Pizza Hut Seringgit

semalam aku keluar pergi kfc untuk bincang pasal gathering weekend ni. dah alang alang keluarkan terus lah masuk pizza hut lepas tu sebab nak tebus pizza rm1. murah sangat kan harganya rugi kalau tak tebus.aku dapat tahu ni lepas baca dekat blog Fadzi Razak  bila dah tahu apa lagi laju laju buat apa yang Pizza Hut suruh. Ewahhh ^^
kredit to Fadzi Razak

Cara nak tebus pizza rm 1 ni senang je sebenarnya. apa yang penting kena ada lah resit pizza hut yang terkini & tak lebih dari lima hari lagi dari tarikh yang makan pizza dulu. kalau guna yang bulan lepas punya memang tak dapatlah. 
1. Pergi ke laman web Pizza Hut Survey 
2. Jawab soalan survey
3. Dapatkan validation code selepas siapkan survey
4. Tuliskan code tersebut dalam resit korang 

lepas tu tulis lah kod yang dia bagi tu dekat bahagian survey kod dalam resit tu. sebab tu aku cakap kena ada resit pizza hut yang korang makan dulu. aku hari tu resit dah masuk dalam bakul sampah sebenarnya tapi lepas baca yang Fadzi Razak tulis terus geledah balik bakul sampah cari. Hahaha.

sebelum nak tebus pizza seringgit tu kena beli dulu apa apa makanan dekat pizza tu. aku pun ingat memula boleh terus tebus gitu je. Heh. ikutlah nak ambik apa pun yang murah ke yang mahal. memula aku decide nak ambik garlic bread sebab tu yang paling murah tapi nanti mestilah nak order mushroom soup tu sekali kan. sudahnyaa order pizza yang lima ringgit tu. so dapatlah dua pizza & total semua sekali RM 6.17. so kalau ada lagi resit yang masih valid untuk survey code tu boleh lah laju laju pergi Pizza Hut yang berdekatan untuk tebus.






Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman


Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

Mini giveaway by Shahira


kalau korang jenis yang minat memasak sangatlah dialu alukan untuk join segmen ni sebab hadiahnya rempah Chef Ammar. syarat pun senang sangat tau. klik SINI untuk join. 
Harap haraplah Nani dapat sebotol. Ewah ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page