, sudahnya Nani ajak kawan lepak dekat IndoBowl Resto. Dah lama Nani tak makan makanan citarasa Indonesia ni, bila tahu ada outlet IndoBowl Resto dekat IOI City Mall, memang tak fikir banyak kali dah lah. Kebetulan masa Nani pergi tu awal lagi, so tak ramai sangat orang. Boleh lah duduk lama sikit tengok buku menu tu. Macam macam menu ada okay, rambang mata nak pilih yang mana satu sebab semua nampak sedap sedap. Lepas ni dah tahu lah nak ajak kawan makan dekat mana, harga makanan pun sangat berpatutan. Tak susah pun tau nak cari IndoBowl Resto ni, dekat area Lower Ground Floor tu aje. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Nampak tak tu Authentic Indonesian Homestyle Cuisine. So kalau rasa rindu nak makan makanan Indonesia, boleh lah datang sini. Tak payah susah susah nak travel sampai ke Indonesia dah, dekat IndoBowl ni pun boleh dapat menu yang sama. Sedap pulak tu. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Ini pula suasana dekat dalam restoran, serious dekorasi IndoBowl Resto ni cantik dan unik sangat tau. Memang nampak konsep tradisional & moden. Gitu! Paling penting sekali, tempat ni sangat selesa untuk kita bawa family atau pun kawan kawan makan. 
Untuk pengetahuan korang, IndoBowl Resto ni memang sentiasa ramai orang tau lagi lagi time lunch hour so kalau tengah full house tu korang kena bersabar sikit nak tunggu meja kosong. Apa lah sangat nak kena tunggu tu kan, yang penting makanan sedap & kita pun puas hati dengan servis dia orang. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall

IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Fuhh penuh hah meja dengan macam macam jenis makanan yang ada dan semua sedap. Serious Nani rasa berbaloi sangat makan dekat IndoBowl Resto ni, portion pun banyak (baca: tak kedekut langsung). Dalam gambar ni memang nampak macam sikit tapi banyak sebenarnya. Kali ni Nani order pula menu terbaru yang ada di IndoBowl Resto. Nak tahu apa menu terbaru tu, jom baca dekat bawah ni okay!
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Untuk minuman, Nani pilih Soda Gembira, Es Cendol dengan Soda Jagung dan antara ketiga tiga ni, Nani paling suka sekali Es Cendol tu. Sampai ke hari ni teringat ingat lagi kesedapan Es Cendol tu tau. Cukup rasa lemak manis semua, recommended! 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Nasi Campur Dendeng 
Tudiaa macam macam ada dalam satu hidangan. Apa yang Nani suka dengan Nasi Campur Dendeng ni, daging tu lembut sangat tau, sambal pun pedas dan secukup rasa. Dekat bahagian atas nasi tu ada kicap tau so tak ada lah rasa plain sangat bila makan. Sedap! Ini antara salah satu menu fav Nani juga lah. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Nasi Ayam Petai Sambal Tomat 
Masa mula mula menu ni sampai Nani macam eh mana nasi nya, ini lauk aje. Rupanya ada nasi dekat bahagian bawah tu hah. Punya lah banyak ayam yang dia orang letak sampai tak nampak langsung ada nasi dekat bawah. Macam yang Nani cakap tadi dia orang langsung tak kedekut bila serve makanan dekat customer. Berbaloi dengan harga yang kita bayar.
IndoBowl Resto di IOI City Mall
IndoMie Bakso Goreng Balado 
IndoMie ni yang last sekali Nani rasa sebab dalam hati fikir, alah ni IndoMie yang macam biasa tu aje lah. Sekali bila dah makan, fuhh sedap kemain. Bakso Goreng Balado tu dia punya pedas tak boleh bawa berbincang. Hahah! Nani makan sambil lap peluh okay. Bakso tu dah memang pedas, ada pula lagi sambal cili dekat tepi tu hah memang berasap lah telinga. Tapi pedas pedas pun sedap!
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Bakwan Udang 
Menu pencuci mulut hari tu, Bakwan Udang. Udang banyak dan lembut aje bakwan ni, memang sedap! Sos tu pulak ada rasa manis manis dan pedas sikit. Memang kena dengan citarasa Nani. Selain daripada bakwan udang, ada juga bakwan jagung so korang boleh lah pilih nak order yang mana satu. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Hari tu masa kita orang tengah makan, tiba tiba staff tu datang dekat meja letak Chitato ni (potato chips flavour fried noodles). Serious Nani tak sangka IndoMie ada keluarkan potato chips juga. First time Nani tengok potato chips flavour fried noodle, memang lain daripada yang lain betul ni. Harga satu paket ni RM 4.90 tak silap. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Muka puas hati sebab dapat layanan dan servis yang terbaik daripada IndoBowl Resto cawangan IOI City Mall. Memang best sangat sangat makan dekat sini, semuanya tip top dari A sampai Z. Kalau korang sejenis yang suka makan makanan yang pedas pedas, memang korang wajib masukkan IndoBowl Resto dalam list untuk korang pergi. Lepas ni nak repeat lagi makan dekat sini & nak try menu lain pula. Siapa sini peminat makanan citarasa Indonesia juga? Korang pernah tak lepak dekat IndoBowl Resto? 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page