Resepi Spaghetti Carbonara Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kalau semalam Nani cerita pasal Nasi Arab Kabsah, hari ni nak share pasal Spaghetti Carbonara pulak. Iyee sekarang ni tengah mood rajin nak masak macam macam. Resepi simple simple aje yang paling penting sedap. Hiks. Dulu dulu Nani paling tak suka makan spaghetti carbonara ni sebab macam muak lepas tu makan dekat mana entah sedap gila dia punya spaghetti carbonara, terus daripada tak suka tadi bertukar jadi suka. Hahah! Itu lah orang cakap kalau tak suka tu jangan over sangat lama lama nanti boleh jadi suka. Memang betul lah tu. Pada Nani bahan bahan nak buat spaghetti ni tak ada lah mahal mana. Lagi sedap buat sendiri. Kalau dekat kedai mahunya harga pergi sampai RM 16 ++ macam tu. Bila kita masak sendiri ni, boleh lah makan banyak banyak kali. Gitu. Tapi kalau dah malas, memang beli dekat kedai aje lah yang senang. Hahah! Jom check it out resepi Spaghetti Carbonara dekat bawah ni, mana tahu nanti korang nak try buat ke. Heheh. 
Ini antara bahan bahan yang diperlukan untuk buat Spahetti Carbonara. Kalau korang nak tambah bahan bahan lain macam ayam ke daging ke pun boleh. Tapi aku punya konsep, guna apa yang ada dekat dapur. Hahah! Sos macam biasa, beli aje yang instant dekat pasaraya. Macam macam jenama ada, tinggal pilih aje yang mana satu korang minat. Heheh. Carrot tu optional aje tau, kalau tak suka tak payah letak. Masak ni ikut citarasa sendiri aje. 
Campurkan aje semua sekali bahan bahan tadi (tapi sosej tu masuk last sekali) lepas tu jadi lah macam dekat atas ni. Ada sesetengah orang suka tambah susu dengan cheese jugak tapi Nani lagi suka yang simple macam ni. Hitam hitam tu actually serbuk lada hitam. Nani guna serbuk lada hitam yang kasar baru ni, tu yang nampak obvious gila dalam sos carbonara ni. Hahah! Ccarrot pun 'tenggelam' sebab letak sikit aje. 
Ini lah hasil dia Spagheeti & Macaroni Carbonara, jadi lah buat makan sendiri kan. Kebetulan dekat dapur ada macaroni jugak, kita rebus lah dua dua sekali. Kan dah cakap, konsep dia guna apa yang ada. Hahaha! Less is more gitu. Untuk korang yang bujang, tak ada idea nak masak apa boleh lah buat ni okay! Senang sangat resepinya, cuma rajin dengan tak aje. Sekarang ni tengah ada mood rajin, boleh lah try masak macam macam. Kalau malas tu, fast food aje lah memanjang. Dah lah tak berapa nak healthy makanan macam tu. Hahah! Korang pulak suka tak makan Spaghetti Carbonara ni? 

Nasi Arab Kabsah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kisahnya baru ni ada kawan adik Nani yang belajar dekat Jordan sana bagi rempah nasi kabsah. Nani ni memang tak pernah makan nasi kabsah, nasi arab tu pun jarang jarang makan sebab tak berapa minat. Memang berbeza eh korang nasi arab biasa dengan nasi kabsah ni? Hahah! Mana lah tahu kan kot korang pernah makan sebelum ni. Tak silap Nani, kalau nasi arab dekat kedai tu selalunya warna kuning sikit kan, tapi nasi kabsah ni dia bukan warna kuning macam biasa tu. Tak tahu lah kot Nani yang letak rempah kurang ke kan. Tapi hari tu masak dia memang tak kuning sangat lah, tu yang Nani fikir dia lain lain jenis. Hahah! First time nak buat nasi kabsah ni, nervous okay sebab takut tak menjadi. Kah! Adik Nani pun tak tahu jugak so dengan hasil bantuan Google dan sumber sumber yang bolrh dipercayai, kita orang pun masak aje lah. First time kan buat so kalau tak menjadi pun tak kisah sangat. Hahaha! So apa hasilnya? Menjadi ke tidak nasi kabsah ni? Jeng jeng jeng....
 Ini lah hasil nasi arab kabsah yang kita orang masak hari tu. Kawan adik Nani tu bagi dua kotak rempah nasi ni, satu lagi rempah apa entah namanya. Satu paket tu banyak jugaklah rempahnya tapi Nani hari tu guna dalam tiga sudu besar macam tu aje. Mula mula nak letak satu paket tau, nasib baik lah fikir waras lagi. Hahahah! Kalau letak satu paket rasanya memang tak boleh dimakan lah nasi tu sebab rasa rempah. Hari tu kita orang tumis dulu bawang dengan rempah tu lepas tu baru masukkan dalam periuk nasi. Saja nak bagi wangi sikit nasi bila kita tumis dulu bahan bahan tu. 
 Nasi tu memang elok masak apa semua, cuma lepas ni kalau nak buat lagi memang kena letak garam lebih sikit sebab rempah tu memang tak ada garam. Hari tu Nani suruh adik letak sikit aje garam sebab selalunya rempah macam ni dah ada garam dalam tu, sekali tawar nasi kabsah ni jadinya. Hahaha! Nasib baik lah makan dengan ayam masak merah, so tak ada lah rasa tawar sangat. Kira kalau makan dengan lauk tu sedap aje. Nani guna berasa biasa aje hari tu sebab tak ada beras basmathi dekat rumah ni. Next time nak try buat guna beras basmathi pulak lah. Heheh. 
Kita orang dekat rumah ni memang tak suka sangat makan lauk yang masak sekali dalam nasi tu sebab rasa macam kering aje tak ada kuah apa semua. Hahah! Sebab itu lah Nani tak berapa suka sangat makan nasi arab. So hari tu buat lah ayam masak merah terlajak pedas. Nani blend banyak jugak lah cili kering lepas tu adik Nani pergi tumis semua sekali cili tu. Memang pedas kemain lah cerita dia sampai masing - masing makan nasi bersulam air. Hahhaha! Sedap jugak nasi kabsah ni makan dengan ayam masak merah & acar. Terus fefeeling macam makan dekat kenduri kahwin. Kahkah. Zaman sekarang dah banyak kan rempah instant macam ni, senang kerja kita. Korang pulak ada yang pernah masak/makan ke nasi kabsah ni? 

Gel Mandian Wangian Terbaru Keluaran Enchanteur Paris

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Macam yang kita tahu wangian sememangnya berupaya untuk menghidupkan suasana & menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan. Macam Nani sendiri, wajib untuk beli dan guna gel mandian yang berbau wangi dan kekal lama. Iye lah, tak nak lah nanti bila berjalan dengan orang lain tiba tiba ada bau yang tak best kan. Tak kira lah lelaki mahu pun perempuan, wajib untuk kekalkan haruman badan sepanjang masa. Hari ni Nani nak share satu lagi gel mandian terbaru daripada Enchanteur Paris yang sememangnya terbaik. 

Pada Nani pemilihan gel mandian yang sesuai sangat penting dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.

Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.
2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.
3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Jangan lupa untuk dapatkannya di mana mana pasaraya yang berhampiran dengan korang okay.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page