Pertama Kali Shopping di Althea Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Baru ni Althea buat sales sempena 11.11, Nani lah antara salah seorang yang membeli tu. Hahah! Murah murah awak harga dia, takkan lah nak tengok aje kan. Tapi bukan semua lah barang ada sales, ada aje yang harga sama macam biasa. Actually ni first time Nani shopping dengan Althea Korea, kawan pun tumpang sama jugak membeli. Ada lah a few things yang memang Nani target nak beli, alang alang masa tu ada sales, terus lah kita beli kan. Banyaaak okay skincare, make up semua dekat Althea Korea ni, shipping pun laju aje. Hari tu Nani order 10.11 macam tu kalau tak silap, lepas tu tak sampai seminggu barang dah sampai dekat rumah. Woww! Boleh tahan laju jugak lah sebab dia cakap estimate penghantaran within two weeks. Heheh. Next time boleh lah shopping lagi dekat Althea Korea ni, dah lah siap post dalam kotak Althea tu. Sayang nak buang kotak sebab cantik sangat. Hahaha! Habislah lepas ni asyik buat koleksi kotak Althea aje lah nampaknya. Nak tahu apa yang Nani beli, jom tengok dekat bawah ni. Nani beli dua barang aje, lagi dua tu kawan Nani yang punya. Punya lah best friend forever, shopping pun nak sama samaa. Hahaha! 
Tadaaa, ini lah hasil 'rembatan' masa 11.11 hari tu. Nani beli Innisfree Bija Trouble Lotion tu dengan Foaming Cleanser The Face Shop. Elok pulak baru ni moisturiser dah habis, terus lah beli dekat Althea Korea ni. Before this Nani pakai yang jenama Pink by Beauty, kali ni nak try jenama Innisfree pulak. Baca dekat Twitter ramai cakap moisturiser ni best dan nampak lah perbezaan before & after guna tu. Bila orang cakap best ni, wajib lah kita try jugak kan. Nak jugak flawless macam orang lain. Hahaha! Harga Innisfree tu around RM 50 ++ biasa lah, kalau Innisfree memang tak ada harga yang murah murah. Tapi kalau memang berkesan, tak kisah pun mahal mana kan. Heheh. 
Setakat yang Nani guna Innisfree Bija Trouble Lotion tu memang tak ada lah buat muka Nani breakout ke apa. Okay sangat lah, moisturiser ni pun cepat serap, jenis yang tube macam ni lagi senang nak pakai. Heheh. Cleanser The Face Shop tu Nani tak try lagi sebab pencuci sekarang ada lagi, hari tu beli sebab saja nak try. Nanti kalau Nani dah guna boleh lah share feedback dengan korang pulak. Sekarang guna cleanser Innisfree tapi saja nak bertukar yang ni pulak sebab ramai cakap okay. Apa apa pun kalau beli skincare jangan lupa buat patch test dulu, takut ada ingredients yang tak sesuai dengan kulit muka tak pasal pasal breakout pulak. Nangis woo kalau muka breakout nanti. Korang ada tak yang pernah try dua produk dekat atas ni? Heheh. Kalau ada boleh lah share pengalaman korang guna produk ni dekat bawah okay! 

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa yang cuti hari ni, kita geng! Nani baru perasaan minggu lepas okay hari ni public holiday untuk Selangor. Korang yang cuti jugak tu apa plan nak buat hari ni? Nani memang tak ada plan nak berjalan pun, rasa macam nak berehat aje sambil layan drama. Entry kali ni pasal makanan lagi. Hahah! Weekend aje lah yang boleh dapat makan sedap sedap, bila balik Pahang lagi lah berganda sedap dia sebab dapat rasa 'air tangan' ibu. Lain sangat makanan dekat cafe dengan yang masak sendiri ni. Kalau lah Pahang tu dekat, rasanya ada jugak yang setiap minggu balik sana. Hahah! Abah selalu aje bagi hint suruh balik duduk sana terus nanti, tapi ibu pulak cakap tak payah balik duduk sana, baiklah berhijrah ke tempat orang. Hahah! Duduk lah mana mana pun sama aje, yang penting bila ada masa baliklah jenguk family. Family lagi penting daripada semua benda. Kan? Okay lah, jom jamu mata tengok menu homemade Nani weekend lepas. 
Laksa Penang. 
Paling fav lagi lagi kalau yang jenis kuah pekat tu. Tapi memang jaraang sangat lah nak jumpa dekat sini laksa yang ikut citarasa sendiri. Selalu kalau beli mesti kuah cair lah, isi laksa tu tak rebus sampai masak lah so buat sendiri jugak yang puas hati. Heheh. Kalau korang tahu dekat mana ada jual laksa yang sedap, share lah okay location nanti bila bila boleh lah Nani try jugak. Orang cakap Ah Cheng Laksa tu sedap jugak tapi Nani tak pernah try makan situ. 
Tauhu Bergedil.
Dah macam 'ketagih' pulak makan tauhu bergedil dengan sambal kicap berapi ni. Hahah! Dulu Nani tak pernah minat pun makan tauhu ni tiba tiba bila buat tauhu bergedil eh elok pulak makan sampai tak cukup okay kadang kadang tu. Nasib baik lah nak buat tauhu bergedil ni senang, bila rasa teringin aje boleh buat sendiri. Tapi tu lah, selalunya malas sebab banyak step nak kena buat. Hahah! Kalau ramai yang nak menolong, boleh lah buat selalu. Gitu! 
Popia Carbonara.
Ini pun dah jadi antara menu fav jugak sekarang. Tapi itu lah, nak buat selalu pun tak boleh jugak sebab carbonara tu mahal wakk. Hahah! Nak yang murah beli yang dalam tin punya, itu pun dekat tujuh lapan ringgit jugak satu tin. Tapi puas hati lah buat sebab lagi sedap makan time panas panas tu hah. Fuhh! Korang nak resepi boleh klik Resepi Popia Carbonara Mudah ni okay! Nani ada tunjuk step by step cara nak buat popia carbinara ni. Jangan lupa try okay! 
Nenas + Serbuk Asam Kulit Limau. 
Pencuci mulut paling 'heaven' sekali, buah nenas dengan serbuk asam kulit limau. Sedaaap! Nenas tu pun tak masam sangat, memang nice lah makan dengan serbuk asam tu. Tiba tiba diri sendiri yang rasa terliur jugak. Kahh! Abah Nani lah beli hari tu dekat pasar malam, RM 5 rasanya sebekas ni. Dekat Pahang memang boleh dapatlah harga macam ni. Serbuk asam tu pun tak kedekut langsung dia letak. Nani memang suka betul dengan orang yang menjual jenis tak kedekut macam ni, baru lah rasa puas hati beli. Habis lah lepas ni balik Pahang memang selalu lah daku nak membeli nenas dengan serbuk asam ni. Korang pulak apa menu weekend lepas? 

Ayam Goreng Korea Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally, jumpa jugak dengan hari Jumaat. Tak sabar nak rehat puas puas weekend ni. Korang dah lunch ke belum tu? Heheh. Tanya siap siap sebab entry hari ni pasal makanan lagi. Baru ni balik Pahang repeat lagi buat ayam goreng Korea. Dah macam ketagih pulak dia orang ni dengan ayam goreng Korea. Asal balik aje, memang tak ada benda lah nak suruh buat, mesti ayam goreng Korea ni. Actually Nani jumpa resepi nak buat ayam ni dekat Twitter hari tu. Tapi macam biasa lah, kita olah ikut citarasa dan tekak sediri. Hahah! Resepi ni ikutkan kena guna paste chili gochujang tu tapi kalau dekat Pahang memang nan hado lah kau nak jumpa sos tu. Nani pulak kalau balik tak pernah teringat nak beli sos tu siap siap. So kita guna lah cili kering tu aje, derhaka betul dengan resepi asal. Hahahah! Boleh lah kan, asal menjadi dan dia orang makan sampai habis tu memang sedap lah cerita dia. Dulu Nani dah pernah share Resepi Ayam Goreng Korea ni, so korang refer situ lah step by step macam mana nak buat. Untuk resepi Nani ni memang mudah sangat, kalau barang barang semua dah ada dekat rumah, malam nanti boleh try buat okay! 
Kali ni sebab Nani malas sikit so guna Ayamas aje untuk buat ayam goreng Korea ni. Beli sepaket besar tu senang, boleh goreng aje terus. Sebab tu lah ayam kali ni sama aje saiznya. Hahah! Kalau tak mesti bercampur campur bahagian ayam yang ada. Kadang kadang ada jugak Nani beli aje ayam goreng yang dah siap harga seringgit tu, balik rumah buat sos aje. Heheh. Punya lah nak senang kerja kan, cepat pun siap iye jugak. Tips Nani kalau nak bagi ayam ni still rangup bila makan kita gaulkan dengan sos bila sos tu dah sejuk. Phew, memang sedap! 
Ini lah dia rupa ayam goreng Korea versi Nani. Buat extra pedas sikit baru syok makan. Tapi kalau korang jenis yang tak makan pedas sangat, jangan lah letak cili kering tu lebih lebih pulak. Heheh. Dah banyak kali buat, yang baru ni rasa macam lagi sedap. Hahah! Boleh lah untuk makan sendiri. Kalau nak hidang dekat orang tu fikir dua tiga kali jugaklah. Next time nak try guna sos gochujang tu pulak. Mungkin lagi sedap sebab tu original resepi kan. Selalunya ayam goreng Korea ni sedap buat ratah macam tu aje. Masa nak buat tu memang lah macam lama sikit sebab mana nak goreng ayam lagi, nak buat sos lagi tapi kalau dah makan tu kejap aje dah licin pinggan. Hahaha! Korang pulak dah pernah try ke buat Ayam Goreng Korea ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page