Hati Baru Buat Adik Zarif

semalam baru dapat tahu tentang keadaan adik Muhammad Zharif Al - Hafiz berusia sembilan bulan yang menghidap penyakit bengkak hati. Allahu akbar.sungguh sayu melihat keadaan dirinya.adik zharif ni merupakan anak senior nani masa sekolah dulu. masa mula mula lahir adik ini diuji dengan menghidap penyakit saluran hempedu tersumbat. nani pernah cerita dekat SINI dulu. dan kali ini diuji lagi dengan penyakit bengkak hati. Allahu. moga awak tabah dik lalui semua ni T_T zohor semalam nani difahamkan adik zharif mengalami sesak nafas dan telah pun dipakaikan dengan saluran oksigen. 

sekarang ni hanya 20 % aje hati adik zharif berfungsi. buat sesiapa yang ingin menderma boleh lah berbuat demikian melalui bank yang tertera di atas. abang fazrul dan isteri memerlukan sebanyak RM 150 K - 200 K untuk pembedahan adik zharif yang merupakan anak sulung mereka & pembedahan akan dilakukan di China. sekarang ini adik zharif berada di PPUM tapi doktor tak benarkan ramai orang masuk ke wad sebab takut berlaku sebarang infection. untuk maklumat terkini adik zharif boleh ikuti di facebook Hati Baru Buat Adik Zharif  sama sama kita doakan kesembuhan adik ini. 

Aku Setia Menunggumu

ni minggu lepas punya kisah sebenarnya tapi baru nak up hari ni. Eheh :P minggu lepas hari hari aku menjadi penunggu setia si dia dekat rumah. janji nak hantar rombongan merisik  barang tapi tak sampai sampai jugak. aku lupa sebenarnya isnin dengan selasa tu cuti memang lah tak dek abang pos laju datang rumah hantar barang. Hahaha :P aku tunggu abang pos laju bukan encik abang. Dushhhh.
selagi barang tak sampai aku pegi cek tracking number. Eheh. kemain tak menyempat ^^
pukul 5.30 petang khamis tu baru lahh ada abang posmen yang datang hantar buku ni untuk aku. akhirnyaaaa berakhir jugak penantian.bila aku keluar nak ambik barang rupanya yang hantar tu abang posmen yang sesat nak cari rumah aku dulu. suratan atau kebetulan kah ni atau pun jodoh. Hahahah :P





Dulu Dulu

kemain senang hati bergambor kann. hahaha. jangan tanya umur aku berapa masa ni. memang tak tahu lah :P lupa pulak nak tanya ibu. Eheh ^^

satu je benda yang tak berubah bila aku bergambar.senyum  nampak  tayang gigi plus mata bulat. hahaha. dulu kini dan selamanyaa macam tu lah agaknyaa. ai is nakal dulu dulu. nampak je muka baik tulus mulus macam tu tapi sebenarnya dulu NANI MONSTER. suka gigit orang. Aummmmm :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page