Bila Nak Kahwin?

Assalamualaikum & Hello.
Dah start musim cuti sekolah ni, ramai betul yang pergi jalan jalan. Iya lah minggu ni aje ada masa nak jalan jalan cari makan, nanti dah mula puasa penat pulak. Jeles hah tengok ramai yang bercuti sebab Nani tak ke mana mana pun. Korang ke mana cuti ni? Baru ni aje Nani sempat balik kampung dekat Raub semalaman. Gerak pun dah petang Jumaat, sampai sana malam. Penat punya pasal memang tak borak sangat pun dengan wan & mak cik Nani.

Nak dijadikan cerita pagi Sabtu tu, kitorang sarapan ramai ramai. Memang rutin biasa lah bila balik kampung sarapan ramai ramai, sekali wan Nani tanya "habis belajar bila?" Nani pun cakaplah tak lama lagi habislah, hujung tahun ni In Sha Allah. Tahu apa soalan Wan lepas tu. Jeng Jeng Jeng. "BILA NAK KAHWIN? LAMA DAH BELAJAR" Kau rasa nak jawab apa. Hahaha ! Muka cool aje sambil menyuap nasi kerabu ayam panggang dalam mulut. Kah ! Mungkin Wan lupa umur aku, muda lagi nak kahwin hah. Kasi habis belajar dulu, kerja baru kahwin. Gitu.
Sumber Google 
Doa lah yang baik baik moga yang datang kelak yang baik baik juga 

Sebab Nani senyap tak cakap apa apa, Wan sambung lagi ayat ayat beliau. "TAK ADA PAKWE LAGI KE?" Fuh terus ambil air minum, pandang nasi sambil jeling reaksi orang lain. Hahahah ! Nani pun cakap tak ada lagi, nak belajar dulu. Wan sambung lagi, "CARILAH DEKAT SANA, TAKKAN TAK ADA ORANG MINAT." Tudia, padu hah nasihat orang tua - tua ni, terus masuk meresap dekat dalam hati. Biarlah dulu bab kahwin kahwin ni, mari habiskan belajar ini dulu. Ibu pun suruh habiskan belajar, kalau nak kahwin sangat berhenti belajar. Tak nak den berhenti belajar semata mata untuk kahwin. Eh, calon pun tak nampak lagi. Hahaha !

Nani ni kalau dalam keluarga sebelah abah, memang antara cucu cucu yang hujung dah. Sepupu atas Nani memang ramai yang dah berkahwin ada anak. Anak buah sepupu Nani yang pertama dah tingkatan dua atau tiga macam tu lah. Gitu. Faham, Wan ni concerne pasal cucu dia ni, itu yang asyik tanya bila nak kahwin. Ahaks, sabar aje lah. Ada jodoh ada lah nasi minyak nanti. Eheh :p

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Mini Potluck 2.0

Assalamualaikum & Hello.
Semalam tak sempat nak update sebarang entry dekat sini sebab busy betul seharian duduk dekat dapur memasak untuk tetamu. Ewah ! Bukan setakat nasi ayam aje tapi macam macam lagi menu lain yang ada. Dari pukul lapan pagi duduk dekat dapur buat macaroni & cheese, nasi ayam dengan mango lassi. Power ke tak power ni? Sebenarnya tetamu yang datang rumah ni kawan kawan Nani, insan insan sama masa Mini Potluck 1.0 dulu. Bukanlah bakal suami dengan mak mentua pun yang datang rumah tu *bagi jelingan manja sikit dekat MummyDearie* Hahaha ! 
Rupa macaroni yang belum ditabur dengan cheese dan dibakar. Makan yang macam ni pun dah sedap haa. Macaroni & cheese ni Nani bekalkan untuk dia orang bawa balik rumah sebab masing masing dah kenyang makan nasi ayam. 
Kali ni Nani buat cheese yang tak garing sangat. Elok je cheese tu cair Nani keluarkan daripada microwave. Gambar tak berapa nak cantik sebab lighting kelaut dalam. Hahaha ! Makan macaroni & cheese ni panas panas memang tak pandang lain dah. Nak resepi nanti Nani share lain kali.
Nasi ayam versi seketul Inani Hazwani. Nasi tak berapa nak kuning sangat sebab Nani terlupa nak letak kunyit sikit. Lain lain tu boleh lah, menjadi jugak sebab tetamu pun tolong masak sama. Eheh! Mungkin lepas ni dah makin pro siapa tahu. Mango lassi memang terlupa nak ambil gambar sebab masa tu dah lapar sangat. Mango lassi sedap sangat, lain kali nak buat lagi. Nani ikut resepi chef dalam Rancangan Dapur Dua Pintu dekat tv tu. Hiks :)
Terima kasih sudi datang & bermalam di rumah saya. Drive dari jauh pulak tu, mujurlah ada dua driver kan. Memang setiap kali jumpa aktiviti utama main masak - masak, buat bedtime stories. Hahaha ! Jarang - jarang jumpa haruslah macam macam cerita yang keluar. Jumpa lagi nanti. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page