KFC Loaded Go Bowl

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraaang! Baru ni buat catch up session dengan kawan baik sejak dari sekolah dulu. Bila dah makin meningkat dewasa ni memang makin payah nak jumpa dengan semua orang. Iye lah, masing masing dah ada komitmen sendiri kan, belum kira lagi mana yang dah duduk jauh tu. Selalunya bila jumpa kawan lama ni tak lain tak bukan kecuali membawang! Eh?! Hahaha! Tak ada lah bukan membawang tapi masa ni lah nak bertukar tukar cerita kan. Hiks. So, kena lah cari tempat yang selesa sikit bila nak borak lama lama ni. Ingat nak cari cendol, tapi tu lah hari Ahad gerai cendol tak buka pulak. Sudahnya kita masuk lah KFC, Mcd kemain lagi penuh orang hari tu sampai dua kali okay pusing sebab tak percaya apa hal ramai sangat orang. Meja pun tak ada yang kosong, dasyat woo. Hahah! Macam biasa bila pergi KFC ni, tak lain tak bukan kita order KFC Loaded Go Bowl. My all time fav sebab muraah. Heheh. Hari tu ingat nak try jugak yang waffle apa entah namanya tu tapi tu lah, ramai yang cakap tak sedap. 
Kali ni saja order air Milo tiba tiba rasa macam eh muak pulak. Hahah! So next time no more air Milo, cepat kenyang pun iye jugak bila minum air Milo. Kali ni cheese nya tak melimpah ruah sangat pulak macam biasa. Mungkin sebab weekend lepas tu ramai orang, tak kuasa dia nak layan nak cheese banyak ke sikit ke. Heheh. Harga Loaded Go Bowl ni (RM 3.70) aje satu, memang murah dan mampu beli sangat. 
Close up sikit gambar. Heheh. Hari tu macam ada nampak dia orang buat promo mac and cheese dekat Instagram tapi bila buka dekat website tak ada pulak. Tak tahu lah kot Nani yang salah pandang ke apa, tapi kawan pun ada jugak nampak iklan yang sama. Nani sebenarnya dah lama nak try mac and cheese KFC ni tapi dulu dia keluarkan time bulan puasa aje itu pun untuk menu sahur. Memang tak selera lah kan pagi pagi buta tu nak makan mac and cheese. Hahaha! Tekak melayu sangat, bersahur pun nak cari nasi jugak kalau tak fuhh! Harap harap nanti dia orang keluarkan lagi lah menu tu sebab kita tak sempat nak try, nampak macam sedap kemain. Korang pulak apa menu fav bila makan dekat KFC ni? 

Pencarian Bloglist December 2018 oleh Airah Syahirah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Jom lah join Segmen Bloglist Airah Syahirah ni. Hiks! Dalam banyak banyak entry dekat blog ni, Nani paling suka dengan entry The Face Shop Jeju Volcanic Lava. Dulu pernah lah google pasal produk tu sebab nak lah jugak kan tahu feedback orang lain before beli lepas tu terjumpa lah blog Airah Syahirah ni. Sejak tu rasanya Nani follow blog Airah. Heheh. Banyak jugak lah entry pasal skincare dekat blog Airah ni, korang boleh lah tengok jugak. Yee sekarang ni baru masuk fasa nak merajinkan diri baca pasal skincare semua ni, baru ada kesedaran nak jaga muka betul betul. Hahah! Eh tetiba dah masuk topic skincare pulak kan. Jangan lupa join Pencarian Bloglist ni tau, mana lah tahu korang salah seorang yang terpilih nanti kan. 
Klik SINI laju laju untuk join.
Tarikh tutup: Bila bila masa ikut tuan punya blog. Heheh. 

Resipi Cucur Jagung Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Macam biasa lah, entry pasal makanan lagi nak share dengan korang. Heheh. Nani sekarang sejenis yang suka sangat tengok video orang masak masak dekat Instagram lagi lagi kalau time tengah lapar tu. Phew! Memang makin 'berbunyi' perut lepas tengok video dia orang, dah lah siap dengan sound effect lagi. Hahah! So, hari tu ada lah Nani tengok video Sheila Rusly buat cucur jagung ni, terus rasa nak buat jugak sebab Nani tak pernah makan cucur jagung. Dulu rasa macam tak sedap aje jagung dibuat cucur kan. Tapi bila tengok dia masak, nampak menyelerakan betul. Balik Pahang baru ni, gigih pergi beli jagung semata mata nak buat cucur. Sekali gigit, eh sedaaaaap rupanya! Selama ni asyik makan cucur udang, cucur bilis tak pun cekodok pisang tu aje lah. Lepas ni siap lah, cucur jagung aje memanjang kita masak. Hahaha! 
Nani buat cucur ni untuk makan pagi, sedap awakk layan pulak dengan teh o panas. Fuuhh nikmat donia! Resepi Nani ni mudah aje, masukkan tepung gandum, ikan bilis, lada, bawang, jagung dengan garam dalam satu bekas, tambah air dan kacau lah bagi sebati semua sekali. Lepas tu panaskan minyak, goreng lah sampai kekuningan macam dalam gambar ni. Ikan bilis dengan lada tu Nani tumbuk bagi lumat dulu, baru syok makan. Kalau ada kucai lagi sedap letak dalam ni tapi Nani hari tu malas dah nak keluar pergi beli. So konsep dia guna aje lah apa yang ada dekat dapur tu kann. 
Ibu pun cakap sedap okay, sampai masing masing tanya kenapa buat sikit sangat cucur jagung. Hahahaha! Okay next time dah tahu dah nak buat breakfast apa, tak payah susah susah dah nak masak nasi lemak ke goreng mee ke, cucur jagung pun sedaap. Punya lah dah lama hidup, baru ni dapat menikmati kesedapan cucur jagung. Hahah! Korang yang tak pernah try makan tu, sila lah buat okay! Memang confirm tak menyesal. Heheh. Jangan lupa cubaa tau! Selain jagung dengan pisang ni, selalu orang buat cucur apa lagi eh? Share okay dekat bawah, next time boleh try buat cucur lain pulak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page