Hcube Education Menyediakan Khidmat Home Tuition Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sekejap aje masa berlalu, dah masuk bulan Oktober pun hari ni. Bila dah semakin ke penghujung tahun ni maksudnya tak lama lagi akan berakhir lah sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Tapi sebelum nak berseronok dengan cuti sekolah tu, mesti lah anak akan akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dulu. Selalunya bila anak anak nak exam, mak ayah pun risau jugak. Nani ingat lagi dulu, bila masuk aje musim exam tu hah memang dengar lah abah dengan ibu 'bising' suruh baca buku lagi lagi kalau subjek tu kita tak berapa pandai sangat. Nani tak nafikan zaman sekarang lagi mencabar bagi parents untuk didik anak anak sebab anak anak banyak terdedah dengan gadget so ada masanya perhatian dia orang lebih kepada gadget semua tu daripada nak belajar. Ada jugak sesetengah anak anak yang jenis yang tak berapa boleh catch up bila belajar dengan keadaan kelas yang ramai. Betul tak? Pada Nani sendiri, salah satu cara yang paling terbaik untuk kita tolong anak anak lagi fokus adalah dengan cara home tuition. Korang pernah dengar tak tentang Hcube Education?
Hcube Education
Hcube Education ni merupakan agensi yang menyediakan tutor dan guru yang berkualiti untuk para ibu bapa yang memerlukan pengajar atau cikgu datang ke rumah. Pada Nani, serius lagi berbaloi bila ambil home tuition macam ni sebab nya lagi mudah, selesa dan yang penting selamat. Tak payah dah susah susah mak ayah nak pergi hantar atau ambil anak anak dekat pusat tuisyen. Paling best sekali, Hcube Education ni bukan aje ada guru dan tutor untuk subjek akademik aje tau, tapi untuk mengajar Al Quran pun ada jugak. 
Hcube Education
 Dulu dulu masa zaman Nani sekolah, jarang boleh jumpa agensi yang menyediakan khidmat guru atau tutor macam ni tapi sekarang senang sangat dah sebab adanya Hcube Education. Dalam masa yang sama, kita boleh tengok sendiri anak anak kita belajar depan mata sendiri. Bukan tak percaya dengan anak anak ni, cuma faham faham lah kan kadang tu bila dah jumpa dengan kawan, ada aje benda yang nak main, nak berborak, sudahnya tak belajar pun. So bila depan mata sendiri ni, senang kita nak monitor dia orang. Nani pun dulu kalau ada aje abah dekat rumah, memang automatik buka buku nak belajar sebab takut abah marah. Hahaha! 
Hcube Education
 Pada pandangan Nani yang bagusnya bila home tuition ni, anak anak lagi mudah nak tanya apa apa soalan yang dia orang tak faham. Biasalah, kadang kadang bila ramai sangat dalam satu kelas tu, dia orang jadi malu nak bertanya. Home tuition ni sangat sangat membantu sebab cikgu akan fokus dekat seorang aje setiap masa. Jadinya lagi senang untuk anak anak faham dan cikgu pun akan ajar ikut kemampuan anak anak kita. Macam yang kita tahu, kalau dalam kelas selalunya akan ada lebih kurang 25 - 30 orang pelajar, kadang kadang cikgu tak sempat nak tanya setiapa sorang sama ada dia orang faham ke tidak, so home tuition ni lagi convenient lah bagi Nani. 
Hcube Education
Antara feedback parents yang dah pernah menggunakan tutor daripada Hcube Education ni. Mostly cakap prestasi anak anak dia orang dah semakin meningkat jadi lebih baik. Setiap mak ayah mesti ada letak harapan yang tinggi kan untuk anak anak berjaya dan sanggup buat apa aje untuk bantu anak anak termasuklah dapatkan guru yang terbaik. Korang pun boleh jugak dapatkan khidmat guru atau tutor daripada Hcube Education ni untuk bantu anak anak jadi lebih cemerlang. Oh ye, buat masa sekarang ni Hcube Education ni cuma ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan jugak Pulau Pinang. Secara peribadi, memang Nani recommend untuk korang guna Hcube Education ni. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh klik link website dekat bawah ni okay! 💙

Hair Mist Keluaran Astraea Beauty Mampu Merawat & Mengatasi Masalah Rambut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Bila cakap pasal penjagaan diri ni, bukannya muka aje yang kita nak kena jaga tapi dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. Selalunya ramai orang yang anggap rambut tu tak penting sangat, asal shampoo aje, okay dah settle. Pada Nani, sekurang kurangnya untuk rambut kena pakai shampoo, conditioner dan jugak serum baru lah rambut tu sihat. Cuma yang jadi masalah bila nak cari produk yang sesuai untuk kita pakai. Susah wak nak cari produk yang betul betul okay lagi lagi kalau jenis rambut yang cepat kusut bila kering. Satu lagi, kita kan bertudung so kadang kadang tu bila rambut still lagi basah & dah nak kena bersiap untuk keluar memang rambut akan cepat berbau dan kepam. Korang pun mesti ada masalah yang sama jugak kan? So hari ni Nani nak share dengan korang satu serum yang Nani sendiri dah try pakai. Berkesan okayy! Nani baru guna dalam dua minggu macam tu, nampaklah perubahan tu. Still ada lagi rambut kusut tapi tak lah macam dulu dah, memang jatuh cinta lah dengan serum keluaran Astraea Beauty ni hah. Korang pun seriously wajib try sebab memang best sangat! Tak macam serum yang Nani dah pernah try sebelum ni. 
Kelebihan Hair Mist by Astraea Beauty:
💙Mengurangkan dan merawat masalah rambut bercabang
💚Mengurangkan masalah kulit kepala dan rambut kering
💗Mengurangkan masalah rambut kusut dan kasar 
💛Mengurangkan masalah rambut berbau dan kepam
💜 Mengatasi masalah kulit kepala gatal
Bila Nani cakap best, maksudnya memang betul betul best dan berhasil bila pakai tu. Memang recommended untuk korang pun try jugak. Bukan senang nak jumpa produk yang best dengan harga mampu milik. Ingredients yang digunakan pun semua ada kelebihan tersendiri. Korang boleh check it out dekat bawah ni okay!
Witch Hazel
Merawat masalah rambut kering
Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
Castor Oil
Mengatasi kulit kepala kering
Mengatasi kurap pada kulit kepala
Menghitamkan, menyuburkan dan menebalkan rambut
Membuat rambut lebih berkilau
Almond Oil 
Memelihara kesihatan kulit kepala
Mencegah rambut gugur
Memperbaiki kerosakan rambut
Membersihkan kulit kepala
Memberi kilau pada rambut
Pro Vitamin B5
Melembapkan rambut
Merawat rambut rosak
Menjadikan rambut lebih sihat
Coconut Oil
Menyihatkan kulit kepala
Merawat masalah kelemumur
Merawat masalah rambut bercabang

Ini pulak antara feedback yang dah pernah try guna hair mist ni. See, macam yang Nani cakap tadi lah, rambut pun akan jadi wangi aje bila pakai. Oh ye produk ni bukan aje untuk wanita aje tau, lelaki pun sesuai jugak untuk pakai. Boleh lah ajak suami, tunang, abang, adik semua beli and try produk ni nanti. Hiks :)

Harga : RM 25 sebotol
Harga promo : RM 15 sebotol (sehingga 30 September)
Untuk korang yang ada masalah rambut tu, boleh lah try pulak guna hair serum ni okay! Daripada beli produk yang harganya boleh tahan mahal tu, baik korang guna produk ni. Memang berkesan dan sesuai sangat dengan Nani. Belum cuba belum tahu kan, so baik korang beli sekarang sementara dia orang tengah buat promotion ni. Ajak sekali kawan kawan beli okay! Nak guna hair mist ni pun senang sangat, spray aje dekat rambut lepas dah siap mandi. Memang dah jatuh cinta betul lah dengan hair mist keluaran Astraea Beauty ni hah, korang pun confirm akan jatuh cinta jugak lepas dah try nanti. Tunggu apa lagi tu, cecepat dapatkan hair mist ni tau! Untuk pembelian korang boleh dm dia orang melalui Twitter & Instagram. Nak lagi mudah, klik aje link dekat bawah ni okay!

Resepi Inti Karipap Kentang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Fuhh lama betul hilang dari 'radar' hari ni baru ada masa sikit nak duduk menghadap blog sendiri. Ingat weekend hari tu dapat lah jugak taip satu dua entry, sekali demam dengan pakej selsema pulak. Memang tak jadi apa lah bila tak sihat ni kan, satu kerja pun tak jalan. Mungkin sebab cuaca yang tak berapa nak menentu ni, tu yang mudah sangat sakit. Nak update blog time weekdays lagi lah tak sempat. Berganda ganda kerja nak buat sampai rasa 'me time' pun tak ada. Hahah! Baru ni time tak sihat tu lah baru dapat rasa nikmat berehat yang betul. Tidur cukup, makan aje tak berapa nak cukup sebab selera hilang. Hari ni baru rasa dah recover sepenuhnya. Alhamdulillah! Badan pun ada limit dia jugak kan, pnce bila dah penat sangat tapi push jugak buat kerja itu ini, tu lah yang buat kita jatuh sakit. Korang pun jaga diri elok elok, make sure dapat rehat yang secukupnya. Wah siap buat pesanan penaja lagi kan hari ni. Hahah! Okay lah hari ni Nani nak share Resepi Inti Karipap Kentang yang dah lama gila duduk dalam draft entry ni. Hahah! Bulan lepas buat karipap, baru ni ada masa nak share resepi. Phew! Korang boleh lah simpan resepi simple ni siap siap okay!
Ini lah rupa inti karipap kentang yang Nani buat hari tu. First time jugak try buat inti kentang ni, berdebar jugaklah kita ni hah sebab takut tak jadi. Hahaha! Boleh check it out bahan bahan dekat bawah ni okay! 
Bahan - Bahan:
Bawang besar (potong dadu)
Ubi Kentang (potong dadu)
Cili Kisar (ikut suka nak letak banyak mana)
Serbuk Kari (tiga sudu makan)
Serbuk Cili (tiga sudu makan)
Daun Sup (optional) 
Cara - Caranya:
1) Panaskan minyak masak, lepas tu tumiskan bawang besar tadi sehingga layu. Nani hari tu lebihkan sikit bawang ni sebab bau dia wangi. Tapi depends pada selera korang lah, kalau tak suka bawang boleh kurangkan. 
2) Bila bawang dah layu, boleh masukkan cili kisar tadi. Tumis sampai garing sikit. Selalu dalam lima ke 10 minit macam tu cili dah garing sebab kita letak sikit aje kan. Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Nani suka bancuh dengan air siap siap sebelum masuk dalam kuali. Ada sesetengah orang dia letak aje, tak bancuh dengan air. Ikut suka masing masing okay!
3) Kemudian masukkan ubi kentang dan tambah air. Masaklah sampai kentang tu lembut. Selagi kentang tak lembut, tambah air tau! Jangan lupa masukkan garam jugak.
4) Last sekali taburkan daun sup. Kalau tak nak pun tak apa. 
Siappp! Ini lah hasil karipap inti ubi kentang yang Nani buat hari tu. Karipap ni sedap buat banyak banyak lepas tu frozen kan dia. Time nak makan, goreng aje kan senang! Korang boleh lah try buat jugak karipap ni, serius berbaloi betul bila buat sendiri. Oh ye, karipap ni nampak sama aje saiz dia sebab Nani guna acuan hari tu. Tak pandai jugak nak kelim karipap sendiri. Hahahah! Hari tu ada jugaklah try buat kelim tu sendiri, tapi tak menjadi weh. Makin buruk ada lah Nani tengok. So kalau korang pun jenis 'keras tangan' macam Nani, beli aje acuan karipap tu okay! Selamat mencuba! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page