Mini giveaway by Shahira


kalau korang jenis yang minat memasak sangatlah dialu alukan untuk join segmen ni sebab hadiahnya rempah Chef Ammar. syarat pun senang sangat tau. klik SINI untuk join. 
Harap haraplah Nani dapat sebotol. Ewah ! 

Pizza Pizza Pizza

baru ni cikna ada bagi aku kupon pizza dalam 30 percent less. kupon tu pulak boleh guna waktu malam je siang tak boleh guna. memang sengaja nak suruh orang buat dinner date makan pizza. Hahaha. so malam rabu tu gigih lah aku keluar semata mata nak makan pizza. tekak aku kalau dah teringin tak boleh tidak kena jugak cari. Hahaha. memang berat spesis macam aku ni. Eheh. 
aku nak makan pastry crown ni memula tapi bila nak order dia cakap SOS HABIS ! Pheww apesal pulak dah habis. ramai sangat ke orang makan pizza tu. T.T nasib baik aku mampu kawal lagi emosi kalau tak memang dah buat rusuhan dengan pizza hut. Hahahha :P
 
aku nak order yang ni pulak ayam habis. Oii memang salah timing betul pergi pizza malam tu. nasib baiklah cikna bagi dua kupon boleh lah repeat lagi makan pizza. tu pun kalau ada orang nak bawak. maklumlah tuan tanah ni tak dek lesen kereta. nak pergi mana mana kenalah ada orang hantar.Ehem!
sebab pastry crown sos habis, new year box tu pun habis aku PASRAH order pesto chicken ni. perut pun masa tu dah berdondang sayang so tak boleh nak demand sangat nak makan apa. order je apa yang hado dalam menu tu sambil menangis dalam hati. T.T cuma pesto chicken ni bau lada benggala dia memang semerbak. kalau spesis tak minat lada benggala tu better tak payah order yang ni.ehh   lada benggala or lada banggala? Hahahha. aku pun kekadang main sebut ikut suka hati aku.


p/s : kita nak bagitahu ni yang url blog AyueIdris dah tukar dari mii-and-himm.blogspot.com kepada ayueidris.blogspot.com. sebab apa bertukar? boleh baca kisah yang menyedihkan ayu tu di SINI 


Alahai Abang Poslaju

hari tu aku dah pernah cakap pasal abang pos laju ni. kali ni versi lain sikit. Ehek ! minggu ni tiga hari hari hari berturut turut abang pos laju tu datang hantar barang aku. kalau termasuk yang dulu dulu cukup lima kali abang tu pernah hantar barang ke rumah aku. dushhhh. aku rasa dia pun dah jemu hari hari singgah rumah aku hantar barang. Ekekeke :P 
isnin hari tu dia hantar produk ni. hari selasa pulak dia hantar barang mak cik aku kirim dari bangsar. aku memang dah agak dah hari semalam dia akan hantar lagi buku yang aku order. tak sangka pulak betul tekaan aku. kuat jugak instict kali ni rupanyaa. Wahaaa :P

semalam dia hantar buku ni. memula aku keluar biasa je buat buat cool gitu padahal dah segan tahap nak mampus sebab hari hari dia hantar barang ke rumah. nampak sangat sokmo beli online kann. tetiba masa aku nak sign borang pos laju tu dia tanya " nama awak ehh inani hazwani." Gulp. "taklah bang tu nenek saya." Phewwww ! terus aku bukak langkah sebesar besarnya masuk rumah. Hahaha. dah kenapa nak tahu nama aku. mahaplah bang saya tak layan stranger. peaceee ^^ aku rasa tak nak beli online untuk sebulan dua ni. Eheh. mampu ke ngko nak buat gituu Nani ? Lalalala :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page