Assalamualaikum & Hello.
Nani sebenarnya tak pernah try pun buat bubur chacha sebelum ni. Hari tu punya lah teringin nak makan bubur chacha, gigih lah google resepi sebab nak buat sendiri. Tak ada lah susah mana sangat nak buat bubur chacha ni (Ewah, dah pandai kemain lagi berlagak! Hahaha) Memang senang aje nak buat bubur chacha ni asalkan semua bahan ada. Kalau ikutkan resepi yang Nani baca hari tu, kebanyakkannya letak ubi keledek jugak. Nani macam biasalah, selalu menderhaka dengan resepi asal. Eh eh? Nak makan sendiri kan, boleh ikut suka kita lah nak letak apa pun dalam bubur tu. Lagi satu, malas nak keluar dah semata mata nak cari ubi keledek pulak. Jadinya kita guna lah apa yang dah sedia ada. Gitu 😆 Korang yang suka resepi mudah, boleh lah try ikut cara Nani ni.
Nani gunakan bahan dekat atas ni aje untuk buat bubur chacha. Mula mula sekali, sagu dengan chacha tu rebus lah dulu sampai kembang. Sebenarnya Nani pun mula mula tu tak tahu jugak bila chacha tu dah kembang. Hahah! Nak bagi mudah, rasalah dengan tangan. Agak agak dah kenyal tu, kira dah kembang lah. Ini teori yang Nani pakai okay 😆 Dalam periuk lain, masukkan santan, gula melaka, gula kabung dengan daun pandan. Kacau sentiasa tau kalau tak nanti kuah bubur tu jadi tak berapa nak cantik. Heheh. Bila dah mendidih, masukkan lah chacha dengan sagu yang dah siap rebus tadi. Simple sangat kan nak buat bubur ni.
Ini lah hasil bubur chacha Nani. Dah pandai buat bubur sendiri, boleh lah try buat bubur lain pulak lepas ni. Kuah tu jadi agak pekat sebab ada sagu. Korang kalau rasa gula melaka dengan gula kabung tu tak manis lagi, boleh lah tambah jugak gula pasir. Bulan puasa macam ni, memang nikmat dapat makan bubur. Nani memang jenis yang suka sangat makan bubur macam ni. Heheh. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab simple dan sedap!