Sate Kajang Hj. Samuri di Taman Melati

Assalamualaikum & Hello.
Nani sebenarnya dah lama tak pergi makan Sate Kajang Hj. Samuri ni. Sabtu minggu lepas, saja ajak kawan kawan makan satay Kajang dekat cawangan Taman Melati. Masing - masing pun dah jemu makan benda yang sama, sekali sekala boleh lah pergi makan luar. Kita orang pergi hari Sabtu malam memang full house lah kan. Dekat sepuluh minit jugak nak tunggu meja kosong. Itu pun mujur cepat sebab ada jugak orang lain yang tengah menunggu. Biasalah bila weekend mana mana restoran yang jadi tumpuan orang ni memang full house. So kalau korang nak pergi disarankan pergi awal, kalau tidak memang kena tunggu meja kosong lah. Heheh. Dekat sini self service okay konsep dia orang. Order dekat kaunter dan kalau satay minimum order dua cucuk. 
Sate Kajang Hj. Samuri
Satay ayam dua puluh cucuk, daging 10 cucuk dengan kambing dua cucuk. Itu pun bila dah kenyang, masing - masing tolak dekat orang ni lah, orang tu lah. Hahah! Masa order bukan main lagi. Secucuk satay ayam dengan satay daging ni dalam 0.98 sen. Kalau satay kambing tu RM 2.20 ke RM 1.70. Tak ingat pulak dah Nani sebab satay kambing tu kawan yang punya. Pada Nani, rasa dia sama aje macam dulu. Still sedap (mungkin sebab dah lama sangat tak makan).

Sate Kajang Hj. Samuri
Nasi Goreng Ayam (RM 6.90)
Selain daripada satay, ada jugak masakan panas dekat sini. Nani tak rasa pun hari tu sebab dah kenyang sangat makan satay dengan nasi impit. Tengok macam menarik jugak, boleh lah try masakan panas dekat sini pulak lain kali.

Sate Kajang Hj. Samuri
Kuey teow goreng pun sedap! Puas hati lah makan dekat sini malam tu walaupun terpaksa tunggu meja kosong. Heheh. Cawangan dekat sini tak besar sangat sebab tu kalau pergi weekend kena bersabar lebih sikit. Kalau weekdays tu tak ada hal sangat lah, memang tak ramai sangat orang.

Sate Kajang Hj. Samuri
Balik tu masing - masing tersandar kekenyangan. Hahah! Semua sedap tapi kalau order satay kena tunggu sikitlah dalam 15 ke 30 minit bila waktu ramai orang. Sanggup masing - masing tunggu walaupun time tu dah lapar sangat. Cumanya hari tu Nani order air kelapa dia so - so aje. Tak rasa manis sangat. Heheh. Mungkin dia orang terlupa letak air gula tak pun memang air kelapa tu tak rasa manis. Yang lain lain, memang puas hati. Dah lama tak makan satay, sekali dapat makan yang sedap macam ni memang puas hati. Korang suka tak makan Sate Kajang Hj. Samuri ni? 

Pezzo di Nu Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Dulu dah pernah nampak Pezzo ni dekat Mid Valley tapi tak pernah pun terfikir nak beli dan rasa. Bukan apa, selalu tengok krik krik aje, tak ramai pun orang beli. Terus lah expectation Nani yang pezzo ni tak berapa nak sedap. Suka betul dia buat conclusion sendiri. Huhu. Nani selalu macam tu tau, tengok aje macam hambar mesti fikir banyak kali nak beli ke tidak. Tapi baru ni kirim lah jugak dengan kawan belikan pezzo sebab masa tu teringin nak makan pizza. Hahah! Konon kan dulu tak nak beli tiba tiba bila dah tak ada choice lain, itu jugak yang dicari. Area NU Sentral ni memang tak ada Domino's apatah lagi Pizza Hut. Yang ada Pezzo aje okay! So beli aje lah apa yang ada kan. Lagi pun dah malam, malas nak fikir makanan lain 😆 
Pezzo di Nu Sentral
Pezzo ni sama aje macam Pizza Hut dengan Domino's tu cuma Pezzo ni mahal lah sikit. Tapi yang best nya boleh beli satu slice macam dekat bawah ni. Kadang kadang Nani ni kalau beli yang empat slice tu pun tak berapa nak habis. Daripada membazir tu kan, baiklah beli satu slice aje. Kalau tanya kenyang ke tidak, memang lah jawapannya tak! Hahah! Baru nak rasa kan, tak boleh beli banyak banyak nanti tak ada orang makan bila tak habis. 
Pezzo di Nu Sentral
Nani dah tak ingat yang ni flavour apa. First time rasa terus terkeluar perkataan sedap. Hahah! Itu lah dulu jual mahal sangat konon tak sedap lah, tak ramai orang beli lah. Terus menyesal sebab kirim beli satu slice aje. So, moral of the story, walaupun tak ramai orang beli tak semestinya tak sedap. Pada Nani semua secukup rasa, besar pun iye jugak satu slice ni. Pezzo ni mahal sikitlah dalam RM7.90 satu slice. Ada banyak flavour, korang boleh lah try tengok dekat website dia orang. Nani cuma tahu dua cawangan dia orang aje dekat Mid Valley dengan Nu Sentral. Korang dah pernah try ke pezzo ni?

Berkongsi Melalui Penulisan di Blog

Assalamualaikum & Hello.
Setiap orang mesti ada kisah dan cerita tersendiri dalam berblogging ni kan. Macam Nani dulu tak pernah terfikir pun nak ada blog sendiri. Mula mula tengok kawan ada blog, lepas tu terus minta dia yang buatkan blog sebab masa tu macam noob sangat. Mana lah pandai nak buat blog lepas tu nak kena edit coding sana sini. Tak macam sekarang, dah ada banyak sangat tutorial untuk yang baru nak buat blog. Mudah sangat dah, ikut aje step yang diajar tu kan. Lagi pun, niat tu suka suka aje nak ada blog. Nani mula start blogging ni penghujung tahun 2013 cuma baru start aktif tahun 2015. Baru sangat lagi berblog ni, banyak lagi benda yang nak kena belajar. Dulu dulu menulis memang main ikut suka aja. Walaupun tak ada orang komen, tulis jugak entry. Hahah! Entry dulu dulu pun dah banyak Nani buang sebab rasa macam mengarut sangat penulisan tu. Bila dah lama, baru lah terfikir yang sebenarnya melalui blog ni lah boleh berkongsi ilmu dan pendapat yang tak seberapa ni. Dari niat suka suka nak ada blog terus jadi minat.

Masa mula berblogging ni memang zero langsung bab blog. Nak cakap dekat orang ada blog pun malu. Hahaha! Tapi belajar lah dari hari ke hari. Belajar dengan orang dan baca entry etrry blogger lain jugak. Masa tu lah baru tahu yang selain dari blog ni ada jugak wordpress. Selama ni ingat blog, wordpress semua tu sama aje. Nani tengok ramai jugak yang guna wordpress ni kan. Pernah jugak terbaca entry macam mana nak buka akaun wordpress. Saja baca untuk tambah pengetahuan sendiri, setakat ni tak terfikir lagi nak bertukar ke wordpress. Heheh. 
Bermula dengan cikmanissweet.blogspot masa tahun 2013 tu dan baru dua tahun lepas beli domain dan hosting dengan nama sendiri. Ingat lagi masa mula mula ada blog tu, macam macam benda nak letak. Seiously korang, dulu aku siap letak lagu lah, cctv lah, lepas tu siap dengan kelopak kelopak bunga gugur lagi. Itu belum lagi baca entry yang entah apa apa. Memang banyak mengarutlah sebab suka suka kan. Apa benda entah dulu. Bila ingat balik memang rasa macam kelakar sangat okay. Sebenarnya melalui blog ni banyak sangat manfaat yang boleh kita dapat melalui blogger lain. Antaranya, boleh dapatkan resepi baru, boleh tahu tempat makan mana yang best dan yang paling penting sekali, boleh kenal dengan ramai orang. Walaupun tak pernah berjumpa tapi bila dah selalu berbalas komen tu, memang akan rasa macam dah lama kenal antara satu sama lain. 
Best ke tidak menulis blog ni? Pendapat Nani sendiri, menulis dan berkongsi melalui blog ni memang satu benda yang menyeronokkan. Lagi best bila ada yang baca dan tinggalkan komen dekat entry tu. Cumanya satu aje kelemahan Nani, susah untuk update blog secara berterusan atau bahasa mudahnya susah nak konsisten untuk menulis blog setiap hari. Sekarang ni pun rasanya setiap bulan dalam berbelas aje entry yang sempat Nani buat. Macam Nani sendiri, kalau dua tiga hari tak update blog, memang akan rasa malas sangat nak update lepas tu. Itu yang blog selalu terbiar. Mungkin kena cari balik semangat nak menulis macam macam mula mula dulu. Heheh. Dulu, sehari siap boleh buat dua atau pun tiga entry lagi sekarang jangan cakap lah macam mana. 
Memang tak dinafikan melaui blog ni jugak boleh menjana pendapatan sampingan. Dulu Nani tak tahu pun pasal ni, sampai lah ada yang hantar email nak beriklan dekat blog tak pun nak suruh buat review. Review pertama yang pernah Nani buat dekat blog ni, review pasal koleksi pakaian dekat Zalora. Teruja habis sebab first time kan dapat macam tu. Hahah! Memang seronok lah bila boleh jana income ni kan lagi lagi bila student macam Nani ni. Sekurang kurangnya bila ada 'duit tepi' boleh lah nak buat simpanan atau pun makan sedap sedap sikit sekali sekala. Heheh. Tapi Nani tak lah terlalu fokuskan untuk dapatkan income tu sebab iya lah tujuan utama menulis ni nak berkongsi dengan orang lain apa yang kita tak tahu. 
Apa apa pun, menulis blog ni memang kena ada minat. Bila ada minat, baru lah seronok aje kan nak buat entry apa semua. Sepanjang menulis blog ni, memang ada banyak sangatlah kenangan manis. Antaranya bila dapat jumpa kenalan blogger dekat luar, dapat undangan food review dan juga dapat jana income dari blog. Kadang kadang benda benda yang macam ni lah yang akan jadi penguat semangat nak terus menulis blog setiap hari. Cuma sekarang ni selalu kekangan masa sebab terikat dengan komitmen sebagai pelajar. Tapi bila ada masa tu, memang akan hadap blog ni lah. Heheh. Korang pulak sebab apa nak menulis blog dulu dulu? Jom lah kongsikan sikit! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page