Lepak di Nando's KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Khamis lepas kononnya keluar sebab nak jalan jalan dekat Kinokuniya aje. Sudahnya Kinokuniya tak masuk pun, tapi sibuk pergi Cold Storage, Innisfree dan tengok wayang. Hahah! Orang lain dah lama tengok Bad Genius, Nani baru aje tengok minggu lepas. Boleh tahan lah cerita dia tapi Nani macam geram jugak lah dengan watak budak budak yang genius dalam movie ni. Sebab duit, dia orang gunakan kepandaian yang dia orang ada dengan cara yang salah. Boleh pulak dia bagi kawan kawan dia yang tak berapa pandai tu jawapan time exam. Hei lah perangai. Hahah! Tapi worth lah tengok, sebab tak terfikir pun dia orang nak meniru dengan cara yang macam tu. Korang yang tak tengok lagi, boleh lah cecepat terjah wayang yang berdekatan. Tak banyak dah tanyangan sekarang ni. Heheh. Keluar dah dekat pukul tiga petang macam tu, ingatkan dah tak ramai orang sekali sesak. Nak makan pun, banyak tempat yang full house, so masuk lah Nando's. 
Air order satu aje sebab boleh refill banyak banyak kali. Hahah! Tak ada lah, sebab makanan dah mahal, dia orang ni nak minum air mineral aje 😆 Nani memang jarang sangat makan dekat Nando's ni, sekali sekala boleh lah bila ada rezeki lebih lebih sikit tu kan. Heheh. Time tu Nando's aje tak ramai orang, kita orang pulak nak kejar waktu sebab nak tengok wayang pulak pukul lima. Malas nak cari tempat makan lain, makan aje lah dekat Nando's. Nasib baik servis lajuuu! I like 😊

Semua order yang 1/4 chicken dengan dua side dish (RM 20.90). Nani haritu nak coleslow tapi dah habis, tu yang ambil fries dengan garlic bread. Kenyang sangat okay makan satu plate penuh macam ni. Fries tu siap tapau lagi bawa balik. Hahah! Tak elok membazir okay, dah lah mahal. Kahkah! Jadi mana yang tak habis tu, baiklah bawak balik kaan.

Side dish tu boleh lah pilih mana satu yang kita nak. Kalau lapar sangat boleh lah pilih nasi macam yang kawan Nani ni. Dia cakap nasi tu macam nasi kunyit. Hahah! Apebenda lah 😆 Semua lah sedap dekat Nando's ni, ayam tu memang fav. Yang bestnya dekat cawangan KLCC ni, staff dia orang punya layanan pun baik sangat & very friendly okay. Siap tanya sedap ke tidak, puas hati ke tidak. Dekat tempat lain tak ada okay macam ni. Hahah! Biasalah, KLCC kan mesti dia orang nak jaga servis dia orang. Korang suka tak makan dekat Nando's ni? 

Membeli Belah Dengan Bijak di 100comments.com!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman yang semuanya di hujung jari ni, memang mudah sangat tau. Daripada makanan, pakaian, kasut semuanya boleh beli secara atas talian (online). Macam Nani sendiri, memang suka lah bila semua benda boleh beli secara online sebab jimat masa dan tenaga. Heheh. Lagi pun zaman serba serbi mahal ni, kena jugak lah potong bajet sana sini. So nak jimat beli aje secara atas talian dan tunggu barang sampai depan pintu rumah. Walaupun membeli secara atas talian (online) ni memudahkan, ada jugak satu benda yang paling susah kita nak elakkan. Korang rasa rasa apa dia? Bila membeli secara online, selalunya kita tak dapat tengok kualiti dan keadaan suatu barang tu kan. Kadang kadang, boleh jadi kita terbeli barang yang dah tak berapa nak elok. Memang tak best lah kalau kena macam ni. Pernah aje kawan kawan Nani dapat barang yang dia orang order tak sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Tapi lepas ni, tak payah lagi risau sebab korang boleh baca feedback produk tersebut di 100comments.com Eh laman web apa tu Nani? Ha jom baca dekat bawah! 
 Apa yang paaling Nani suka tentang laman web 100comments.com ni sebab kita boleh baca feedback orang ramai tentang setiap produk yang terdapat di pasaran. Iya lah bila kita membeli secara online semestinya kita expect barang yang kita dapat tu nanti sama macam dalam gambar dan paaaling penting berkualiti. Kalau korang ragu ragu barang yang korang nak beli tu berkualiti ke tidak, boleh baca dulu feedback & review pengguna lain. So korang boleh lah buat perbandingan dulu kan sebelum membeli. Kenalah jadi pengguna yang bijak. Bukan nya tengok dan terus membeli. Bahaya! 
Macam macam kategori ada tau antaranya barang dapur, produk kecantikan, peralatan elektrik dan banyak lagi. Korang boleh klik aje dekat kategori mana yang korang nak. Macam Nani sendiri, memang jarang beli peralatan elektrik ni secara online sebab takut bila dapat dekat tangan nanti barang tu dah tak boleh nak berfungsi dengan baik. Tapi lepas ni mudah lah kerja Nani sebab boleh tengok dulu dekat website 100comments.com! 
Paling Nani suka bila tengok ada kategori baking & cooking ni hah. Senang lah boleh tengok sama ada bahan bahan yang Nani gunakan untuk memasak tu bagus ke tidak. Macam macam jenama ada, lepas ni korang boleh pergi tengok dekat website dia orang okay.  
Nani dah lama sangat teringin nak beli airfryer macam ni tapi tu lah sekarang ni banyak sangat orang jual sampai tak tahu mana satu yang betul betul berkualiti. Bila baca dekat website ni, ramai yang cakap Philips Airfryer ni mudah dan bagus untuk digunakan.  Apa yang buat Nani nak sangat beli airfryer sebab tak perlu menggunakan minyak langsung. So makanan kita tu akan lagi bertambah berkhasiat dan bagus lah. Lepas ni boleh lah beli tanpa was was sebab dah tahu Philips Airfryer ni memang bagus! 
Ini pun salah satu wishlist Nani jugak, Deuter Gogo 25L Backpack. Bila ada backpack yang macam ni, senang bila nak bawa pergi kelas atau pun hiking. Warna biru tu pun lawa sangat tau! Feedback yang customer lain bagi pun semua nya psotif, lagi lah Nani teringin sangat nak beli. Melalui website 100comments.com ni jugak kita boleh tahu berapa bintang yang pengguna lain bagi untuk sesuatu barangan tersebut. So korang lepas ni kalau nak membeli secara online, jangan lupa semak dan baca terlebih dahulu feedback dekat 100comments.com okay! Baru lah nanti tak menyesal di kemudian hari. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang klik link dekat bawah ni okay!                                                      
Facebook : 100comments.com
Instagram : my100comments

Resepi Bergedil Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah, pantas dan sedaap! Bergedil ni memang senang aje nak buat cuma nya bahan bahan nak kena beli tu banyak lah. Nani kalau buat bergedil suka letak isi ayam, ada jugak kadang kadang yang letak daging. Ikut suka lah citarasa masing - masing kann. Nak nak bergedil ni, ikut kita lah nak tambah apa pun, sedap jugak nanti kesudahnnya. Nah untuk korang yang baru nak try buat bergedil ayam. Boleh ikut resepi paaaling mudah dekat bawah ni okay! Nani suka buat banyak banyak lepas tu time nak makan goreng aje. Tapi jangan lah pergi buat bergedil untuk stok sampai seminggu punya, memang tak boleh lah sebab nanti ubi kentang tu jadi masam. Kalau setakat untuk dua tiga hari okay lah. 
Resepi Bergedil Mudah
Bahan - Bahan :
⇨ Ubi Kentang 
⇨ Isi Ayam / Ayam Kisar 
⇨ Bawang Merah 
⇨ Daun Sup/ Daun Bawang/ Cili (optional)
⇨ Tepung
⇨ Telur 
Cara - Caranya : 
1) Mula nula sekali rebus ubi kentang sampai empuk. Nani selalunya potong dadu siap siap so nanti cepat sikit lah ubi tu lembut. Pastikan lembut betul betul, baru senang nanti nak lenyek. 
2) Sementara nak tunggu ubi kentang tu lembut, potong lah halus halus daun sup, daun bawang dengan lada besar tu tadi. Ketepikan. 
3) Isi ayam tu pun kena cincang bagi halus. Kalau malas, boleh beli ayam kisar yang dekat pasaraya tu. Lepas tu masukkan dalam kuali dan letak air sikit. Rebus isi ayam tadi dalam tiga ke lima minit. 
4) Ubi kentang yang dah siap rebus tadi, lenyekkan sampai lumat lepas tu masukkan semua bahan tadi dan tabur garam. Gaul bagi semua sebati. 
5) Masukkan tepung dalam satu atau dua senduk. Selalu Nani main agak agak je. Hahah! Kalau nak bergedil tu lembik lembik aje, jangan letak banyak sangat tepung. 
6) Kemudian bulat bulatkan dia dan celup dalam telur lepas tu goreng. Siap!

Memang mudah sangat nak buat bergedil ni, cuma kadang kadang ambil masa yang lama sebab nak kena tunggu kentang tu empuk lah. Nani part yang paling malas masa nak bulatkan dia sebab melekat lekat dengan tangan. Bila melekat dekat tangan tu, ambil tepung bagi kentang tu tak melekat sangat okay! Korang yang suka makan bergedil ni boleh lah try buat pulak dekat rumah. Puas hati buat sendiri, cuma malas dengan rajin aje. Hahah! Kalau ramai yang dekat rumah tu sudi tolong, memang sekejap aje dah boleh siap. Selamat mencuba! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page