Resepi Air Soda Herbs

Assalamualaikum & Hello.
Bulan puasa ni memang entry resepi aje lah yang paling banyak Nani buat. Hahah! Korang pernah minum air soda herbs? Ada sesetengah orang panggil air detox. Tapi kalau detox dia macam healthy sikit kan airnya sebab guna air kosong. Tapi yang versi Nani ni siap guna air bergas, memang terus jadi tak berkhasiat. Hahah! Dulu lah Nani pernah beli sekali lepas tu tengok bahan yang dia guna macam senang aje nak buat. Apa lagi, google lah resepi tapi banyak pulak ajarannya. Tak jadi ikut resepi dekat Google, Nani guna yang kawan ajar. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab senang sangat dan paling penting segar. Ini resepi yang kawan Nani ajar tau, kalau korang nak tambah bahan lain pun tak ada hal 😊 
Resepi Air Soda Herbs
Ini bahan - bahan yang diperlukan, asam masin putih, daun pudina, lemon, laici, air soda f&n dan jugak ais. Kalau ikutkan kena letak juga serai tapi sebab serai dekat belakang rumah Nani ni hidup segan mati tak mahu jadinya Nani tak letak. Nak pergi keluar beli serai semata mata macam tak berbaloi. Hahah! So, kita guna apa yang ada 😆 
Resepi Air Soda Herbs
 Cara nak buat pun mudah sangat, korang campak aje semua bahan tadi dalam satu jug atau pun bekas lepas tu letak lah air soda tu. Nani tambah air kosong sikit sebab ada letak laici kan so dia jadi manis sangat. Mula mula Nani ingat tak nak tambah langsung air kosong. Hahah! Tapi serius, manis sangat sangat sampai tak boleh nak minum kalau tak letak air biasa. Boleh aje kalau tak nak tambh air kosong, tapi korang kena lebihkan sikit ais tu. 
Resepi Air Soda Herbs
Ini lah hasilnya air soda herbs yang Nani buat hari tu. Adik beradik Nani panggil air hutan belantara sebab banyak sangat bahan dalam air ni. Hahah! Kurang asam boi betul lah perangai 😆 Air soda herbs ni memang segar sangat dan ada rasa mint sikit sebab letak daun pudina kan. Minum air ni memnag boleh buat mata tu segar sampai habis terawih. Hahah! Try tau korang buat memang sedap. Lagi satu, bahan tu boleh ikut suka kita nak letak banyak mana. Selamat mencuba! 

Resepi Bubur Chacha

Assalamualaikum & Hello.
Nani sebenarnya tak pernah try pun buat bubur chacha sebelum ni. Hari tu punya lah teringin nak makan bubur chacha, gigih lah google resepi sebab nak buat sendiri. Tak ada lah susah mana sangat nak buat bubur chacha ni (Ewah, dah pandai kemain lagi berlagak! Hahaha) Memang senang aje nak buat bubur chacha ni asalkan semua bahan ada. Kalau ikutkan resepi yang Nani baca hari tu, kebanyakkannya letak ubi keledek jugak. Nani macam biasalah, selalu menderhaka dengan resepi asal. Eh eh? Nak makan sendiri kan, boleh ikut suka kita lah nak letak apa pun dalam bubur tu. Lagi satu, malas nak keluar dah semata mata nak cari ubi keledek pulak. Jadinya kita guna lah apa yang dah sedia ada.  Gitu 😆 Korang yang suka resepi mudah, boleh lah try ikut cara Nani ni. 
Resepi Bubur Chacha
Nani gunakan bahan dekat atas ni aje untuk buat bubur chacha. Mula mula sekali, sagu dengan chacha tu rebus lah dulu sampai kembang. Sebenarnya Nani pun mula mula tu tak tahu jugak bila chacha tu dah kembang. Hahah! Nak bagi mudah, rasalah dengan tangan. Agak agak dah kenyal tu, kira dah kembang lah. Ini teori yang Nani pakai okay 😆 Dalam periuk lain, masukkan santan, gula melaka, gula kabung dengan daun pandan. Kacau sentiasa tau kalau tak nanti kuah bubur tu jadi tak berapa nak cantik. Heheh. Bila dah mendidih, masukkan lah chacha dengan sagu yang dah siap rebus tadi. Simple sangat kan nak buat bubur ni. 
Resepi Bubur Chacha
Ini lah hasil bubur chacha Nani. Dah pandai buat bubur sendiri, boleh lah try buat bubur lain pulak lepas ni. Kuah tu jadi agak pekat sebab ada sagu. Korang kalau rasa gula melaka dengan gula kabung tu tak manis lagi, boleh lah tambah jugak gula pasir. Bulan puasa macam ni, memang nikmat dapat makan bubur. Nani memang jenis yang suka sangat makan bubur macam ni. Heheh. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab simple dan sedap! 

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni dah cukup seminggu kita berpuasa, still maintain lagi tak tenaga tu? Heheh. Nani setakat ni sahur tak pernah terbabas lagi lah walaupun kadang kadang tu punya lah malas nak bangun. Ok lah sebelum mengarut tak tentu hala, jom lah kita berbalik dengan tajuk dekat atas. Kisahnya hari tu nampak iklan Manhattan Fish Market ni ada buat promosi dekat Twitter & apa lagi laju aje kawan ajak lepak dekat sana. Makan makan sebelum puasa katanya! 😆 Nani sebenarnya jarang jarang sangat makan dekat Manhattan ni sebab harga pun boleh tahan jugak. Tisu pun kena bayar jadinya kalau makan sini ambil okay tisu tu bawa balik sebab dia dah letak siap siap atas meja. Hahah! Bila ada promosi boleh lah nak pergi Manhattan. Makanan memang sedap dekat sini lagi lagi dia orang punya dessert. Hari tu pergi time lunch hour, memang lama sikitlah nak tunggu makanan sampai.
Nani dah lupa apa nama dessert ni. Hahah! Tapi yang tu pisang goreng makan dengan ais krim dan jugak santan. Saja nak rasa and biasa biasa aje pada Nani. Sedap lagi dia orang punya brownies sizzling. Memang kalau boleh nak makan hari hari. Eh?
The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
 Nani selalu kalau datang sini mesti macam blur tak tahu nak makan apa sebab ada banyak sangat pilihan. Rasanya ini kali kedua Nani makan dekat Mahanttan cawangan Nu Sentral. Sini yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan LRT & Nu Sentral ni tak krik krik. Hahah! Biasalah, kalau mall yang bersambung dengan LRT, memang tak pernah tak ramai orang.

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
 Fish & Chips.
Portion makanan dekat Mahanttan ni sangatlah banyak. Kalau tengah lapar, memang elok sangat makan dekat sini. Kawan Nani hari tu siap tapau bawa balik sebab tak habis makan. Tambah pulak bila ambil yang promosi tu, beli satu percuma satu. Actually, Manhattan ni selalu sangat buat promosi. Korang kena follow social media dia orang sebab mostly dia orang update dekat situ.

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
 Baked Rice & Fish
Pada Nani, yang ni boleh makan untuk dua orang sebab banyak sangat. Heheh. Sedap! Dekat sini memang mostly menu ikan dan jugak seafood macam lobster tu semua.

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
Mac & Cheese
Ini kid meals okay! Walaupun kid meals, tapi portion pun banyak jugak! Mac & cheese dekat sini lagi sedap dari yang dekat Kenny Roagers sebab tak plain sangat rasa dia. Hari tu Nani ingat portion untuk kid meal ni sikit je tau sekali bila dah sampai jauh betul tersasar. Bila ambil yang kid meal ni sekali dengan air tapi small portion yang tak berapa nak small. Murah jugak lah. Macam set yang mac & cheese ni dalam RM 9.90 tak termasuk lah GST semua tu. Heheh. Korang kalau minat makan menu macam ni, boleh pergi mana mana cawangan Manhattan Fish Market 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page