Cendol & Laksa

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tengah kira lagi berapa hari nak cuti ke tu? Hahah! Maklumlah weekend ni kan panjang sikit cuti sampai hari Selasa depan. Tengok orang lain kemain lagi plan nak jalan jalan sebab cuti empat hari. Nani hari tu ingat nak stay dekat hotel dekat Shah Alam sana semalam dua tapi sebab lambat sangat book, ambik kau harga dah jadi RM 2++ semalaman. Hahah! Terus rasa menyesal betul tak book terus masa harga RM 156 hari tu. Bilik dah lah besar, boleh stay empat orang lagi. Sobs. Nanti lah tunggu bila bila free, kita buat weekend getaway. Hiks. So cuti empat hari ni kita layan movie aje lah nampaknya. Panjang pulak intro hari ni, padahal nak cerita pasal cendol dengan laksa aje pun. Hahaha! Sekarang kan cuaca panas membahang sangat, tekak pun asyik nak minum ais aje. Serius panas sangat cuaca, lagi lagi kalau pukul dua ke atas. Fuhh! Boleh sakit kepala jalan tengah panas. Bila panas macam ni memang sedap sangat layan cendol semangkuk kann. 
Cendol semangkuk macam ni baru dua ringgit awak dekat Pahang. Cendol banyak, guna santan pulak haih memang serba serbi lah sedap. Paling suka pergi gerai yang jenis tak berkira dengan pelanggan macam ni. Ada tu kadang kadang kalau beli cendol, alahai macam nak tak nak aje letak isi cendol tu. Lepas tu harga kemain lagi dia letak. Hahah. Nani jenis berkira sikit kalau bab makan ni, kalau mahal sedap I don't mind tapi kalau mahal lepas tu rasa biasa biasa, geram jugak lah kita ni hah. 
Dapat cendol dengan laksa semangkuk memang ngam sangat. Terus kenyang sampai malam. Hahaha! Laksa tu tiga ringgit aje, portion kemain lagi banyak okay. Laksa pun sedap sebab isi ikan banyak. Puas hati betul makan macam ni. 
Ada jugak order bihun sup daging hari tu, pun sedap jugak. Next time balik Pahang tahu lah dah nak cari dekat mana minum petang. Heheh. Betul lah orang cakap kadang kadang gerai yang biasa biasa bawah pokok tu lagi sedap daripada restoran mahal mahal. Memang betul sangat lah tu, patut lah ramai orang makan dekat sini. Sedap rupanya, portion pun tak kedekut langsung. Puas hati lah kita, dah lah murah kemain. Dekat Gombak ni mimpi lah nak jumpa yang macam ni. Hahah! Musim panas ni memang syok layan cendol dengan laksa macam ni kan? 

Koleksi Clutch Simple & Cantik di BAGINNING

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang kaki shopping tak dekat sini? Macam tak percaya aje kalau ada yang tak minat shopping lagi lagi kalau perempuan. Eh? Kalau tanya Nani apa yang Nani selalu beli online ni semestinya kasut tak pun handbag. Beli online lagi mudah dan jimat masa kan, tak payah nak bersesak sesak dengan orang lain dekat kedai. Heheh. Hari ni Nani nak ajak korang cuci mata dekat website BAGINNING (https://baginning.com/). Nani pun sebenarnya baru aje lagi tahu pasal BAGINNING ni hah. Seriously masa mula mula masuk website dia orang terus rasa rambang mata sebab macam macam jenis koleksi bag yang ada. Semua nampak cantik pulak tu. Dah nama pun perempuan kan, handbags memang tak boleh berpisah, wajib ada dan dibawa ke mana mana! Gittew! Selain daripada koleksi handbags, dia orang ada jugak koleksi purse, backpack dan macam macam lagi lah. Lepas ni korang boleh terjah website BAGINNING ni okay. Mana lah tahu ada yang tengah nak cari handbag baru ke atau pun nak beli kan untuk yang tersayang. 
 Kalau korang pun jenis yang suka buat koleksi handbags semua ni memang wajib terjah website BAGINNING. Selain daripada koleksi bag dia orang yang simple dan cantik, ada jugak koleksi yang kita jarang jumpa dekat Malaysia ni. Nani ni pun dah dua tiga terjah website dia orang sebab nak cuci mata. Hahahah! Cantik cantik wak koleksi dia orang, memang berkenan kita tengok. Tunggu lah masuk aje nanti duit gaji nak beli satu dua beg dekat sini. Heheh. 
 Tengok lah material bag pun dah ada berjenis jenis belum tengok lagi koleksi yang ada, mahunya tak rambang mata dekat situ. Hahaha! Antara material bag yang dia orang ada ialah denim bag, leather bag, canvas bag dan macam macam lagi. Tapi kali ni Nani bukan nak beli handbag sebab handbag dah banyak sangat sampai tak terpakai semua. Eheh. Kali ni nak Nani cari clutch pulak. Dah lama sebenarnya nak beli sebab tengok orang lain pakai macam cantik aje, kita pun nak jugaklah ada satu.
 Cantik cantik kan koleksi dia orang ni, warna pun ada banyak pilihan. Kalau korang tak tahu nak pilih warna apa nak beli, jangan risau sebab korang boleh pilih bag based on ocassion korang. Senang lah sikit kan kita nak pilih, tak ada lah nanti pakai bag yang salah pergi mana mana event. Heheh. Nani dah jumpa satu clutch yang paling Nani berkenan. Rasa memang nak beli lah sebab cantik, kualiti pun nampak tip top. Nak tengok ke? 
 Ini lah yang paling Nani suka tu. Simple tapi nice sangat. Warna pun soft aje, alang alang tak pernah ada lagi koleksi warna pink boleh lah kita purchase yang ni. Heheh. Macam yang Nani cakap tadi, dekat sini ada macam macam warna, korang boleh pilih yang mana satu korang minat. Heheh. Warna yang paling hot selling atau pun yang paling orang minat haruslah warna Gold dan jugak Merah. Korang boleh klik link ni (https://baginning.com/c/clutch/) kalau nak tengok koleksi cluth dia orang okay! 
 Ini pun nampak cantik ya amat, siap ada rose lagi hah. Memang jatuh cinta betul tengok koleksi cluth BAGINNING ni. Kalau lah Nani ni ada banyak duit, memang nak aje purchase banyak banyak koleksi dia orang. Hahaha! Tak apa lah, kita menabung sikit sikit lepas ni kita beli kan. Tak nak warna merah, banyak lagi warna lain korang boleh pilih. Heheh. Tapi Nani suka yang merah ni sebab nampak menyerlah gitu. Nak lagi senang, korang klik lah (https://baginning.com/c/clutch/l/red/) boleh cuci mata terus. Hiks. 
Selain daripadaa warna Merah tadi, clutch warna Gold (https://baginning.com/c/clutch/l/gold/) ni pun antara yang paling jadi tumpuan orang. Ini pun cantik jugak, simple tapi nampak 'mewah' gitu. Senang cakap memang semua koleksi dekat website BAGINNING ni cantik cantik lah semua. Sesuai sangat kalau nak beli untuk diri sendiri, self reward gitu kan. Nak hadiah untuk emak, kakak, isteri ke tunang ke lagi lah berganda ganda sesuai. Mahu senyum sampai ke telinga dia orang kalau dapat clutch cantik macam ni. Heheh. Korang jangan risau pulak nak beli, even dia orang based dekat luar negara, tapi tetap jugak ada penghantaran seluruh Malaysia cuma ambil masa lama sikit lah nak sampai. Biasa lah kan kalau barang dari luar negara. Tapi kalau cantik macam ni, Nani sanggup aje tunggu.  Heheh. Okay lah, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh check it out melalui website dan jugak social media BAGINNING. 
Email: support@baginning.com

Lazada Electronics Fair 2018 Menawarkan Potongan Harga yang Berbaloi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Masing masing tengah sibuk cuci mata dekat Lazada ke tu? Hahah! Nani ni pun dah dua tiga kali keluar masuk website Lazada ni sebab banyak sangat sales yang menarik perhatian. Eh Lazada tengah ada sales ke sekarang? Untuk yang tak tahu lagi, bermula 27 Ogos 2018 sehingga lah 29 Ogos 2018 Lazada mengadakan Lazada Electronics Fair yang mana kita boleh dapatkan barangan elektronik dengan harga yang sangat berbaloi baloi. Macam Nani sendiri memang suka sangat lah beli barang time sales macam ni, iye lah boleh jimat banyak okay! Korang pun mesti macam tu jugak kan? Pantang nampak ada perkataan sales lagi lah laju nak beli. Nani tengah survey nak beli handphone baru sebenarnya ni sebab phone sekarang dah nazak sangat. Dua tiga kali baiki pun tak jadi jugak, paling senang kita cari yang baru lah. Memang ngam betul Lazada buat sales sekarang, boleh lah Nani beli handphone dekat website dia orang. Serius diskaun kaw kaw punya! Rugi sangat wakk kalau terlepas peluang keemasan macam ni. Bukan selalu nak beli barang dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa. 
So lepas ni laju laju kita terjah website Lazada okay! Diskaun sehingga 90% lagi. Korang bayangkan lah sendiri berapa banyak boleh jimat bila kita buat pembelian dalam tempoh tiga hari ni. Paling best sekali penghantaran percuma ke seluruh Malaysia! Nikmat apakah ini. Hahaha! Dah lah diskaun sampai 90% siap dengan penghantaran percuma lagi. Jimat sangat sangat sangat! Untuk pengetahun korang, bukan local brand aje tau yang buat diskaun lumayan ni, tapi international brand jugak. Korang boleh check it out dekat bawah ni okay! 
 Antara international brand yang menawarkan diskaun yang lumayan ialah Asus, Xiaomi, Philips, Apple, Panasonic, Oppo, Acer, Sharp, Senheng dan banyak lagi lah. Nanti korang boleh check it out dekat website Lazada okay! Nak lagi mudah, klik aje link dekat bawah ni hah. Simple!
Nani sebenarnya ada dua benda yang nak beli, handphone dengan air fryer. Masa ni lah kan nak borong habis habisan. Tengah survey survey, sekali ternampak yang harga iPhone 7 ni dalam RM2329 aje compare dengan harga biasa. Boleh jugak jimat dalam dua tiga ratus dekat situ. Kita tengok lah nanti yang mana satu nak beli. Rasa macam nak jadi iPhone user pulak lepas ni. Eh? 
 Selain daripada phone tu, air fryer ni pun antara salah satu wishlist Nani jugaklah sebenarnya. Hahah! Lama sangat dah simpan hajat nak beli air fryer ni, kenkonon nak amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Alang alang Lazada ada sales sekarang ni, boleh lah kot beli satu. Murah sangat dah ni, macam rugi aje kalau tak beli. Hahaha! 
Untuk korang yang tengah nak cari peralatan elektronik tu boleh lah terjah website Lazada terus okay! Serius masa ni lah nak shopping barangan dengan harga yang berbaloi baloi. Jadilah pengguna yang bijak, gittew! Lagi pun korang boleh jugak dapatkan lebih daripada 2500 vouchers bila mana korang membeli belah dekat Lazada ni hah. Untung betul lah, kalau setiap masa macam ni indah betul hidup. Hahahah! Okay lah nak sambung klik klik dekat Lazada pulak lepas ni. Korang jangan lupa terjah okay! Peluang keemasan macam ni tak selalu datang, so kena grab cecepat. Mana yang dah shopping tu, nanti boleh lah share korang beli apa. Hiks!  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page