Lepak di Restoran PappaRich

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Finally it's Friyay! Apa plan korang untuk weekend ni? Nani setakat ni belum ada apa apa plan lagi, cuma esok aje lah nak pergi wedding kawan masa zaman sekolah dulu. Iye telah masuknya waktu kawan kawan menamatkan zaman bujang dan kau masih relax jadi manusia single dan available. Hahah! Belum sampai seru lagi nak berumah tangga, mungkin lagi dua tiga tahun akan datang. Eh? Kuasa Tuhan kan, doa yang baik baik inshaAllah ada lah tu nanti. Heheh. So, entry hari ni pasal makanan lagi. Sekarang ni banyak betul keluar berjalan & ofcourse lah 'agenda' utamanya makan. Jalan jalan cari makan konsep dia. Hahah! Kali ni kita lepak dekat Restoran PappaRich pulak. Nama restoran pun ada perkataan rich, haruslah harga pun boleh tahan jugak kan. Hahah! Nani tak ada lah selalu sangat pun makan dekat sini, cuma bila teringin nak makan mee kari ke laksa ke memang sini lah salah satu tempat yang selalu dituju. 
Kali ni Nani makan dekat Restoran PappaRich di Melawati Mall. Actually PappaRich ni ada banyak jugak outlet dia orang. Kalau korang nak pergi nanti boleh lah check it out mana outlet yang terdekat dengan korang okay! Nani suka lepak dekat sini sebab ada banyaaak pilihan menu. Mostly menu dia orang ikut citarasa orang Malaysia lah, daripada breakfast sampai lah ke dinner semua ada dekat sini. Heheh. 
Menu yang paling Nani suka dekat Restoran PappaRich, dia orang punya mee kari. Portion banyak okay, memang boleh kenyang lah makan semangkuk mee kari ni hah. Harga semangkuk mee kari dekat sini dalam RM 16++ macam tu kalau tak silap. Nani dah lupa sebenarnya, resit pun dah hilang ke mana entah. Hahah! Tapi serious memang berbaloi makan mee kari dekat sini. Selalunya ada dua tempat aje yang Nani selalu pergi kalau tiba tiba teringin nak makan mee kari, sama ada dekat Restoran PappaRich tak pun dekat Old Town White Coffee. Heheh. Dua restoran ni antara yang sedap jugaklah pada Nani. Kalau korang tahu ada restoran yang jual mee kari boleh lah share dekat bawah ni okay! Next time boleh lah Nani try pulak. Thank you in advance! 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa dekat sini yang jenis suka pakai make up tapi malas nak cuci muka lepas tu? Nah hari ni Nani share satu lagi produk terbaru keluaran Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser. Produk ini berfungsi untuk menanggalkan make up dan segala jenis kotoran yang ada dekat muka kita. Kalau dah seharian berada dekat luar memang muka kita akan mudah terdedah dengan macam macam jenis kotoran sebab itu lah pentingnya untuk kita mencuci muka. Actually ni first time Nani guna produk yang bertindak sebagai cleanser dan juga serum. Memang excited lah kan nak try produk yang 2 in 1 macam ni. Plus, Nani ni kadang kadang jenis malas nak bersihkan muka jugak, sebab itu lah kot muka tak flawless lagi sampai sekarang. Hahahah! Nak cantik memang kena rajin sikit. Tapi lepas ni dah tak ada masalah lah nak cuci segala jenis make up sebab dah ada Pore Purifying Serum Cleanser ni hah. Nani dah try gunakan serum cleanser ni untuk beberapa minggu dan hasilnya memang wow! Tak rugi lah untuk korang cuba juga produk terbaru Althea ni. Hiks :)
 Apa yang Nani paling suka tentang serum cleanser ni sebab tak mengeringkan kulit kita langsung. Nani jenis combination skin tau (oily dekat bahagian T zone & dry dekat bahagian lain) so kalau Nani pakai produk yang tak berapa sesuai atau pun produk yang mengandungi alcohol memang boleh nampak kulit jadi makin kering sampai ada dry patches T_T Pedih muka bila ada dry patches ni dan ambil masa berhari hari jugaklah nak bagi kulit tu okay semula. Memang kalau bab cleanser semua ni, Nani jenis memilih sikit tak boleh ikut suka aje nak pakai yang mana satu. Nani pulak boleh dikatakan setiap masa duduk dalam aircond, memang kulit akan automatik jadi kering. So kena guna semua produk yang boleh memberikan kelembapan. 
Selain itu, serum cleanser ini juga mempunyai pH level yang seimbang dan berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati serta mengecilkan ruang pori. Bila muka kita ada large pores memang kena buat double cleansing setiap hari, sekurang kurangnya pores tu akan mengecil dan tak terlalu jelas. Untuk pengetahuan korang, antara tiga bahan utama dalam produk ni ialah ekstrak daun pudina (mint leaf extract), minyak jojoba (jojoba seed oil) dan juga ekstrak daun teh (tea tree leaf extract). Jom cheeck it out apa fungsi setiap bahan ni dekat bawah! 
💕Jojoba Seed Oil
Melembapkan lagi kulit muka dan mengelakkan kulit muka daripada kering. 
💕Mint Leaf Extract 
Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit.
 ðŸ’•Mint Leaf Extract
Menyejukkan kulit muka. 
 Kalau korang boleh nampak tekstur serum cleanser ini sangat ringan dan transparent. Cara penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser ni, korang cuma perlu tuangkan sedikit dekat bahagian muka kemudian sapu sehingga rata dan bilas dengan air. Memang terasa bersih sangat sangat muka lepas tu. Nani lagi suka tuang macam ni terus, ada sesetengah orang suka tuang atas kapas, so ikut kesesuaian masing - masing okay. Paling penting, cuci dulu make up sebelum nak tidur ke apa kalau tak memang kulit muka akan cepat aje naik jerawat. Itu lah benda yang paling kita tak nak kan. Hahah! 
Nampak tak hasilnya tu? Habis hilang segala jenis make up yang ada tadi. Memang best dan berkesan lah produk ni sebab tu Nani cakap tak rugi kalau kita beli. Heheh. Oh ye Pore Purifying Serum Cleanser ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit so tak ada masalah lah untuk korang pun cuba jugak. Baru pertama kali guna serum cleanser ni memang terus suka, confirm akan repurchase nanti. 
Cuma satu aje lah yang jadi masalah, produk ni tak sesuai untuk dibawa travel sebab mudah tumpah. Kalau nak bawa tu memang kena berhati hati sikit. Heheh. Untuk korang yang masih tercari cari produk yang sesuai dengan kulit muka boleh lah try guna Pore Purifying Serum Cleanser ni okay! Memang berbaloi baloi sangat beli. Harga untuk sebotol serum cleanser ni hanyalah RM 33 dengan isi padu sebanyak 150 ml. Paling penting boleh melembapkan kulit muka kita. Untuk korang yang berminat dengan Pore Purifying Serum Cleanser ni, boleh dapatkan di website Althea Korea okay! Nak lagi mudah klik aje link dekat bawah ni. Jangan lupa untuk cuba!
Website:
Facebook:
Instagram:

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Entry makan makan lagi hari ni. Heheh. Pada Nani, weekend adalah masa untuk family gathering, tak pun jumpa kawan kawan. Family gathering ni tak semestinya pergi jalan jalan ke apa, duduk dekat rumah then masak dan makan sama sama pun dah seronok. Lagi pun siapa aje kan yang tak suka makan? Hahah! Memang selalunya time weekend tu menu meriah sikitlah dari hari biasa & masa ni lah request macam macam makanan kan. Paling best sekali bila balik rumah sendiri lah, tak payah cakap nak makan apa pun, macam macam benda ibu kita dah masakkan. Kasih sayang orang tua ni memang tak ternilai, sebab itu lah kena hargai sampai bila bila. Memang tak ada nya orang lain boleh bagi kasih sayang yang sama macam mak ayah kita. Betul tak? Heheh. Sebab itu lah kot Nani suka balik Pahang, ulang alik setiap minggu pun tak apa asalkan dapat balik rumah. There is no place feels like home, trust me! 
Hari tu sempat jugaklah balik lunch dekat rumah nenek Nani. Memang ngam sangat makan nasi panas panas dengan gulai lemak ayam & sambal sardin. Sambal sardin tu pulak buat extra pedas, memang layan sangat wakk. Mahunya tak bertambah makan, terus lah lupa kisah nak diet apa semua. Hahaha! Weekend cheat day tak apa kot. Eh? Dalam banyak banyak benda, Nani paling suka pinggan dekat rumah nenek Nani ni sebab antik. Pinggan macam tu zaman sekarang dah susah nak jumpa tau. Percayalah pinggan tu sangatlah tahan lama, kalau jatuh pun susah nak pecah. 
Macam biasa bila balik Pahang wajib suruh ibu masakkan gulai tempoyak ni. Kalau tak ikan patin, ayam pun sedap. Dekat Kuala Lumpur tu memang lah ada tapi harga dia pun wow jugaklah kan. Hahah! Tapi sesedap mana pun dekat restoran tu, air tangan ibu jugak yang kita akan cari. Balik rumah, makan lah puas puas. 
Ayam goreng Korea lagi. Resepi ada dekat side bar okay! Haipp yang putih putih tu bukan habuk ke apa tau, tapi bijan. Heheh. 
Lauk simple macam ni pun sedap bila kita masak sendiri. Ada pajeri terung, ikan goreng, sambal belacan lepas tu ulam apa entah namanya. Hahah! Selalu orang masak pajeri nenas kan tapi dekat rumah ni memang pajeri terung lah. Kalau nenas tu Nani tak berapa minat sangat bila buat pajeri. Ohh resepi pajeri ni tak pernah share lagi sebab Nani pun tak pro sangat buatnya. Hahah! Lauk lauk kampung ni sikit sikit boleh lah masak, kalau pajeri semua ni kelaut lagi. Kahkah!
Kebetulan hari tu ada kuah kacang dekat dalam peti ais, terus lah datang idea nak buat cucur udang. Gigih okay keluar malam tu semata mata nak pergi beli udang dekat pasaraya. Hahah! Cucur udang simple simple aje, ini pun sebab terliur tengok cucur udang kak SA. Itu yang nak jugak buat. Kalau beli tu kadang kadang berminyak sangat lah, udang pun tak ada selalunta. So kita buat lah jugak sendiri baru puas hati & makan lah sampai kenyang kan. Nani lagi suka makan cucur udang dengan kuah kacang macam ni daripada makan dengan sos tu. Tapi tak ada lah gigih sangat nak buat kuah kacang tu sendiri kan, selalunya bila aje kuah yang dah siap tu. Heheh. Masak sendiri jugak yang sedap. Betul tak korang? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page