Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni makin teruk pulak keadaan jerebu dekat sekitar Kuala Lumpur & Selangor ni. Memang sekarang ni kalau tengok dekat luar, nampak 'berkabus' semacam. Dekat semenanjung pun dah macam ni, apatah lagi yang dekat Sarawak sana. Semalam Nani saja lah nak check bacaan IPU, rupanya dekat area sini dah dalam tahap tidak sihat. Make sure korang jaga kesihatan masing - masing okay! Tapi itu lah, kadang kadang kalau dah ada kerja dekat kawasan luar tu memang tak boleh nak elak kan. Serious semalam Nani banyak kerja kerja dekat kawasan terbuka, balik tu hah rasa pening kepala & berair aje mata. Haih, harap harap tak jadi makin teruklah jerebu ni. Seksa sangat rasa hidup udara yang tak sihat & bersih ni. Duduk dalam rumah pun sama jugak, kalau buka air purifier tu memang asyik keluar colour merah aje, punya lah tak sihat cuaca dekat luar sana. So, seboleh mungkin cuba lah avoid untuk berada di luar kawasan rumah atau bangunan, nanti kang elok elok tengah sihat tiba tiba dapat sakit pulak.
Ini yang Nani check malam tadi. Banyak sangat sangat tempat yang warna kuning tu dekat Kuala Lumpur & Selangor. Harap harap tak ada lah melarat sampai ke tahap yang lain. Kalau kita sendiri pun dah rasa seksa dengan jerebu ni, apatah lagi budak budak kecil. Dekat Sarawak sana pun banyak dah sekolah sekolah yang terpaksa tutup. Oh ye, kalau korang nak check jugakbacaan IPU dekat area korang, boleh klik dekat APIMS ni hah. Dia orang akan update setiap masa biasanya untuk rujukan orang awam.
Ini sedikit tips lah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Penting okay untuk follow semua tips macam ni bila musim jerebu. Make sure minum air masak banyak banyak & kalau ada aktiviti di kawasan luar jangan lupa tau untuk pakai face mask. Nani sekarang ni sampai satu tahap tingkap bilik pun tak nak buka sebab rasa macam makin pedih mata & berair. So please jaga diri masing - masing dan kurangkan semua aktiviti luar yang korang dah plan. Weekend ni cuti panjang kan, so make sure banyakkan aktiviti 'indoor' supaya tak terdedah dengan cuaca yang tak sihat dekat luar sana. Kalau rasa macam dah lain sangat badan tu, cepat cepat dapatkan rawatan. Stay safe everyone!