Lepak di Restoran Murni SS2

Assalamualaikum & Hello.
Rasanya memang dah lama tak jejak Murni ni hah sebab tak ada orang ajak nak pergi makan dekat sana. Ehehe. Mula mula plan nak makan Wendys lepas tu tak jadi, ada yang ajak pergi Boat Noodle pun tak jadi jugak sudahnya Murni SS2 yang jadi pilihan. Bila mana ada lima kepala lepas tu nak decide satu tempat makan memang complicated awok weh. Tambah pulak perempuan, lagi lah nya kejap nak makan A, kejap nak makan B. Nak pilih tempat makan pun dah dilema belum lagi kira hal hal lain. Hahaha ! Last minit punya plan sebenarnya ni hah. Malam tu tengah sibuk siapkan exhibition untuk merdeka baru lah memasing terfikir nak keluar makan sama - sama.

Yang sebenarnya dah lama tak keluar dengan diorang ni. Itu yang bila sorang berbunyi ajak pergi makan, ramai yang nak ikut. Bonding time dengan sisterhood pulak kali ni. Bila dah nak dekat habis belajar ni makin rasa tau nak spent time together sebanyak mungkin dan selagi boleh. Ha sampai macam tu sekali, punya lah sayang dekat diorang ni. Mohon terharu berjuta kali kalau baca ni. EH :p Jom lah layan dua tiga keping gambar kiterang dekat Murni Sabtu lepas. Eheh !
Tak ada perrtalian darah tapi bond kuat macam satu family.
Restoran Murni SS2
Chicken Chop Special
Apa yang specialnya? Ada lapisan cheese dekat dalam chicken chop tu. Ehehe. Kenyang yakmat okeh makan ni sebab portionnya besar. Macam biasa lah kan, semua tahu Murni ni terkenal dengan makanan yang portionnya besar. Tapi baru ni Nani pergi rasa macam dah tak sesedap dulu. Tak tahu lah kan kalau hari tu je yang tak sedap sangat. Hahah ! Nani ni pun jarang jugak melepak dekat sini. 
Restoran Murni SS2
Spaghetti Carbonara + Chicken Chop
Tak senonoh betul gambar ni hah, sudu dengan pisau dah jadi macam tu. Sebenarnya tuan dia dah nak makan baru aku suruh ambik gambar. Hahah ! Dia makan separuh aje lagi separuh bungkus bawak balik. Malam tu semua berebut pulak nak makan spaghetti carbonara yang dah tak banyak mana tu. Hahah !
Soalan paling femes bila dah nak dekat habis ni "macam mana eh nanti masa hari last kita meeting? Tak boleh nak bayang lah." Soalan yang tak ada jawapan sampai sekarang. Hahah ! Takpe lah, jauh dengan jarak tapi dekat dalam doa. Ewah. Selagi tak habis ni, jom lah cipta kenangan sebanyak mungkin. Moga moga jalinan persahabatan ni kekal dan tak terhenti setakat di sini. Hiks :) Nani sayang semua, tak ada kurang atau lebih. Ehem !

Secret Recipe | Promosi Merdeka

Assalamualaikum & Hello.
Belum terlambat lagi rasanya untuk Nani ucapkan salam kemerdekaan yang ke 59 tahun untuk semua. Hehe. Korang ke mana cuti semalam? Nani mulanya tak ada merancang pun nak ke mana mana sebab malam merdeka tu dekat pukul empat pagi baru balik. Ada sambutan di ambang merdeka dekat universiti ni hah lepas tu berborak dengan kawan sampai dekat pukul empat pagi. Kemain sangat kan mentang mentang esoknya tu public holiday. Dalam tak nak keluar tu, tetiba kawan ajak pergi Secret Recipe sebab SR kan ada buat promotion satu slice RM5.90 instead of RM 8.80 macam tu. Haih, bila terbayang kek kek yang feveret ada dekat Secret Recipe tu laju aje setujunya. Hahah !

Mula ingat nak pergi Secret Recipe yang dekat LRT Bangsar lepas tu ada kawan bagitahu dekat Amcorp Mall pun ada cawangan dia. Sebab nak jimat duit dan masa kan, kiterang pergi lah Amcorp Mall sebab boleh naik bas free tu aje. Heheh. Jimat duit tambang aje lah, lepas tu pergi melabur duit dekat Secret Recipe sama aje. Lagi satu Amcorp Mall ni macam hambar sikit, orang pun tak ramai so nya tak ada lah nak kena beratur panjang panjang demi sepotong kek Secret Recipe. Aku tengok ada yang sampai beratur ke luar restoran okeh. Ha kemain penangan promosi kek dekat Secret Recipe ni. 
Secret Recipe
Sorang limited beli empat potong kek aje. Memang tak lah kan nak makan sampai empat potong kek sorang diri. Hahah ! Ini pun Nani beli satu slice aje, yang lagi satu kawan mintak tolong belikan. 
Secret Recipe
All time favourite, raspberry cheesecake. Eheheh ! Meraikan public holiday dengan sepotong kek Secret Recipe. Gitu. 
Secret Recipe
White Chocolate Macadamia
Ha dah puas dapat makan kek, lepas ni kalau nak makan tunggu lagi sebulan. Makan selalu kek macam ni pun boleh cepat muak ok tambah pulak Nani ni bukan lah jenis cake lover sangat. Bila datang angin nak makan kek baru lah pergi Secret Recipe. Ehehe. Semalam memang banyak sangat kan yang buat promosi sampai tak tahu nak pergi mana satu. Korang ke mana cuti semalam? 

Jom Bercuti Ke Cherating Dengan Traveloka !

Assalamualaikum & Hello.
Cuti sekolah dah nak dekat, korang ada yang planning nak bawak family pergi bercuti ke? Nani ni pun ada jugak dua tiga tempat yang dah di “short list” kan untuk dijadikan sebagai destinasi percutian. Bukan apa, dah lama sangat rasanya tak pergi bercuti dan lari sekejap daripada segala jenis kerja. Agak agak mana tempat yang Nani nak pergi? Jeng jeng jeng. Tak ada lah jauh mana pun, di negeri kelahiran sendiri jugak Pahang Darul Makmur. Spesifik sikit lagi, di Cherating, Kuantan. Nani pun memang dah lama tak ke sana, jadinya memang dah set awal awal dalam kepala cuti Raya Haji ni nak bercuti ke Cherating. So nah hari ni Nani nak kongsikan apa yang best sangat dekat Cherating dan wajib untuk korang pergi. Cherating merupakan pekan kecil yang pada asalnya sebuah perkampungan nelayan yang terletak di utara ibu negeri Pahang.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google 
Kalau korang daripada Kuala Lumpur, boleh lah pilih sama ada nak naik flight ke Kuantan (yang perjalanannya kurang dari satu jam) atau pun nak drive kereta sendiri. Kalau nak drive makan masa sikitlah, dalam tiga ke empat jam menggunakan Lebuhraya Karak. Pada Nani, kalau nak syok bercuti ni baik guna pengangkutan awam. Hehe. Badan pun tak letih sangat sebab bukan kita yang drive. Boleh jugak kalau nak naik bas sama ada dari Pekeliling atau TBS. Pekan Cherating yang terletak di persimpangan jalan besar di antara perjalanan ke Kuantan dan Kuala Terengganu ini telah berkembang daripada sebuah perkampungan nelayan kecil kepada sebuah tempat tumpuan pelancong yang pesat membangun. Mungkin juga disebabkan faktor itu, tempat ini menjadi antara tempat yang terkenal di kalangan pelancong kerana jarak dan lokasinya yang sangat mudah untuk ke sana. Tempat ini juga dikenali sebagai lokasi pertama Club Mediterrannee (the Club Med Malaysia) di Asia.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google 
Bila nak bercuti, tentulah semua benda nak kena buat survey kan terutama nya tempat nak bermalam. Tapi kalau ke Cherating, memang tak perlu risau lah nak bermalam dekat mana. Korang boleh pilih sama ada nak bermalam di Cherating hotel lima bintang  yang terkenal seperti Club Med Cherating, Suria Cherating Beach Resort dan lain lain lagi. Tak nak tidur di hotel mahal mahal,hotel bajet pun ada. Kalau nak fefeeling duduk dekat kampung, boleh jugak bermalam di homestay perkampungan nelayan. Apa yang penting, ikut kemampuan dan bajet masing masing kan. Nak berjalan, kena enjoy enjoy ! Kalau tak tahu Cherating hotel yang best untuk bermalam, korang boleh tengok website https://www.traveloka.com/en-my/ Memang membantu sangat tau untuk korang pilih hotel yang selesa dan menjimatkan.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
Memandangkan Cherating ni merupakan kawasan pantai, memang rugi lah kalau tak makan makanan seafood yang semuanya segar dari laut kan. Harga? Jangan risau, semua nya berpatutan. Di sepanjang persisiran pantai dekat sini, memang banyak sangat pilihan gerai makanan. Bukan itu aje tau, segala jenis keropok ikan, keropok lekor, sata dekat merata rata gerai ada jual. Ok, sekarang Nani pulak yang rasa tak sabar nak ke sana ! Hahah !

Ha tahu tak dekat sana macam macam aktiviti yang kita boleh buat antaranya :
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : reenaonline.com
1) Melihat penyu bertelur.
Di Pusat Penerangan dan Santuari penyu, aktiviti ini merupakan aktiviti wajib bagi pengunjung di si sini tambahan pula bukan semua pantai di Malaysia mempunyai penyu. Di sini, korang akan diberi pendedahan tentang spesis dan jenis penyu yang biasa dijumpai oleh petugas yang berpengalaman luas. Bayaran yang dikenakan RM55 seorang dan korang bukan sahaja boleh tengok penyu bertelur tetapi dapat jugak melihat anak anak penyu yang dah bertelur ke pantai. Menarik sangat kan ! Untuk pengetahuan korang, musim penyu mendarat di pantai untuk bertelur adalah dari bulan April hingga bulan Ogos.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google 
2) Mangrove River Cruise.
Ha bukan sahaja ada pantai tau tapi bila ke Cherating ni, korang boleh jugak merasai pengalaman menaiki bot menyelusuri sungai Cherating. Sepanjang perjalanan tersebut korang akan diberi pendedahan tentang kehidupan liar yang terdapat di hutan paya bakau di sini seperti ular, monyet, ikan dan sebagainya. Bukan itu aje tau korang, nak tengok kelip kelip yang menyinari beberapa kawasan pun boleh jugak.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google
3) Menikmati keindahan pantai.
Dah namanya pun pergi ke kawasan pantai, rugi lah kalau tak menikmati keindahan pantai yang sememangnya menjadi tarikan kebanyakkan para pengunjung. Pantai yang terletak di sini berteluk dan agak landai jadi selamatlah untuk korang berkhelah di sepanjang pantai bersama keluarga atau kawan - kawan.Bagi yang sukakan aktiviti ekstrem, korang bolehlah buat aktiviti surfing. Banyak surf operators yang menawarkan macam macam servis berkaitan dengan aktiviti ini.

Ha banyak kan aktiviti yang korang boleh buat dekat Cherating ni, sebab tu lah Nani jadikan Cherating sebagai destinasi percutian Nani tak lama lagi. Tak sabar nak jejak pantai dan makan macam macam jenis seafood yang fresh dari laut. Korang kalau nak ke sana jugak boleh lah ke laman web https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mengetahui special Cherating hotel. Jom bercuti ke Cherating ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page