Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Pagi ni mendung aje dekat Pahang ni hah, nak bangun turun dari katil pun kemain berat rasa. Hahah ! Sekarang memang musim buah cempedak kan, merata rata ada orang jual. Dekat rumah aku ni pun tak putus putus ada jiran sedekah buah cempedak. Seronok sangat tau macam ni, dah lah buah dia meriah sangat. Boleh katakan tiap tiap minggu mesti menggoreng cempedak ni. Nani lagi suka goreng sendiri dekat rumah sebab kalau beli berapa ulas aje pernah dapat. Dulu Nani pernah cerita dekat SINI yang pasal cempedak goreng seulas seringgit tu. Nangis tau nak makan kalau seulas buah cempedak goreng seringgit. Hahah ! Baiklah aku tahan napsu nak makan tu daripada beli. Huhu. Kadang kadang diorang ni jual mahal lepas tu tepung aje yang tebal lebih. 
Cempedak Goreng
Meriah sangat hah buah cempedak ni. Goreng buat minum petang sambil sambil tengok tv memang nikmat sangat okeh. Dah lah buah manis haih memang layan habis. Seronok dikelilingi jiran jiran yang baik hati macam ni sebab selalu dapat buah, kuih. Heheh. 
Cempedak Goreng
Kasi zoom sikit cempedak goreng ni. Heheh. Rasanya dah puas hati sngat dapat makan banyak gila okeh cempedak goreng ni. Lepas ni tekak tak ada lah mengada ngada nak makan cempedal goreng macam ni dah. Baru ni ada lagi orang bagi buah cempedak ni tapi semua pandang sepi je dah. Hahah! Sudahnya tak goreng pun, buat makan gitu aje. Bila dah banyak sangat macam tu lah tapi bila takdek hah sibuk nak. Gitu lah kalau dekat rumah Nani ni. Heheh. 

Nasi Impit & Kuah Kacang Segera

Assalamualaikum & Hello.
Biasanya orang guna nasi impit tu aje yang segera dan kuah buat sendiri kan. Nani kali ni bukan setakat nasi impit aje yang segera tapi dengan kuah kacang tu pun beli yang segera. Haa nak cakap Nani ni pemalas lah tu. Hahah ! Bukan pemalas okay tapi sebab dekat sini yang ada cuma rice cooker aje. Dalam tu lah masak nasi, masak lauk segala bagai. Dapur bujang kan. Hahah! Jangan nak cadangkan beli periuk Noxxa pulak eh. Tengah kumpul duit lagi ni nak beli periuk tu. Nani tak pernah tahu pun sebenarnya kuah kacang tu ada jual yang segera punya. Jalan jalan dalam Cold Storage tengok ada jual, apa lagi beli lah kan. Yang sebenarnya masa tu teringin nak makan nasi impit, tu yang gigih pergi cari kuah kacang segera.

Sebelum ni memang tak pernah try pun beli kuah kacang segera ni. Hari tu masa jalan jalan dekat Cold Storage tu, tengok banyak jugak dah yang jual kuah kacang segera dalam bentuk pek macam dekat bawah ni. Ha memang semuanya dah senang sekarang. Kalau malas, beli aje yang dekat pasaraya tu balik tinggal masukkan aje semua dalam periuk. Eheh. Tapi kalau malas lagi dan senang kerja, beli aje yang nasi impit dekat pasar malam. Hahah ! 
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Nani yang sebenarnya tak tahu jenama mana yang sedap kuah nasi impit ni so main rembat aje mana yang packaging nampak lawa sikit. Ada jugak yang jenama Brahim kalau tak silap Nani. Masa nak beli kuah kacang segera ni lah ada nampak kuah ayam percik segera lah, sambal segera lah. Eh macam macam pulak dah, nasib napsu nak membeli tak membuak buak masa tu. Kahkah ! Kalau tak habis semua aku borong lepas tu masak sendiri.
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Taraaa ni lah hasilnya nasi impit segera ! Engkorang janganlah assume nak dapat nasi impit kuah kacang yang macam masak sendiri dekat rumah tu eh. Nama pun yang segera kan. Pada aku rasa dia not bad lah sebab semua rasa dia cukup. Boleh lah buat lepas anak tekak yang mengada ngada nak makan nasi impit kuah kacang. Memang biasa dah kalau bukan dekat rumah tekak ni teringin nak makan macam - macam. Gigih jugaklah aku ni pergi Cold Storage cari nasi impit segera ni hah. Nasib baik Cold Storage tiga empat langkah je, senang nak beli apa - apa. Hehe. Korang pernah try ke guna kuh kacang segera ni? 

Sos Apai Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.
Ha korang ingat lagi tak yang Nani cerita pasal Char Kuey Teow Mudah hari tu? Sebab ramai yang nak tahu dekat mana boleh dapatkan sos char kuey teow tu, jadi hari ni Nani nak kongsikan dengan korang. Ehehe. Dah lama Nani nak kongsikan tapi selalu terlupa sebab lately ni tersangatlah busy kalah orang yang bekerja. So untuk yang nak dapatkan sos ni korang boleh terus ke facebook Sos Apai Shah Alam  Dekat situ nanti boleh tengok senarai agen dan jugak kedai kedai yang ada menjual sos ni hah. Kalau nak lagi mudah, terus aje Whatsapp ke 013 3032762 Sos ni produk keluaran bumiputra, memang dijamin HALAL. Nani pun baru tahu sos ni boleh digunakan dalam pelbagai lagi jenis masakan bila tengok dekat facebook tu. Hehe. 
Sos Apai Shah Alam
Ha lepas ni tak payah dah susah susah nak pergi cari dekat mana char kuey teow tersedap kan, boleh buat sendiri aje dekat rumah. Heheh. Nani ni pun ada lagi setengah botol sos ni tak guna. Memang banyak ok, jadi tak rugi kalau beli dan buat stok dekat rumah. Nak jadi agen pun boleh. Hehe. Selamat mencuba uolsss !

p/s : Hari ni first paper Nani exam, in sha Allah sampai Sabtu nanti. Mohon tembakan doa yang padu untuk saya. Hehe. Habis exam nanti lelaju Nani singgah blog korang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page