Berhujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Entry hari ni kita throwback sikit cerita balik Pahang hari tu. Heheh. Walaupun dah tiga minggu berlalu tetap jugak nak share 😛 Nani memang jenis yang setiap bulan wajib balik Pahang sekali, tak kira lah sibuk macam mana pun tetap nak balik. Penat jugaklah kadang kadang tu bila balik weekend aje, tapi bila dah jejak kaki dekat rumah tu fuhh seronok okay. Lagi lagi bila semua makanan fav terhidang depan mata. Hahah! Selalunya kalau serabut dengan macam macam kerja masa tu lah lagi membuak buak rasa nak balik rumah. Sekurang kurangnya bila balik jumpa mak ayah & spend time dengan orang yang kita sayang ni boleh lah relax kan sikit kepala tu. Lagi pun masa ini lah nak tumpang bermanja dan cerita macam macam dengan orang tua kan. Hargai selagi ada, iye lah kita pun bukan tahu selama mana Tuhan nak pinjamkan dia orang untuk kita. Selagi masih ada ruang dan masa ni, balik lah selalu jenguk dia orang. Paling penting minta dia orang doakan kita, inshaAllah keberkatan tu sentiasa ada. Gittew!
 Macam biasa bila balik Pahang ni mesti lah bersepah sepah gambar makanan aje. Hahaha! Kebetulan haritu semua adik beradik Nani ada balik jugak, so abah belanja lah makan satay sebab dapat bonus sempena 20 tahun berkhidmat. Hihi. Lama dah abah kita kerja, sikit lagi dah boleh berehat dah tu dekat rumah. Mula mula abah ajak makan Marrybrown tapi masing masing menolak, semua pilih satay daripada fast food. Woww jarang jarang benda macam ni jadi. Hahah! 
 Sambal Hitam Pahang. Ini ibu Nani lah yang buat satu kuali sambal sebab ada orang tempah. Makan sambal hitam ni dengan nasi panas panas lepas tu ada telur dadar tak pun ayam goreng memang layan wakk. Mahunya berpinggan pinggan nasi makan okay. Hahah! Nani jaraaang jumpa sambal hitam yang betul betul pedas, kena dengan citarasa Nani. Selalu kalau beli tu, mesti ada rasa manis lah, turn off betul makan sambal tapi ada rasa manis ni. Nani kureng sikit sambal yang ada letak gula ni. 
 Menu yang paling wajib ada dalam list bila balik Pahang, nasi lemak ibu. Sambal nasi lemak tu yang paling win, Nani tak pernah menjadi buat sambal nasi lemak macam ibu. Hari tu siap ada rendang ayam lagi, terus fefeeling macam Hari Raya. Hahah! Nasi lemak rendang ayam memang ngam sangat lah buat sarapan hujung minggu kan. Lepas tu balik KL naik bas kerja Nani tidur aje lah sepanjang perjalanan. Dasar! Hahahah! 
Gambar cekodok bodo bodo dengan sambal sardin pun nak masuk jugak dalam blog. Hahah! Walaupun nampak biasa biasa aje tapi sedap okay. Sambal sardin tu Nani tumis dulu cili yang dah ditumbuk lumat lepas tu masukkan sardin tin, garam dengan bawang. Sedaap! Nani tak suka sangat kalau cekodok makan dengan cili sos, gigih okay masak sambal sardin semata mata nak makan dengan cekodok. Hahah! Sekali sekala balik kan, memang seronok sebab abah dengan ibu layan kita macam macam. Tak cukup satu dua hidangan, kalau boleh semua dia orang nak masakkan. Harap harap satu hari nanti sempatlah nak berbakti semula dengan dia orang 💗

Resepi Sandwich Telur Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi yang tersangat lah simple dan sedap. Kebetulan haritu ada potluck lepas tu dah tak tahu nak bawa apa, terus lah google menu apa yang senang nak buat. Heheh. Mula mula ingat nak buat agar agar tapi dekat sini tak ada dapur, so tak jadi lah plan yang tu. Sudahnya kita buat lah sandwich telur ni hah, senang sebab guna tiga bahan aje. Telur tu pun Nani rebus dalam heater, nasib baik lah telur tu masak elok okay. Nama pun dapur bujang kan, so konsep dia kita guna apa yang ada.  Gittew. Telur tu Nani rebus dua kali dalam air panas, memang menjadi. Next time dah tahu lah macam mana nak buat kalau tak ada dapur. Hahah! Nani lagi suka buat sandwich telur ni sebab murah sikit bahan bahan yang nak beli, kalau sandwich sardin tu tak berapa sesuai nak buat untuk makan ramai pada Nani. Iye lah sardin mahal sikit kan daripada telur, kalau nak makan sendiri tu okay lah. So untuk korang yang nak try buat sandwich telur simple, boleh tengok resepi Nani dekat bawah ni okay! 
 Nani cuma guna bahan bahan dekat atas ni aje, garam & juga roti. Of course lah kan wajib ada roti, kalau tak macam mana nak buat sandwich. Ada sesetengah orang dia suka perahkan lemon sikit tapi Nani hari tu tak sempat nak beli lemon, so kita guna lah apa yang ada. Senang. Itu lah hasil telur yang Nani rebus guna heater. Dua kali rebus lepas tu Nani rendam aje dalam air panas tu, memang masak elok. Nani buat sandwich ni guna sebuku roti yang panjang, itu pun ada lebih lagi telur tu. First time buat untuk makan ramai, tak pandai nak budget berapa banyak telur. Heheh. 
 Cara dia tersangatlah mudah, telur yang kita dah rebus tadi korang hancurkan lah guna garfu lepas tu masukkan mayonis, garam dan jugak serbuk lada hitam. Nani guna tiga pack mayonis yang macam dalam gambar dekat atas tu & telur dalam tujuh biji.  Tapi rasanya kalau nak buat sandwich untuk sebuku roti yang panjang tu, lima biji telur pun dah cukup. Serbuk lada hitam tu pulak korang agak agak lah nak letak banyak mana. Heheh. Gaul sampai sebati lepas tu boleh lah sapu dekat atas roti. 
Ini lah dia hasil Sandwich Telur yang Nani buat hari tu. Nervous okay first time buat sandwich untuk bagi orang makan. Kalau setakat untuk makan sendiri tu, kalau tak sedap tak apa lah sebab makan sendiri kan. Heheh. Rasa macam gigih betul buat sandwich comel comel macam ni. Tapi berbaloi lah buat sendiri sebab boleh letak isi tu banyak banyak. Cuma Nani haritu tak letak pun sayur ke apa sebab terlupa nak beli. Hahah! Memang sandwich simple sangat sangat ni, jadi lah kan. Laris jugak sandwich ni hari tu, tak tahu lah sebab sedap ke atau pun masing - masing tengah lapar. Korang suka tak makan sandwich telur macam ni? 

Buffet Ramadhan 2019 | Dorsett Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk bulan April dah kita ni, maksudnya tinggal lebih kurang sebulan aje lagi nak menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan. Macam biasa lah bila bulan Ramadhan ni, mesti ada masanya kita rasa nak berbuka di luar kan. Heheh. Tak salah pun sekali sekala untuk tukar selera dengan berbuka dekat luar. Iye lah, kalau hari hari masak tak pun beli lauk di bazaar Ramadhan, boleh naik jemu jugak nanti. So bulan Ramadhan nanti boleh lah ajak kawan kawan dan family berbuka di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur. Baru - baru ini, Nani sendiri berkesempatan ke Preview Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur yang bertemakan Masakan Bonda Kembali. Jadinya, untuk korang yang teringin nak merasai menu dan lauk pauk yang bertemakan tradisional, boleh lah berbuka dekat sana okay. Highly recommended sebab semuanya sedap, memang puast hati & berbaloi lah berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur.
Lokasi Dorsett Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu Dorsett Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Pada Nani, kedudukan hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang dan juga Mrt Bukit Bintang. Bukan setakat itu aje, hotel ini terletak kira kira 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu, Dorsett Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Pavilion, Starhill dan Fahrenheit 88. KLCC & Berjaya Times Square pun tak jauh mana dari Dorsett Kuala Lumpur ni, so lepas berbuka puasa boleh lah shopping untuk Raya pulak nanti. Eh? Hahah!
Menu di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur
Untuk tahun 2019 ini, Bonda Kak Shikeen kembali lagi dengan 13 jenis hidangan utama yang mewakili setiap negeri di Malaysia dan yang paling best sekali, semuanya disediakan dengan menggunakan resepi tradisional. Selain daripada 13 jenis hidangan tersebut, terdapat juga 100 lagi menu untuk dinikmati apabila kita berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur. Antara hidangan tersebut ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Kambing Panggang Bersama Nasi Arab, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak, Udang Masak Kailo Melaka, Ayam Masak Tomato Kedah dan pelbagai lagi hidangan lain. 
Apa yang Nani suka dengan Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni, kebanyakkan hidangan dia orang lebih kurang sama dengan yang ibu kita selalu masak dekat rumah. Bila berada di perantauan ni, mesti lah rindu kan nak makan masakan daripada air tangan ibu kita sendiri. Tapi lepas ni Nani dah tak susah lah, sebab boleh ajak kawan kawan semua berbuka di Dorsett Kuala Lumpur. Tempat makan pun sangat selesa & ruang untuk solat pun turut disediakan. 


 Untuk korang yang bercadang untuk berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur, jangan lupa untuk buat tempahan melalui pihak hotel okay. Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur bermula dari 10 May 2019 sehingga 2 Jun 2019 (7 petang sehingga 10.30 malam). 
HIDANGAN BUFFET RAMADHAN DI 
CHECKERS CAFE DORSETT KUALA LUMPUR
















Fuhh menarik kan semua hidangan di Dorsett Kuala Lumpur. Ini antara salah satu yang Nani rasa sangat berbaloi untuk pergi. Macam macam menu ada, paling penting sedap. Memang rasa macam berbuka dekat rumah lah. Heheh. Jangan lupa lepas ni terus buat tempahan okay, nanti boleh lah dapat harga promosi, jimat jugak tu. Korang boleh refer harga Buffet Ramadhan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur dekat bawah ni. Salam Ramadhan semua! 
HARGA PROMOSI (EARLY BIRDS)
RM 88 (per person)
HARGA BIASA
RM 98 (per person)
KANAK KANAK (BAWAH 11 TAHUN) & WARGA TUA 
30% DISKAUN (per person)

Korang boleh mendapatkan voucher Ramadhan secara online melalui:
Website:
info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Contact Number:
+603 2716 1010






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page