Assalamualaikum & Hello.
Ahad minggu lepas awal pagi lagi dah ke PWTC gara gara nak memborong novel di Ekspo Buku. Lepas subuh tu memang tak sambung tidur dah, terus bersiap siap nak pergi. Hahaha ! Lain macam betul semangat dia bila nak pergi ekspo buku ni. Nani pergi nak cari buku ESC, tulisan budak tomato tapi tak jumpa pula. Nampaknya kena cari dekat MPH atau Kinokuniya lepas ni.
Dulu memang Nani ni kira kaki novel lah sampai sanggup keluarkan duit setiap bulan nak beli novel & jadikan koleksi. Tapi lama lama makin kurang dan kurang. Sekarang ni pun kalau membaca dalam masa dua bulan tu sebuah novel je. Kadang kadang tak ada langsung. Huhuhu.
Mula mula niat nak pergi hari Jumaat tapi sebab mak cik Nani yang dalam pantang nak novel limited edition Hani Fazuha (novel tu cuma keluar hari Ahad) terpaksa lah pergi hari Ahad. Gitu.
Haaa penuh tangan memborong buku fixie, novel yang orang kirim lagi. Ewah ! Padahal tu ada novel yang kawan Nani punya sekali bukan Nani sorang aje. Amboi kaya betulkan nak beli banyak banyak.
First time jumpa Mira Filzah ni, cantik sangaaaaaat dia. Masa ni ada Wan Sharmila dengan sorang lagi pelakon dalam Tuan Anas Mikael tapi Nani tak ingat nama dia. Hahaha !
Kebetulan masa ke PWTC tu,
Bonde dengan anaknya, Atin ada pergi sekali, dapatlah jumpa, sebelum ni jumpa dekat alam maya je. Ewah ! Ekspo buku kali ni tak besar mana pada Nani, nak berjalan pun tak ada lah kena bersesak sesak. Siap boleh pusing banyak kali dekat rak buku tu haaa. Hahaha !