Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Assalamualaikum & Hello.
Sejujurnya ni kali pertama Nani singgah blog LZ ni dan baru Nani tahu rupanya blog ni ada banyak entry DIY & Craft. Untuk orang yang KERASTANGAN macam Nani ni boleh lah refer blog LZ lepas ni tambah pulak bila ada presentation yang melibatkan seni macm dulu tu kan. Hahah! Bila tak berapa nak berseni nak kena fikir idea untuk DIY, phew boleh tahan jugak susah dia tu 😃 Paling Nani suka dekat blog LZ ada jugak resepi yang Nani tak pernah masak pun sebelum ni. Ha lepas ni boleh lah terjah blog LZ selalu bila dah tak ada idea nak masak apa. 
Sekarang ni LZ ada buat giveaway tau korang, so lelaju terjah blog beliau. Boleh klik link dekat bawah tu, mana lah tahu ada rezeki boleh dapat planner sebuah. Heheh. Untuk giveaway ni, Nani tag insan insan bertuah dekat bawah ni hah 😊
klik SINI untuk join 

Warna Warni 2016

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki lagi sehari sebelum kita akan melangkah ke tahun baru. Sekejap sangat rasa masa berlalu, sedar sedar dah nak masuk tahun 2017. Teruja tak korang? Heheh. Kalau ikutkan kalendar Islam, memang kita ni dah dalam tahun baru pun kan. Hm tahun depan umur pun dah makin meningkat dan harapnya perangai pun makin matang lah Nani ni hah. Eheh 😆 Nani tengok memasing dah buat macam macam wishlist nak masuk tahun 2017 ni kan. Ada yang nak menabung, ada yang nak mendirikan rumah tangga (opss I is tak termasuk dalam kategori ni 😂) dan macam macam macam lagi lah. Nani doakan apa yang korang impikan tu akan menjadi kenyataan nanti.

Kalau nak throwback dari awal tahun sampai ke hujung tahun semua yang berlaku sepanjang tahun 2016 ni memang tak cukup satu entry. Hahaha! Terlalu banyak benda yang jadi dalam tahun ni. Ada masa nya jatuh, rebah, tersungkur, eh semua lah ada tapi tetap jugak bangun melangkah sebab nak capai satu impian Nani. Alhamdulillah tahun ni banyak benda benda yang buat Nani tersenyum dan harapnya tahun mendatang pun akan sama macam tahun ni. Tapi bukanlah sepanjang masa gembira kan, ada juga masa masa yang kita diuji dan kadang kadang ujian ujian yang datang ini lah yang akan menguatkan dan mematangkan kita. 
Warna Warni 2016
Tahun ni jugak dikelilingi dengan orang orang yang sangat positif dan sentiasa bagi moral support bila mana jauh dari keluarga. Alhamdulillah, rasanya dalam banyak banyak perkara, ini antara anugerah yang paling tak ternilai. Syukur kerana Dia pinjamkan insan insan ini untuk Nani dan rasanya jalinan persahabatan itu akan sentiasa terikat kemas. Nani pernah baca tau ada satu quote ni dia cakap setiap yang datang dalam hidup kita ni mesti akan meninggalkan satu benda dalam diri kita sama ada baik atau sebaliknya. Dan sekarang Nani rasa Nani setuju sangat dengan kata kata tu. 
Apa pun yang berlaku tahun ni, mana yang baik tu kita teruskan lagi dan yang tak berapa nak baik tu kita perbaiki untuk jadi lebih cantik. Mana yang tak elok kita tinggalkan jauh jauh. Buka lembaran baru dengan azam dan semangat yang baru jugak. Pasang niat dan letak dalam kepala kemas kemas insha Allah satu hari nanti akan tercapai jugak dengan izin Dia. 
Dulu dulu Nani selalu lah macam tetapkan dalam kepala aku nak tu, aku nak ni tapi bila tak dapat Nani jadi down gila. Masa tu biasalah banyak ikut kata hati sampai kan lupa yang perancangan kita ni mana mampu setanding dengan perancangan Dia. Walau macam mana pun hebat kita merancang, kena ingat satu perkara aje Dia punya perancangan lebih baik daripada kita. Dalam ayat Al - Quran pun ada cakap, Dia lebih mengetahui tentang apa yang kamu tidak ketahui. Redha dan sentiasa sangka baik dengan setiap yang kita dapat dan inshaAllah satu hari nanti kita akan dapat jugak apa yang kita nak tu. Nani dah pernah lalui banyaaak sangat benda - benda macam ni. Dulu macam selalu rasa kenapa Tuhan tak makbulkan apa yang aku nak, kenapa itu, kenapa ini, lama lama baru lah Nani faham. 
Andainya ada hajat yang korang inginkan tak tercapai lagi tahun ni, barangkali korang akan dapat di tahun mendatang. Siapa tahu kan. Doa lah yang baik baik moga kita dikurniakan yang terbaik di sepanjang perjalanan ini. Selamat melangkah ke tahun baru korang. Jumpa tahun depan okeh. Heheh 😊

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.
Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Gulai Lemak Daging

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang, dah lunch ke belum tu? Alhamdulillah Nani baru aje siap makan tengah hari. Sementara Cikgu Roslina masih lagi bercuti daripada mengajar dan mendidik anak bangsa, meriah lagi lah makan tengah hari ni kan. Next weeek dah start bukak sekolah, ibu dah mula sibuk mengajar memang jarang jarang lah dapat makan tengah hari macam ni. Nani pun dah nak balik ke Kl lagi dua minggu, entah bila pulak akan balik. Hehe. Ada masa dekat rumah ni, boleh lah menikmati masakan dari air tangan ibu. Dah balik sana nanti hah makanlah nasi beli hari hari. Eheh 😆
Gulai Lemak Daging
Gulai lemak daging campur ubi kentang. Biasa kalau ibu ada dekat rumah, emmang ibu lah yang masak. Nani tolong kupas ubi kentang, kacau kacau gulai sikit, itu aje. Heheh. Lagi pun tak berapa nak mahir sangat bila bab bab masak gulai ni, nanti kang tak sedap habis satu rumah kecam pulak kan. Hahaha! 
Ada pulak sambal tempoyak fuh peluh peluh makan. Memang selalunya kalau masak lemak ibu selalu ngam kan dengan sambal tempoyak takpun sambal belacan.
Taugeh goreng kicap campur tauhu
Taugeh goreng kicap campur tauhu
Kailan goreng belacan
Kailan goreng belacan
Memang banyak sikit masak sayur hari ni sebab A nak makan taugeh goreng, B nak makan kailan goreng. Hahaha! Jadinya masak dua dua baru lah senyum masing masing. Alhamdulillah kenyang makan tengah hari macam ni. Ini dah minggu last dapat makan tengah hari cukup satu family, lepas ni masing - masing akan bertebaran dengan tugasan yang hakiki. Korang lunch apa harini? Meh kongsikan sikit 😊


Resepi Gulai Belimbing

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Nani tak sure lah korang tahu atau pun tak gulai belimbing ni. Hehe. Dalam family Nani selalu jugaklah masak gulai belimbing ikan sungai ke, ayam ke. Sedap sangat sebab gulai ni macam asam rebus, masam masam pedas. Ha kalau korang pernah makan gulai asam rebus mungki boleh bayangkan rasa dia macam mana. Tapi pada ni gulai belimbing ni lagi sedap sebab pekat. Kalau asam rebus tu ala ala singgang ikan kan. Heheh. Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang resepi yang paling mudah ni hah. Kawan Nani ada jugak dulu suruh masukkan resepi ni dalam blog tapi selalu terlupa. Hari ni baru sempat nak tulis resepi semudah ABC ni hah. 😆
Resepi Gulai Belimbing

Bahan - Bahan :

- Ayam/ Ikan sungai
- Cili padi
- Kunyit hidup
- Belimbing buluh yang sudah direbus
- Daun kesom
- Garam
 
Tak banyak pun bahan yang diperlukan. Bahan yang paling penting sekali haruslah belimbing buluh rebus kan. Dekat rumah Nani ni memang sentiasa ada stok belimbing buluh rebus sebab Nani jual. Heheh. Selalu orang guna belimbing ni untuk buat sambal hitam Pahang tapi sebenarnya boleh jugak untu buat gulai. Dah cukup semua bahan bahan dekat atas ni korang bolehlah ikut step dekat bawah.

Cara - Cara : 

1) Mula mula sekali tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Kalau malas nak guna lesung batu, boleh blender aje dua bahan ni. Heheh. 
2) Siap kisar dua bahan tu, masukkan dalam periuk lepas tu tambah belimbing buluh yang sudah direbus. Masukkan air dan kacau bagi sebati.
3) Kemudian masukkan ayam atau pun ikan sungai dan masaklah dengan api yang sederhana.
4) Last sekali baru lah letak garam dan daun kesom.

Siap! Senang sangatkan nak masak gulai ni. Kalau balik kerja petang pun sempat lagi nak masak. Siapkan semua bahan dan campak semua sekali dalam periuk lepas tu tunggu aje gulai tu masak. Selamat mencuba 😊

Wordless Wednesday : Bersyukur

Assalamaualaikum & Hello.

Alahai Gdex

Assalamualaikum & Hello.
Nani tak tahu lah kenapa lately ni servis Gdex dekat sini macam tak berapa ok sangat. Dulu dulu tak ada masalah apa pun, sekarang ni macam macam pulak terkena. Baru ni adik beradik Nani ada lah order barang dekat Lazada since Lazada ada buat sales hari tu. Sebab Nani ada akaun Lazada so order barang guna nama Nani. Bila beli barang dekat Lazada memang Gdex yang akan hantar ke rumah. Dah dua kali Nani tak berapa nak puas hati dengan servis Gdex ni dan rasanya pihak diorang kena baiki untuk bagi servis yang lebih baik. Nani tengok ramai jugak yang mengadu dengan servis Gdex ni. 
Ini kes yang memula hari tu. Barang dah sampai tapi dia minta Nani pick up sendiri. Bukannya sebab Nani tak ada dekat rumah ke atau pun diorang tak jumpa rumah tapi sebab ada banyak lagi barang lain yang dia nak hantar. Whaaat?! Dah tu buat apa jadi servis courier kalau tak boleh nak deliver barang sampai ke rumah kan. Nani pun malas nak panjangkan cerita, minta ibu ambilkan sebab kebetulan ibu ada dekat bandar. Baru ni Nani baca ada jugak sorang blogger kena pergi pick up berkotak kotak barang dia dekat Gdex. Haih, tak tahu lah nak cakap apa. 
Kali kedua pulak petang tadi diorang hantar barang ke rumah. Nani pun keluar nak ambil lepas tu terus dia hulur kertas yang ada alamat dekat Nani tanya sambil marah marah "betul ke ni alamat rumah, cuba tengok betul betul." Tekedu sekejap sebab kena serang macam tu. Nani pun cakaplah betul lah ni alamat rumah sebab dah lama duduk sini memang guna alamat tu pun. Lepas tu dia bebel cakap "lain kali tulis jalan utama bukan lorong bla bla bla." Panas je hati masa tu tapi sabar sebab malas nak gaduh gaduh. Sebelum sebelum ni tak pernah pun ada masalah alamat kenapa tetiba dia nak marah marah sebab tak jumpa rumah Nani.  Nani memang guna alamat tu kot. 
Haih entahlah nak cakap apa. Geram betul tadi sebab tiba tiba kena marah padahal bukan salah kita pun. Dah tulis betul betul kan. Harap lepas ni pihak Gdex akan baiki servis diorang jadi lebih baik. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page