Delivery Domino's

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Banyak betul entry makan makan sebelum puasa ni kan. Hahah! Nak jugak habiskan semua entry ni sebelum puasa kalau tak nanti diri sendiri jugak yang terliur bila tengok 😆 Kisahnya semua orang macam dah tak tahu nak makan apa dekat kafe, masing - masing memang fikir nak order fast food. Nani jenis tak kisah, ikutlah makan apa pun janji kenyang. Mula mula nak oder Mc'd tiba tiba tak jadi sebab dalam apps tu tak boleh nak detect kita orang punya tempat. Dah kenapa entah. Sebab dah lapar sangat masa tu dan malas nak fikir dah, terus aje lah call Domino's order dua set pizza regular. Kalau tanya Nani Pizza Hut atau Domino's, ofcourse I would choose Domino's. Sebab Nani rasa macam topping Domino's lagi banyak (my opinion only) 😁
Macam dah lama sangat sebenarnya kita orang tak order Domino's ni tiba tiba hari tu rasa macam extra sedap. Hahah! Yang sebenarnya tengah lapar sangat, dari pagi kan tak makan 😆 Yang piza pepperoni memang antara favourite lah, wajib ada dalam list order. Lagi pun hari tu tak ada kupon Domino's so kita order aje lah menu yang biasa biasa. Nak yang luar biasa, kena tunggu purse tebal sikit. Hahah! 
Yang ni BBQ apa entah namanya. First time Nani makan & not bad rasa dia. Sebelum sebelum ni tak pernah order sebab takut tak sedap. Iya lah sebab sos BBQ tu kadang kadang ada yang macam tak sedap sangat & tak kena dengan citarasa sendiri. Tapi hari tu nice jugaklah, boleh order lagi lain kali. 
Konon hari tu nak order pizza aje, sekali add on cheese bread pulak. Gebu pulak tu cheese bread Domino's kali ni, sukaaa! Cuma sos tu dia bagi sos biasa aje. Kalau tak silap macam dia orang bagi sos tomato tu sebelum sebelum ni. Ke itu dekat tempat lain entah. Lost memory sudah! Hahah! Selalu kalau order fast food macam ni, memang akan share duit sikit sorang. Baru lah jimat. Selalunya bab makan Nani tak berkira sangat tapi kalau bab shopping memang berkira lah sikit. Eh? 😆

Resepi Kerabu Maggi

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu Nani ada kongsikan dalam ni pasal kerabu maggi tu kan. Baru minggu lepas sempat nak masak, so boleh lah share dengan korang resepi kerabu maggi. Mula mula tu nervous jugak nak masak (kononya!) sebab takut tak ada orang nak makan. Hahah! Dah lah empat packet maggi tu Nani beli. Oh ya, hari tu ada yang tanya memang kena guna maggi jenama Serda ni ke, kalau guna maggi lain tak boleh ke. Yang Nani baca memang elok guna maggi jenama Serda ni hah sebab perencah dia tu lain sikit dari maggi yang ada ni. Nani pun tak pernah lagi jumpa resepi yang guna maggi biasa tu, selalunya orang guna Serda. Nani tengok resepi ni dekat Instagram hari tu, ada sorang datin tu dia tunjuk cara masak kerabu maggi 😀
Resepi Kerabu Maggi
Setakat ni Nani tak jumpa lagi maggi Serda ni ada jual dekat Tesco atau pun Aeon. Heheh. Rasanya kalau nak beli, korang kena cari dekat kedai yang macam Thailand sikit. Nani ni pun import dari Kelantan sana. Hahah! Kemain jauh sangat kan. Kebetulan hari tu ada kawan balik sana, kirimlah. 
Resepi Kerabu Maggi
Bahan - Bahan:
💦Maggi Serda 
💦Tomato
💦Lada Siam 
💦Limau nipis
💦Sotong
💦Sosej 
💦Bawang
💦Serai
💦Hirisan Bunga Kantan
💦Daun Sup 
Cara - Caranya: 
1) Rebus maggi sehingga lembut (macam biasa lah kan). Dalam masa yang sama, rebus jugak sotong dengan sosej tu. Nani hari tu tak rebus tapi Nani goreng dengan minyak yang sikit. Bila sotong dah kembang, angkatlah. Sotong jangan goreng atau rebus terlalu lama, nanti keras. 
2) Panaskan minyak, masukkan bawang, lada siam, serai, hirisan bunga kantan, tomato, sosej, sotong dengan maggi. Kacau lah bagi rata. (Kalau ikut resepi asal, tak goreng pun cuma kacau dalam mangkuk yang besar. Ikut suka lah mana yang korang mudah nak buat).
3) Akhir sekali, baru lah masukkan perencah yang ada dalam maggi tu dan jugak hirisan daun sup dengan air limau nipis. 
Resepi Kerabu Maggi
Ini lah hasilnya kerabu maggi air tangan seorang Inani Hazwani. Pedas jugak lah sebab letak lada siam lepas tu perencah maggi Serda ni pun dah memang sedia pedas. Sedap! (Suka hati puji masakan sendiri 😆) Nasib baik semua orang makan kalau tak membazir. Hahah! Cumanya sebab Nani goreng, dia macam kering sikit. Lain kali, kena ikut resepi yang semula jadi, kacau aje dalam bekas tak payah goreng. Dah pandai buat sendiri, tak payah lah makan yang dekat Boat Noodle lagi. Kononnyaaaa! 

Air Tangan Ibu

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani balik Pahang sekejap sebab dah lama sangat tak balik sana. Bila balik rumah ni, sah sah lah macam macam benda nak masak, nak makan. Jemu weh hari hari beli makanan dekat cafe. Hari tu konon nak beli periuk multi cooker dekat Lazada tapi sampai ke sudah tak beli beli lagi. Hahah! Masa balik tu abah cakap ada daging kambing dalam peti ais. Nani pun apa lagi, buat kari lah kan. Sebenarnya tak pernah pun masak kari sebelum sebelum ni. Heheh. So, baru ni dapatlah belajar dengan ibu masak kari kambing. Tak ada lah susah mana pun rupanya. Lepas ni boleh lah masak kari selalu. Sekarang minat sikit nak masak menu bergulai macam ni, dulu dulu yang goreng goreng aje suka. Hahah! Nani kalau kari ni suka yang pekat pekat kuahnya lepas tu kalau tak habis kuah tu simpan. Esok esok panaskan lagi makan dengan roti canai segera tak pun dengan lempeng. Peh nikmat! 
Kari Kambing
Kari kambing.
Taraa, kari kambing hasil 50 peratus air tangan aku. Hahah! Iya lah sangat kan, padahal tolong kacau kacau sikit. Masukkan bahan bahan, tu aje. Nani kalau masak suka tengok step by step. Kalau tak nanti, mesti tak berapa nak jadi sangat masakan tu.

Sambal Kentang
Sambal kentang + kacang.
Satu lagi bila ada lauk kari, suka betul makan dengan sambal kentang campur kacang ni. Kadang kadang Nani buat saja untuk ratah 😆Nani tak suka campur dengan ikan bilis sebab nanti ikan bilis tu tak berapa rangup. Banyak songeh betul kan dia ni. Haha! Sebab tu Nani suka masak sendiri sebab senang dan ikut suka hati sendiri nak letak apa dalam tu. 
Siakap Tiga Rasa
 Siakap tiga rasa. Selalu kalau buat siakap tiga rasa ni sedap makan time panas panas, kalau sejuk nanti ikan tu dah tak rangup. Heheh. Nani selalunya kalau tak masak tiga rasa ni, Nani buat stim lepas tu letak hirisan serai dengan halia banyak banyak. Sedapnya!

Nasi Lemak
Paling wajib bila balik Pahang, mesti suruh ibu masak nasi lemak. Heheh. Sekali sekala balik kan, mesti ibu tanya nak makan apa. Nani kalau makan nasi lemak metsi sambal dengan kacamg lebih. Nikmat! Dekat sini, jarang betul nak jumpa yang betul betul sedap. Pernah sekali tu Nani beli lepas tu, sambal dia macam tak masak sangat. Spoil tau mood nak makan. Apa apa pun, air tangan ibu kita tak pernah tak sedap kan. Ingat dulu masa kecik kecik, kalau dengan kawan kawan mesti semua nak promote masakan mak masing masing. Hahah! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page