Chiba Sweet Potato dari Jepun

Assalamualaikum & Hello.
Ini merupakan kali pertama Nani rasa Sweet Potato yang memang original dari Jepun. Bila pertama kali nak rasa sesuatu yang baru mesti lah teruja. Apa yang membezakan keledek dari Jepun ni dengan keledek yang ada dekat negara kita ni, tentu lah dari segi rasanya. Keledek keluaran Jepun lebih manis dan rasa berlemak. Biasanya orang tempatan macam kita ni bila makan keledek atau ubi kayu mesti nak kena ada pencicah nya sekali kan tapi keledek dari Jepun ni makan kosong macam tu pun dah sedap dan nikmat sangat. 
Chiba Sweet Potato dari Jepun
Chiba Sweet Potato ni sangat sihat, sedap dan berkhasiat. Semalam Kak Irra ada kongsi satu info berkaitan Sweet Potato ni. Untuk yang mempunyai sakit gout boleh amalkan makan keledek manis ni. 
Chiba Sweet Potato dari Jepun
Chiba Sweet Potato ni didatangkan dalam tiga saiz. Ada yang kecil, sederhana dan besar. Untuk korag yang memang minat makan keledek, Nani memang sarankan sangat korang beli keledek manis keluaran Jepun ni. Memang dijamin puas hati. Untuk pengetahuan korang, Chiba merupakan nama salah satu kawasan di Jepun. Dekat sana siap ada Potato Day(public holiday) lagi. 
Chiba Sweet Potato dari Jepun
Lepas ni korang boleh dapatkan Chiba Sweet Potato ni di mana - mana pasaraya terpilih. Kalau nak rasa dulu Chiba Sweet Potato ni macam mana, korang boleh ke Village Grocer di Bangsar Village hari ni. Nanti ada lah "taster" yang mereka bagi.
Chiba Sweet Potato dari Jepun
Kalau malas nak masak sendiri dekat rumah, korang boleh beli yang macam dalam gambar ni. Beli, bayar lepas tu makan. Haaa senang kan. 
Chiba Sweet Potato dari Jepun
Muka muka excited nak rasa Chiba Sweet Potato !
Chiba Sweet Potato dari Jepun

Chiba Sweet Potato dari Jepun
Ini merupakan mascot untuk Chiba Sweet Potato. So korang kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang Chiba Sweet Potato ni boleh klik link video dekat bawah ni ok. Jangan lupa untuk follow #ChibaSweetPotato di Twitter dan Instagram.





Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ
klik SINI untuk join

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ
klik SINI untuk join 

Macaroni Cheese Baked

Assalamualaikum & Hello.
Ini entry memang boleh buat jiwa raga menangis. Alkisahnya CNY hari tu Nani cuti sampai Selasa aje tapi adik beradik lain cuti lama jugaklah. Diorang pun apa lagi, memang buat projek masak memasaklah dekat rumah. Nani yang dekat Selangor ni masa tu jugak rasa nak balik Pahang. Hahaha! Sampai hati buat orang terliur sorang sorang di perantauan. Eheh ! 
Macaroni Cheese Baked
Macaroni Cheese Baked
Kalau Nani dapat makan ni memang nikmat sangat. Dengan cheese nya tu boleh main tarik - tarik, aduh duh duh memang layan habis. Nasib baik lah tak hantar gambar yang dah siap dibakar. Kalau tidak, mahunya Nani left group family. Hahahah ! Tengok lah minggu depan balik Pahang, cuti seminggu macam - macam nak masak. Tunggu lah. 

p/s : Alhamdulillah kaki dah semakin pulih. Terima kasih doakan yang baikbaik buat saya. 

Thank You !

Assalamualaikum & Hello.
Ingat lagi giveaway yang Siti & Kak Sal buat tu? Nani antara salah seorang pemenangnya. Yeayyy ! Sabtu lepas ibu hantar gambar ni bagi tahu barang dah sampai. Nani memang jenis kalau hadiah menang giveaway semua, terus pos ke Pahang. Kalau pos ke Selangor ni nanti susah pulak nak bawa balik. Maklumlah driver bas kan yang hantar Nani balik. Hahaha !
Dapatlah tambah koleksi ole - ole dari luar negara. Australia pulak tu haaa. Hihi. Tak dapat jejak Australia, dapat ole- ole pun jadi lah kan. Terima kasih daun keladi, lain kali buat lah giveaway lagi. Ehhh. Hahahah ! Jom terjah blog SitiYangMenaip & Kak SalbiahM yang ohsem ni :)

Berehat Seketika

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dengan esok dapat "cuti rehat" gara - gara kaki terseliuh Sabtu lepas. Ingatkan jatuh biasa aje, tak sangka pulak teruk jadinya. Nani ni pun selamba berjalan ke Masjid Jamek lepas tu untuk program kelab. Dah sampai sana baru rasa kaki makin sakit dan bengkak. Nak solat pun tak mampu nak duduk antara dua sujud. Sakit sangat sangat sampai abah dengan ibu telefon pun nangis- nangis mengadu. Memang spesis kalau tengah sakit hati jadi macam tisu. Nak pula yang tersayang nun jauh di Pahang.
Harap - harap cepatlah kaki ni sembuh. Nak bergerak ke mana mana pun susah, semua bergantung pada orang lain. Mohon doakan yang baik-baik untuk diri ini. 

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

Assalamualaikum & Hello.

Chcodina Giveaway by Mastura Aziz

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


Barakallah Along !

Assalamualaikum & Hello.
Akhirnya selamat sudah Along menjadi suami orang dengan sekali lafaz. Rasa macam baru je lagi Along bertunang, tup tup dah selamat pun bernikah. Ececece ! Petang Sabtu kitorang konvoi sembilan buah kereta ke Felda Tembangau Dua, sebelah malam tu Along akad nikah. Sampai pun dah petang, kalut sikitlah nak bersiap siapkan. Maklumlah nak jugak melawa macam pengantin kan. Hahaha ! 
Majlis pembatalan wudhu. Masa ni aku dah keluar sebab perut dah lapar. Hahaha ! Tak sempat dah nak tengok Along bergambar bagai.
Suka dekorasi pelamin masa Along kahwin ni. Simple tapi cantik. 
Abah, Along, Kak Wana, Ibu 
Malam akad nikah ni kitorang memang tak ada tema baju pun. Pakai je mana yang ada. Ibu tu pun kebetulan pakai jubah warna sama dengan pengantin. 
Sibuk Abah dengan bunga manggar dia tu. Hahaha ! Lepas ni awal bulan empat, turn Angah (yang pegang bunga telur) pulak kahwin. Pandai eh korang pilih tarikh nak kahwin. Hahaha!

Sampai sekarang aku macam tak percaya kau dah kahwin, Along. Hahaha. Terima kasih sebab selalu bagi nasihat, selalu jadi driver tak bergaji & selalu jadi "stalker" nak tahu lelaki mana yang rapat dengan aku. Kahkah ! 


Semua nak bergambar dengan partner masing masing, I mampu sensorang je lah. Ahaa!
Acah acah sangat I'm next tu. Hahaha. Lepas ni turn Angah pulak. Lepas Angah, Kak Diah. Lepas tu baru kosong. Ehhh ! 

Anyway Selamat Pengantin Baru Along & Kak Wana. Semoga Allah limpahkan rahmat dan barakah ke atas masjid yang kalian bina. Again, Selamat Pengantin Baru ! 












CNY di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni bertolak dari Bangi dalam pukul enam macam tu then terus ke Melaka ambil sepupu nak balik sekali. Sampai Pahang dekat pukul tiga pagi. Phew ! Jauh betul perjalanan, sampai rasa nak patah pinggang lama sangat duduk. Huhuhu. Ikut jalan lama malam tu, exit dekat Karak jalan jammed pulak sampai ke Lanchang. Sampai rumah dapat baring tu rasa nikmat sangat. Huhi ! Jom lah layan dua tiga keping gambar balik Pahang baru ni. Hahah !
Laksa Penang
Teringin nak makan soto tapi ibu buat laksa. Hahaha ! Boleh lah, semua air tangan ibu sedapkan. 
 BBQ
Ayam bakar.
Sebelum balik, sempat lah buat BBQ dekat kampung dengan adik beradik ibu. Dah lama kot tak buat BBQ ni. Ada kambing, ayam, sosej. Pehh makan sampai kenyang lah cerita dia. Hahaha ! 
 BBQ
Kambing bakar.
BBQ
Ada pulak sos lada hitam pehh pehh pehh, tak pandang kiri kanan dah makan. Ada nasi goreng kampung jugak malam tu tapi tak sempat nak ambik gambar. Hahaha ! Nani makan sikit je nasi sebab dah kenyang ya amat makan kambing, ayam dengan sosej. Korang buat apa CNY baru ni? 


First Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum & Hello.
First Giveaway by KasihkuAmani
klik SINI untuk join 

Magnum Pink I Pomegranate

Assalamualaikum & Hello.
Lepas Nani tahu ada magnum pink ni terus rasa nak membeli tu membuak - buak. Ewah ! Baru kan, haruslah kena cuba. Nak jugak tahu rasa aiskrim magnum pink tu macam mana kan. Yang Magnum White Almond hari tu manis gila yang macam Nani pernah buat entry dekat SINI dulu.  Kali ni try pulak Magnum Pink Pomegranate. Rasa yang kali ni masam masam manis. Haaaa dah macam tajuk cerita pulak kan. Dah aiskrim ni pun daripada buah delima kan mesti lah masam masam manis. 
Magnum Pink  I Pomegranate
Harga macam biasa lah, dalam empat ringgit lebih.
Magnum Pink  I Pomegranate
Dah "retak" coklat dekat luar tu sebab aiskrim dah nak cair. Huhi, tapi tetap sedap haaa. Korang kalau tak try lagi makan magnum yang pink ni cecepat beli. Sedap ! 

Hari ni seronok dia lain macam sikit sebab nak balik Pahang. Lagi seronok semua class cancel sebab dah ramai yang balik. Haih, rasa nak lompat terus balik Pahang. Hahahaha ! Harap - harap jalan tak jammed lah. Fuhh! Korang ke mana cuti raya cina ni? 


Lepak di Restoran SS2 Murni

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu baru ni memang paling banyak keluar. Sabtu ke Dip N Dip esok nya lepak dekat SS2 Murni pulak. Nani dengan kawan ikut saranan lecturer, kalau tak balik keluar lah jalan jalan. Hahah ! Lepas tu nanti duit dah menipis mereput dalam bilik. Kohkoh :p Pertama kali makan sini walaupun dah lama tahu kedai ni terkenal dengan makanannya yang banyak. Nani ni jenis kalau tak pernah pergi situ mesti akan google dulu sesiap nak makan apa. 
Restoran SS2 Murni
Restoran Murni ni ada banyak cawangan. Korang boleh check dekat website dorang untuk tengok mana cawangan yang terdekat di www.murnidiscovery.com Nak tahu apa menu yang diorang ada siap dengan harga pun boleh tengok dekat sana.
Restoran SS2 Murni
Malam tu tengok dekat web diorang teringin nak makan nasi goreng paprik, sampai sana order nasi lemak sotong. Hahahah ! Tersangatlah tak tetap pendirian Nani ni hah. 
Restoran SS2 Murni
Nasi Lemak Sotong (RM 7.00)
Memang puas hati lah makan macam ni, sambal pun sedap. Berbaloi lah ! Sampai ke malam rasa kenyang. Huhi.
Restoran SS2 Murni
Spaghetti Carbonara (RM10.00)
Restoran SS2 Murni
Effect lepas dah kenyang terus jadi macam tu budak dua orang ni. Hahahah ! Puas hati makan dekat Murni ni, servis laju bak hang. Nak makan sini boleh Waze alamat dekat bawah. SS2 Murni ni restoran tepi jalan, mustahil kalau tak nampak. Aha !

No. 53 Jalan SS2/75, SS 2 
47300 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi : 5.00 petang - 5.00 pagi (AHAD) 



Giveaway MBO Cinema Voucher

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway MBO Cinema Voucher
klik SINI untuk join. 

Fuhh Fuhh harap harap ada rezeki jugak yang kali ni. Aha ! 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Halal Quotes

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort
klik SINI untuk join. 

Fuhh Fuhh ! Harap harap ada rezeki yang ni, boleh buat short vacay dengan kawan. 

Dip N Dip, Bangsar

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni Nani dengan kawan Nani ke Bangsar semata mata nak makan Dip N Dip. Kemain gigih ke sana sebab craving nak makan coklat. Dah lah dua dua orang jarang ke Bangsar, memang sepenuhnya bergantung pada Waze. Nasib baik kali ni Waze bagi jalan yang betul, tak ada lah sesat dekat tengah Bangsar tu. Hahaha ! Macam biasalah memang public transport jadi pilihan kan. Nani dengan kawan naik LRT turun dekat LRT Bangsar. Kemudian ambil RapidKL T822 ke Bangsar Village. Lepas tu jalan kaki sikit sampai lah Dip N Dip. Dip N Dip memang dekat gila dengan Bangsar Village ok. So lepas makan kalau nak jalan jalan dalam Bangsar Village tu pun boleh.
Dip N Dip, Bangsar

Dip N Dip, Bangsar
Soft Drink (RM 6.50)
Dip N Dip, Bangsar
Kali ni pilih dark chocolate sebab kurang manis sikit daripada yang satu lagi tu. Tapi pada Nani macam lebih kurang je manisnya. Hahahah ! 
Dip N Dip, Bangsar
Waffle Stick (RM10.00)
Waffle Stick ni yang paling murah lah dekat Dip N Dip. Nampak macam kecik & tak cukup kan tapi kalau dah makan nanti punya lah payah nak habiskan. Huhi. Coklat kan cepat muak, jangan order banyak banyak baik kongsi. 
 Dip N Dip, Bangsar
Tripple Chocolate Crepe (RM17.00)
Yang ni kalau order memang boleh makan dua orang. Hari tu pun tak habis sikit even dah makan dua orang. Huhu. Dalam tu ala ala pancake nipis. Sedap !
Dip N Dip, Bangsar
Muka bahagia dapat makan Dip N Dip. Hahahha ! Sanggup haaa dari pagi tak makan semata mata nak lepak dekat Dip N Dip. Korang kalau nak pergi Dip N Dip dekat Bangsar boleh Waze alamat dekat bawah. Lepas ni plan nak terjah Kopi XOXO milik Nora Danish pulak. Aha !

No. 5 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur. 




Soulmate

Assalamualaikum & Hello.
Lain maciam betul perasaan dia bila nak balik Pahang ni. Ehem ! Jiwang jiwang pulak dah kan. Hahaha! Sebenarnya baru ni ada lecturer Nani cakap pasal soulmate. Dalam Sir bercerita pasal soulmate tu tetiba Sir tanya "how do you want to tell your parent when you have found your soulmate?" Haaa kau rasa nak jawab apa. Nani ni pun masa tu dalam hati jangan lah Sir tanya aku. Sekali dalam berdoa supaya Sir tak tanya, nama Nani jugak yang Sir sebut. Phew ! Berpeluh nak jawab. Hahahaha ! 
Soulmate
Nani pun bagi jawapan paling selamat "I don't have any ideas, Sir." Tapi memang Nani tak ada idea pun nak bagi tahu macam mana dekat ibu dengan abah kan. Selalu je fikir pasal benda ni tapi tiap kali fikir tu lah tak pernah jumpa jawapan. Aha ! Mungkin bila tiba masanya tu baru tahu macam mana nak bagi tahu kot. Rasanya kalau tak bagi tahu pun abah dengan ibu boleh tahu kot. Wahaaaa ! *emoji monyet tutup mata*   Doa lah yang baik baik kan supaya yang datang kelak jugak yang terbaik. Gittew ! 

Lepak Dominos's

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu lepas habis buat mini potluck, esoknya sebelum balik kawan kawan Nani ajak lepak dekat Domino's. Memang spesis kalau bab makan laju aje setujunya. Hahaha ! Tak payah fikir sampai tiga empat kali. Tetiba sekarang rasa nak buat delivery Domino's pulak. Ehh !
Terima kasih driver ambil dan hantar daku dengan selamat ke stesen bas. Hahaha. Bagi tumpangkan tempat tidur dengan layanan yang ala ala hotel five star. Hikhik. 
Dominos's
Teringat pulak garlic bread yang rangup tu. Hahaha. Tengah lapar sebenarnya sebab tu tengok makanan semua nampak sedap. 
Dominos's
Kawan yang nak makan piza tapi yang kena habiskan aku jugak. Ciss ! Kenyang gila kot masa tu, naik bas mata pun layu aje. Hahaha !
Apa hal entah gambar ni macam aku yang syok sendiri. Hahahha ! Bahagia sangat agaknya dapat makan Domino's. Oh ya, minta maaf siapa yang singgah komen dekat sini tapi Nani tak sempat nak balas lagi kunjungan sebab busy sangat sangat sekarang. Hujung minggu ni Nani terjah. Tunggu ! 





KFC Wasabi Rice Wrap

Assalamualaikum & Hello.
Ada yang dekat sini dah try KFC Wasabi Rice Wrap? Sedap ke tak eh? Nani hari tu ingat nak rasa tapi sebab tekak ni memang tak boleh terima Wasabi so terus tak jadi nak order. Nanti kalau beli tetiba tak makan, membazir pulak. Pernah lah nak rasa Wasabi ni masa makan dekat Sushi King dulu tapi mampu bau je. Nak masukkan dalam mulut pun macam tak sanggup. Hahaha. Macam terbayang bayang pulak depan mata tu green tea bukan wasabi. Ehek ! Rupa Wasabi dengan Green Tea tu kan macam lebih kurang haaa :P  Dah lah green tea pun ada certain je yang boleh terima dengan tekak. Kalau yang dekat Sushi King memang tak boleh minum langsung. 
KFC Wasabi Rice Wrap
Nampak menarik tapi tu lah sebab tak makan Wasabi macam mana nak beli. Huhu.
KFC
Sudahnya order cheesy wedges dengan air mangga Sjora. Lepak sorang sorang rasa macam forever alone pulak. Ecececeh ! Nikmat rasa dapat makan cheesy wedges dengan cheese yang melimpah ruah. Sedapnya lahai !



Aiskrim Milo Seringgit

Assalamualaikum & Hello.
Baru baru ni, sana sini orang bercakap pasal aiskrim milo yang seringgit je tu. Seringgit kalau beli dekat 7Eleven lah, kalau dekat lain RM1.50 kalau tak silapnya.  Nani ni memang spesis tak boleh tak cuba benda baru. Laju kaki ni melangkah ke kedai semata mata nak cari asikrim milo. Hahaha ! Beli satu dulu konon konon nak rasa. Sekali dah makan, memang nak lagi lepas tu. Milo memang tak pernah mengecewakan. 
Aiskrim Milo Seringgit
Terbayang bayang pulak kesedapan asikrim ni. Korang kalau yang tak try lagi aiskrim milo ni cepat pergi beli. Sedap ! Lepas ni misi mencari aiskrim Magnum yang pink tu pulak. Orang cakap sedap jugak. Aih nikmat betul dapat makan aiskrim musim musim panas macam ni hah. 

Selamat Sampai !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa yang cuti hari ni syoklah sambung golek golek atas katil kan. Huhi. Nani pagi pagi tadi dah gerak balik Selangor semula, tak puas lagi habiskan masa dekat rumah dengan wifi yang super dupper laju. Hahahaha ! Alah lagi dua minggu balik lagi sempena Cuti Raya Cina plus Along kahwin. Tak sabar pulak nak tengok Along kahwin, boleh ambik aura jadi pengantin sekali. Ewah ! 
Malam tadi ibu dengan mak cik mak cik Nani dah start "open table" bincang tema baju nak pakai untuk kenduri bulan empat nanti. Haaa semangat sungguh. Maklumlah dalam sebulan tu tiga orang anak buah kahwin. Dua orang awal bulan empat, lagi sorang hujung bulan empat. Pheww ! Pandai eh korang planning nak kahwin sama sama. Hahaha :p
Warna apa entah yang jadi pilihan masa "mesyuarat" semalam tu Nani pun tak pasti. I follow the flow je selalunya. Kadang kadang yang lari daripada tema pun aku jugak. Hahahah ! Lantak asalkan nampak sopan dan manis sudah. Lawa sangat kang, kalah pengantin. Pffft ! Untuk kenduri Along lagi dua minggu ni warna biru jadi pilihan. Lagi dua majlis tu jeng jeng jeng. Nanti ada lah tu official announce daripada ketua "meeting" malam tadi. Hahahah ! Rasa - rasa macam nak shopping dekat Bangi Sentral nanti. Orang cakap banyak pilihan. Ishh banyak banyak ni kang mula lah rambang mata. Kohkoh :P 

Segmen Blogwalking Bersama Ayu Insyirah

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Bersama Ayu Insyirah
klik SINI untuk join. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page