Eh dapat percumaaa???


semalam aku masuk seven eleven cadangnya nak beli nutella je sebab nak buat tart nutella kann. alih alih terpadangkan cokelat cardbury.. aku pun sebab dah lama tak makan coklat ambiklah satu. masuk seven eleven beli dua benda tu je. harharhar. dah lah nak cari parking susah area tu. tskkkk..


#CardburyCeria

masa aku nak bayar dekat kaunter tetiba pekerja seven eleven tu cakap "cik, cardbury ni beli satu percuma satu. cik ambiklah satu lagi?" aku pandang laki ni. entah ye ke tidak.dia perasan kot aku was was gitu. pastu dia cakap lagi "betul cik saya tak tipu." pehhhh. buat drama betul dengan pekerja tu semalam . hahaha. 

aku masuk beli nutella dengan carbury buy one free one ni je pun totalnya RM 16.50. rasa berat tangan aku nak keluarkan duit semalam. hahaha. apesall mahal sangat. nak nanges tau bayar. hahaha. akan datang lagi mahal gamaknya barang T.T aku tak sure lah dekat tempat lain ada ke tak cardbury percuma ni. cuba lah korang usha usha yee :)






Resipi : Sambal Hitam Pahang


Resepi Sambal Hitam Pahang 


hari ni aku nak kongsi sikit resipi sambal hitam. wiwiwi.. aku selalu tengok ibu buat dekat rumah. jeling jeling sikit lah macam mana nak buatkan. ni asyik makan je.. hahahah :P baiklah, bahan bahan yang kita perlukan tak banyak pun sebenarnya. tengok bawah yee :)

Bahan Bahan


> lada semestinyaaa
> ikan bilis yang ditumbuk( jangan blender pulak ye nanti lumat sangat jadinya)
> belimbing buluh yang dah direbus
> garam ( wajib )


err.kalau tak tahu rupa belimbing bulu tu macam mana boleh tanya abam google okayy. aku tak sempat nak tolong carikan.. heeee. :D

Cara Caranya : 


> panaskan minyak macam biasa lpas tu masukkanlah lada yang sudah siap diblender bersama bawang
> lepas tu barulah letak ikan bilis + belimbing buluh + garam secukup rasa.
lepas tuu nak buat apa Nani? sabar yee kakak abang semuaa. hahaha. lepas tu tunggulah sambal hitam tu masak. kalau ibu aku selalu buat sambal tu tak kering sangat dan tak basah sangat. sedang sedang elok.
senang kan nak buat ^__^

Sambal Hitam Pahang

macam inilah rupanyaa. pernah makan? 

kalau makan sambal hitam ni dengan nasi panas panas + ikan pekasam goreng ke ayam goreng ke atau apa apa je lah memang sedappp :) cubalah buat sendiri mana tahu menjadi. semudah ABC nak buat sambal hitam pahang ni ^___^













GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM


hari last giveaway barulah terkedek kedek nak masuk. hahaha. jom sama sama join :)






Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..





Laksa Penang Terbaikkk

mintak maaf  kepada sesiapa yang sedang mengidam, terliur, atau teringin nak makan laksa tahap dewa sebab aku tayang gambar dekat bawah ni. ampunkan tuan hamba dehhh :)


aku dah lama nak makan laksa penang ni sebenanrnya. tapi sebab ibu sibuk sikit lately so tak sempat nak buat untuk penuhi permintaan tekak aku ni hah. hahha :) so hari semalam ibu masaklah. weeee. suka betul dapat makan laksa. sejak aku ada balik ni macam macam pulak ibu masak. terima kasih ibu :D

ibu tak minat sangat beli dekat kedai sebab jarang jarang jumpa yang betul betul ikut citarasa kita kan. pernah tu aku beli kuah cair lah, itu lah inilah. ada je yang tak kena dengan tekak ni. yang selalu kena dengan tekak mestilah air tangan ibu kannn :) makan lah masakan chef mana pun air tangan ibu tetap yang paling sedap ^__^ betul kann ? 





Suasana Di Kampung


hari jumaat hari tu sempatlah aku balik ke kampung sekejap . tiga hari aku duduk sana sebab dah lama sangat tak balik kan. aku rasa tahun ni aku jarang jarang jumpa wan aku sebab sibuk dengan kelas lah itulah inilah. ada je hal nak buat.. tapi tulah sesibuk mana pun kita kena jenguk jugak orang tua tua ni. harta, ilmu boleh dicari tapi kegembiraan dalam keluarga bukan boleh ditukar ganti :)

kamera kabur. hahah. nak iphone 6 tak dek orang nak belanjeee. wuuuuu :p sedih betul rasa hati ni. kempunan nak Iphone 6. hahah :P

wan masak sedap sedap bila tahu anak menantu cucu cicit dia nak balik. wan cakap paling istimewa sambal belancan berapi. hahaha. istimewa sebab wan guna lesung batu. kalau aku tak dek nya nak guna lesunng, blender kan ado?? heheh :P seronok makan nasi ramai ramai ^__^


aku dah lama tak tengok beruk panjat pokok kelapa sebenarnya. hahah.oi dekat rumah aku memang tak jumpa lah beruk, pokok kelapa ni semua. nak santan beli yang dah siap dekat pasar. itulah bezanya kampung dengan bandar kann. aku lebih suka duduk dekat kampung sebab tenang dan damai je rasa. kampung sekarang pun bukan macam kampung dulu2. kenapa? dulu kampung mana ada wifi kan. sekarang kampung aku dah ada wifi. hahha. kelass gituuu. semangat tau anak menantu cucu wan aku nak balik kampung sekarang. ahhaha. :p

walaupun dah ada wifi, bila masa dengan family semua gadjet yang canggih manggih tu tolak ke tepi belaka. bukan senang nak kumpul ramai ramai kann. :) korang suka balik kampung ??





Mood Nak Memasak !


dua tiga hari lepas aku tengok instagram kawan aku dia post gambar tart nutella. pehhh. mengancam gila aku rasa maka dengan itu tekak aku pun menggedik gedik jugak nak makan tart nutella. Erghhh.


sumber : abam google

aku pun secara tak sengaja google lah resipi. senang je rupanya nak buat tart nutella ni. pejam mata pun boleh buat gamaknnya. * ok ni ayat orang bajet pro. kejap lagi boleh lah pergi pasaraya cari bahan nak buat tart nutella. tunggu dan lihat apa hasilnya. weeeeee.

mood nak buat tart nutella sangat membuak buak. harap harap menjadi. ^___^
mana atau boleh buat bisnes dengan makanan ni. hahahah. angan angan kemain lagi. setinggi awan di langit. pehh :p








Segmen : Zaman Persekolahan


klik SINI untuk join ^__^

jom kita mengimbau ke zaman dulu dulu kala. ehehehe :p aku pilih no 16.. aku ni jenis yang habit tiap kali cikgu cakap kena ada pen dan kertas depan mata. sekurang kurangnya kalau cikgu tu cakap point yang penting kita boleh tulis kan. satu lagi aku sokmo ingat pesan cikgu aku masa sekolah dulu. cikgu tu pernah cakap " kalau kamu tak nak mengantuk pastikan ada pen atau pensel dekat tangan kamu." bila fikir fikir balik betul jugak. kalau melangut, dengar je cikgu tu bercakap lama lama boleh jadi yang macam gambar ketiga tu kann. hahah :P fokus itu perlu oihh :) kalau tak macam mana nak berjaya melainkan kau boleh belajar sendiri. dan aku bukanlah yang jenis boleh belajar sendiri. memang kena ada cikgu or kawan yang membantu.kalau tak benda lain yang aku buat. 

bila nak ingat satu satu kenangan dekat sekolah ni memang banyak lah kan. tak terkira. pada aku zaman sekolah adalah zaman yang paling best dan ohsemmm. kalau korang pulak akan pilh no berapa??

jom sama sama join segmen ni :) 









Untungnya Kalau Dapat

pernah tengok rak buku yang unik macam ni???? hehehe. cik manis jumpa dekat facebook tadi.. untung betul kalau ada rak buku macam ni dekat rumah aku. sebijik pun jadilah kannn :)


sambil baring baring boleh baca buku.. wuuuuu. seronok kot :P



rak yang ni macam ni pun boleh tahan jugak lawaaa :D

sekarang ni mood membeli buku dengan novel bukan main lagi tinggi. tapi nak membacanya etah bila. adoii lahh. tak lama lagi ada pesta buku dekat PWTC. macam nak pergi je.. lalalalalala :D





Wordless



jom buat dhuha ^__^ in sha allah pintu rezeki terbuka luas untuk kita :)




Review : Arabian Bay Suites Gambang Resort


baru hari ni aku nak update tentang family day yang aku pergi hari tu :) actually ni kali ketiga aku sampai sana. tapi sebelum sebelum ni tak bermalam pun dekat situ. memang lawa lah resort dekat sini. kalau nak bercuti ke nak release tension ke boleh laa datang sini. 

#ENTRI ini penuh dengan gambar :) harap mak long. 


dekat sini ada dua resort. yang aku duduk Arabian Bay Suite. satu lagi kalau tak silap aku Carribean Bay Suite. yang Arabian ni baru sikit daripada yang Carribean tu :)


dah siap landing landing baru teringat nak ambik gambar. Ahaaa :P
bilik aku menghadap ke jalan utama so tak berapa best sangat. kalau dapat bilik yang mengadap ke kolam renang tu baru awesomeee :D


dekat situ ada jugak aktiviti luar. sesiapa yang berminat nak naik kuda, main flying fox boleh la datang sini. naik kuda RM 10 seorang ( dua kali pusing ). syratnya berat paling MAKSIMUM 85 kilogram. cuma yang aku tak berapa suka tempat nak beli tiket untuk naik kuda ni jauh sikit dari tempat nak naik kuda. kena jalan kaki pulak tu. maka aku pun tak naiklah kuda ni T__T




suasana dalam Grand Ballroom Arabian Resort. aku suka dekorasi dia . Cantik. Ada sorang staff ni cakap dekat aku "nanti kahwin buatlah dekat sini, barulah grand sikit." Eh memang nak pun aku buat dekat situ, siapa yang nak datang. jauh oiiii . 


makanan dekat situ ada yang boleh diterima oleh tekak tapi aku ada jugak yang aku tak boleh terima. ehhhh jujur gila aku ni. HAHAH.. haruslahh. jujur itu perlu. 


aku paling suka dessert dia yang ni. sebab dia masam masam manis gituu.  :D



ni tiket nak masuk Waterpark dekat situ. sebab tidur dekat resort diorang so dapatlah top up RM 12  untuk beli apa apa dekat dalam tu. Nasi Kukus RM 10 sebungkus. Air tin satu RM 3.40  burger dalam RM 4.80 sebijik . Peh. So, kalau datang sini bawak pulak family topup lah dalam RM 50 ke atas. 


ni antara tempat mandi dekat itu. sebiji pelampung untuk disewa RM 20. sebab tu aku cakap tadi kena top up RM 50 ke atas. 



dekat dalam ni jugak ada disediakan tempat untuk main bola tampar. dapatlah feeling feeling tepi pantai gitu. gazebo yang dekat tepi tu kalau nak duduk kena tambah RM 50 untuk sebijik gazebo. :D


Erkkk. tuan tanah memikirkan masa depan. hahahah :P


inilah pintu gerbang utama resort ni. ambik gambar dari bilik aku :D

cuma aku nasihatkan kalau nak pergi sini musim musim cuti sekolah, bila turun nak sarapan jangan pergi waktu puncak. maksud aku turun awal ke kafe diorang. kalau tak nanti kena beratur panjang dekat luar macam aku kena. hahaha :P sebab bila ruang kafe dah penuh dia akan tunggu ada meja kosong dulu baru dia bagi masuk. memang stress jugak  lah menunggu. 






Terima Kasih Nuffnang



alhamdulillah. rezeki awal disember ^__^ terima kasih encik Nuffnang 
jom klik klik :)





Disember 2014 ^__^


baru sedar dah tiga hari blog aku tanpa entri baru. hahah. last entri pasal ROTI yang tak berapa nak gebu tu. hahaha :P aku pergi bercuti hari tu & sebelum pergi tu lupa nak buat entri auto publish.. maka hadaplah korang entri roti crusty aku tuu berhari hari. hahah :P 


pejam celik pejam celik dah masuk disember pun kita ni. alhamdulillah , masih lagi diberi pinjaman naywa oleh Allah ^__^  Dear Disember, please be nice to me. :) moga moga segala urusan pada bulan ni dipermudahkan oleh Allah :)



nahhhh. belanja sekeping gambar Big Apple versi awal Disember.. hahahah :P









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page