Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Finally it's Friyay! Apa plan korang untuk weekend ni? Nani setakat ni belum ada apa apa plan lagi, cuma esok aje lah nak pergi wedding kawan masa zaman sekolah dulu. Iye telah masuknya waktu kawan kawan menamatkan zaman bujang dan kau masih relax jadi manusia single dan available. Hahah! Belum sampai seru lagi nak berumah tangga, mungkin lagi dua tiga tahun akan datang. Eh? Kuasa Tuhan kan, doa yang baik baik inshaAllah ada lah tu nanti. Heheh. So, entry hari ni pasal makanan lagi. Sekarang ni banyak betul keluar berjalan & ofcourse lah 'agenda' utamanya makan. Jalan jalan cari makan konsep dia. Hahah! Kali ni kita lepak dekat Restoran PappaRich pulak. Nama restoran pun ada perkataan rich, haruslah harga pun boleh tahan jugak kan. Hahah! Nani tak ada lah selalu sangat pun makan dekat sini, cuma bila teringin nak makan mee kari ke laksa ke memang sini lah salah satu tempat yang selalu dituju.
Kali ni Nani makan dekat Restoran PappaRich di Melawati Mall. Actually PappaRich ni ada banyak jugak outlet dia orang. Kalau korang nak pergi nanti boleh lah check it out mana outlet yang terdekat dengan korang okay! Nani suka lepak dekat sini sebab ada banyaaak pilihan menu. Mostly menu dia orang ikut citarasa orang Malaysia lah, daripada breakfast sampai lah ke dinner semua ada dekat sini. Heheh.
Menu yang paling Nani suka dekat Restoran PappaRich, dia orang punya mee kari. Portion banyak okay, memang boleh kenyang lah makan semangkuk mee kari ni hah. Harga semangkuk mee kari dekat sini dalam RM 16++ macam tu kalau tak silap. Nani dah lupa sebenarnya, resit pun dah hilang ke mana entah. Hahah! Tapi serious memang berbaloi makan mee kari dekat sini. Selalunya ada dua tempat aje yang Nani selalu pergi kalau tiba tiba teringin nak makan mee kari, sama ada dekat Restoran PappaRich tak pun dekat Old Town White Coffee. Heheh. Dua restoran ni antara yang sedap jugaklah pada Nani. Kalau korang tahu ada restoran yang jual mee kari boleh lah share dekat bawah ni okay! Next time boleh lah Nani try pulak. Thank you in advance!