Assalamualaikum & Hello.
Semalam tak sempat nak update sebarang entry dekat sini sebab busy betul seharian duduk dekat dapur memasak untuk tetamu. Ewah ! Bukan setakat nasi ayam aje tapi macam macam lagi menu lain yang ada. Dari pukul lapan pagi duduk dekat dapur buat macaroni & cheese, nasi ayam dengan mango lassi. Power ke tak power ni? Sebenarnya tetamu yang datang rumah ni kawan kawan Nani, insan insan sama masa Mini Potluck 1.0 dulu. Bukanlah bakal suami dengan mak mentua pun yang datang rumah tu *bagi jelingan manja sikit dekat MummyDearie* Hahaha !
Rupa macaroni yang belum ditabur dengan cheese dan dibakar. Makan yang macam ni pun dah sedap haa. Macaroni & cheese ni Nani bekalkan untuk dia orang bawa balik rumah sebab masing masing dah kenyang makan nasi ayam.
Kali ni Nani buat cheese yang tak garing sangat. Elok je cheese tu cair Nani keluarkan daripada microwave. Gambar tak berapa nak cantik sebab lighting kelaut dalam. Hahaha ! Makan macaroni & cheese ni panas panas memang tak pandang lain dah. Nak resepi nanti Nani share lain kali.
Nasi ayam versi seketul Inani Hazwani. Nasi tak berapa nak kuning sangat sebab Nani terlupa nak letak kunyit sikit. Lain lain tu boleh lah, menjadi jugak sebab tetamu pun tolong masak sama. Eheh! Mungkin lepas ni dah makin pro siapa tahu. Mango lassi memang terlupa nak ambil gambar sebab masa tu dah lapar sangat. Mango lassi sedap sangat, lain kali nak buat lagi. Nani ikut resepi chef dalam Rancangan Dapur Dua Pintu dekat tv tu. Hiks :)
Terima kasih sudi datang & bermalam di rumah saya. Drive dari jauh pulak tu, mujurlah ada dua driver kan. Memang setiap kali jumpa aktiviti utama main masak - masak, buat bedtime stories. Hahaha ! Jarang - jarang jumpa haruslah macam macam cerita yang keluar. Jumpa lagi nanti.