Warung Jelira Molek di Gombak

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni semangat dia lain macam sikit sebab weekend baru ni balik Pahang & habiskan masa dengan family. Last balik masa kenduri haritu bulan dua, dekat sebulan jugak lah tak makan masakan air tangan ibu sendiri. Heheh. Kadang kadang bila busy & serabut dengan macam macam kerja, penyelesaian dia satu aje, balik Pahang. Lepas tu confirm mood elok balik. Lagi pun selagi ada orang tua, masa ini lah nak menumpang kasih dan minta dia orang doakan kita. Doa ibu bapa ni 'power' dia memang kita tak boleh nak nafikan, nak nak doa ibu kita lagi lah tak ada sekatan langsung. Sebelum gerak balik Pahang baru ni, ajak lah kawan makan dekat Warung Jelira Molek area Gombak ni hah. Nani pun first time sebenarnya makan dekat sini, sebelum ni asyik dengar aje orang cakap yang kedai ni sedap. Warung Jelira Molek ni start buka dari pagi sampai lah ke petang, Nani hari tu datang makan lunch dekat sini. Kedai ni sumpah kemas dan teratur sangat deco dia orang, confirm akan repeat sebab makanan pun sedap. 
 Nasi Jelira (RM 6.00)
Untuk menu lunch, ada empat set pilihan makanan dan salah satunya Nasi Jelira ni lah. Akak dekat kedai tu cakap Nasi Jelira ni menu yang paling best seller lah & boleh juga kalau nak tambah telur rebus. Apa yang Nani paling suka dengan nasi ni sebab kuah tu bukan kuah kari yang biasa tu tau tapi kuah gulai kawan. Serious sedap, rasa macam makan dekat kenduri kahwin. Hahaha! Ayam goreng tu pun panas panas lagi, Nani rasa bila ada orang order baru dia orang goreng ayam tu. Puas hati lah makan Nasi Jelira ni hari tu, Nani siap tambah kuah lagi okay! Cuma sambal tu aje lah tak berapa pedas sangat. Kalau pedas sikit, lagi sedap! 
Nasi Putih - Singgang Ikan - Budu (RM 8.50)
Kawan Nani pulak ambil set yang ni, singgang ikan tu Nani suka jugak sebab ada rasa masam masam sikit. Selain daripada Nasi Jelira & Set Singgang Ikan ni, dia orang ada jugak menu sup daging. Itu pun antara menu yang recommended lah untuk try dekat sini. Lagi satu menu untuk lunch tu Nani tak ingat pulak apa dia, lupa nak ambil gambar. Punya lah lapar time tu kan. Hahah! Coconut shake dekat sini pun sedap, itu pun Nani lupa nak ambil gambar. Kuih pun ada macam macam jenis dekat sini, pilih lah mana satu yang korang nak. Dekat kedai ni siap ada surau lagi tau, so senang lah kalau nak solat. Oh ye, konsep dia orang self service, kita order dekat kaunter tu lepas tu nanti dia orang akan hantar ke meja kita. Overall, memang Nani puas hati lah makan dekat sini, portion pun besar. Untuk korang yang teringin nak makan dekat Warung Jelira Molek ni, boleh Waze alamat dekat bawah okay! Selamat mencuba! 
Alamat (Google):
Warung Jelira Molek
Lot 3862 - 2 Batu 7 3/4
Kampung Sungai Chinchin 
53100 Kuala Lumpur. 

Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin, ada yang Monday blues ke tu? Heheh. Lepas sebulan entry ni duduk dalam draft, hari ni baru ada masa nak publish. Walaupun dah 'basi' cerita nya tapi tetap jugak nak abadikan dalam blog sebab ini antara kenangan yang manis & indah untuk diingati sepanjang kehidupan. Gittew ayat dia. Hahah! Tapi betul lah, bila ada kawan yang rapat zaman sekolah dulu kahwin, Nani wajib kosongkan jadual. Tak kira lah apa jadi sekali pun tetap jugak nak pergi. Masa kenduri aje lah ada masa nak jumpa dengan semua, kalau hari lain memang susah lah sebab masing - masing ada komitmen sendiri. Lepas tu bukan semua duduk dekat tempat yang sama, semua dah jauh. Walaupun tak semua yang datang kenduri tu tapi at least dapatlah nampak muka muka yang jarang dapat jumpa tu. Haih, rasa macam baru aje lagi tengok masing masing struggle untuk exam, tup tup sekarang dah jadi isteri orang dah. Bulan January & February lepas, dua orang schoolmate Nani kahwin & yass dua dua tu Nani dapat pergi. Dia punya seronok dapat jumpa dengan kawan kawan zaman sekolah tu, memang tak boleh nak described lah. Hahah! 
 One with my batchmate. Ini pun tak semua datang tapi dia punya meriah tu fuhh! Bila dapat jumpa ramai ramai ni, paling best sekali sebab dapat buat catch up session lah. Masa ni lah nak tahu cerita masing - masing sambil meraikan pengantin. Bulan lepas dua orang sekali kawan sekolah kahwin, dan aku masih relax jadi manusia single. Eh? Hahah! Macam biasa bila dah ramai yang kahwin ni, soalan cepumas yang akan selalu orang tanya 'ha Nani bila pulak?' Tahu lah semua tak sabar nak pergi kenduri sis, tapi sabar jap okay! Hidup sendiri pun tak berapa nak terurus lagi, macam mana nak kongsi hidup dengan orang lain. Hahahah! 
 Kenduri kawan Nani yang ni buat dekat dewan sekolah kita orang dulu, lagi lah mengimbau kenangan sangat. Kalau dulu sini lah tempat perhimpunan, tempat jawab exam, tempat ambil result. Hari tu masuk dewan ni sebab nak attend kenduri kahwin kawan. How time flies. Rasa macam tak percaya pun ada. Hahah! Tapi itu lah lumrah kehidupan kan. Apa apa pun tahniah untuk Ain dan suami. 
Ini pun antara yang memang wajib pergi. Dah lah schoolmate, classmate lepas tu masuk universiti pun belajar tempat yang sama. Seronoknya dapat jumpa dengan semua orang, terubat dah rindu masing - masing. Heheh. Tunggu sesiapa pulak kahwin lepas ni baru boleh jumpa ramai ramai macam ni. Barakallah untuk Wani dan suami. Semoga Tuhan kurniakan yang baik baik untuk kalian berdua. Siapa punya turn pulak lepas ni? Jeng Jeng Jeng. Macam biasa, bila ada orang nak kahwin, automatic meriah terus group WhatsApp tu. Hahah! Bila duduk asrama sampai lima tahun dengan dia orang ni, memang dia punya rapat tu dah macam adik beradik. Sayang semua ketat ketat 💗💗💗

Sushi King di Setapak Central

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Fridaay! Minggu ni boleh dikatakan minggu yang paling 'hectic' lah sampai rasa tak nak buat benda lain bila dah balik bilik tu. Memang bila letak kepala tu boleh lena sampai pagi. Hahah! Penat dia jadi dua kali ganda bila sekarang ni cuaca panas kemain. Kalau sidai kain tu memang sekejap aje lah kering cerita dia. Heheh. Hari tu 'lari' sekejap dengan segala jenis kerja yang ada, kita pergi makan Sushi King dekat Setapak Central. Dulu Nani lah manusia yang paling tak minat makan sushi ni (padahal masa tu tak pernah try pun makan). Lepas tu bila dah try makan baru tahu sedap rupanya. Kahh! Itu lah orang cakap, kalau tak pernah makan jangan nak complain macam macam sangat. Cuma satu aje lah benda yang tekak Nani tak boleh nak terima dekat Sushi King ni, green tea dia orang. Dah pernah try tapi entah, tak suka. Actually bukan green tea dekat sini aje yang Nani tak boleh minum, semua jenis green tea tak minat. Hahah! Biasanya bila makan dekat Sushi King ni, memang Nani tak akan order air pun, punya lah tak minat kan. Air lain nampak sedap tapi tu lah mahal dan sikit pulak. Hahah! So konsep dia kita makan aje lah. 
 Spicy Yakiniku Set
Selalunya bila makan dekat Sushi King ni Nani akan order menu yang biasa makan aje, macam Spicy Yakiniku Set ni tak pun bento. Kalau udon semua tu memang tak pernah try. Heheh. Harga untuk satu set Spicy Yakiniku ni dalam RM 20++ macam tu, yang Nani ambil ni daging tau. Sedaap sebab daging tu lembut cuma sup tu memang Nani tak suka sebab masin. Tak tahu lah kot outlet dekat sini aje kan, tapi setakat ni memang Nani tak makan lah sup tu. Heheh. Nasi tu walaupun nampak macam sikit tapi percayaaalah memang kenyang okay! 
Spicy Chicken Katsu Don (small)
First time try menu yang ni, rupanya sedap jugak. Next time boleh lah order lagi. Heheh. Walaupun dalam menu tu dia claim spicy tapi macam biasa tak rasa pedas langsung pun. Hahah! Ayam tu sedap sebab crunchy. Kenapa tah sebelum ni tak pernah terdetik nak order. Asyik makan lah menu yang sama sampai jemu. Hahah! Baru ni makan dekat Sushi King total semua sekali 12 ringgit aje lepas dah tolak reward birthday kawan Nani. Phew, memang jimat habis. Bahagi pulak berdua, sorang bayar enam ringgit aje. Heaven betul rasa, kalau macam ni selalu seronok betul. Hahaha! So, apa plan korang untuk weekend ni? Nani tak sabar nak marathon movie, rasa macam dah lama tak dapat rasa nikmat cuti weekend. Sebelum ni asyik balik Pahang lah, settle kan kerja itu lah ini lah, haih macam macam nak buat. Kali ni nak rehat sungguh sungguh. Hahah! Apa apa pun, jaga diri okay, sekarang musim panas memang mudah sakit. Take care everyone! 💗💗
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page