St Ives Green Tea Scrub Mampu Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tentang produk St Ives? Dalam banyak banyak produk St Ives ni, Nani paling suka dengan scrub keluaran dia orang, especially yang Green Tea punya. Serious masa mula mula guna dulu memang terus rasa 'jatuh cinta' dengan scrub ni sebab bau wangi sangat. Rasa nak pakai selalu pulak, tapi tak boleh lah sebab scrub ni orang akan pakai dua atau tiga kali seminggu bergantung pada kulit masing masing. Eheh. Selalunya Nani akan scrub muka dua kali aje dalam seminggu tu untuk hilangkan bintik hitam. Stress wei tengok bintik hitam dekat bahagian hidung ni, geram aje nak picit bagi hilang. Tapi bila dah ada Green Tea scrub daripada St Ives ni, makin senang kerja Nani. Tak payah gatal tangan nak picit, dua tiga kali guna scrub ni dah boleh nampak kesan dekat muka. Memang berkurang okay bintik hitam tu semua. Sukaa sangat lah bila tengok muka bersih macam ni. Hari tu ada jugak yang tanya, lelaki sesuai ke nak pakai scrub ni. Sesuai sangat awak, scrub ni fungsi dia untuk bersihkan lagi muka kita. Gitu. 
St Ives Green Tea Scrub
Sekarang packaging produk St Ives ni pun dah berwajah baru tau. Lagi cantik pada Nani. Heheh. Tak susah pun nak dapatkan scrub St Ives ni, korang boleh purchase dekat mana mana drug store. Macam Nani, memang beli dekat Watsons lah. Harga pun murah murah aje, dalam RM 23 untuk satu tube ni. Nak murah lagi, kena lah beli time promo. Kadang kadang bila promo boleh dapat dalam RM 16 macam tu aje. Jimat okay! Berbelanja lah dengan bijak. Hiks. 
St Ives Green Tea Scrub
Cara nak pakai scrub ni pun mudah aje. Nani selalunya akan basuh dulu muka dengan air biasa. Ada jugak sesetengah orang yang dia suggest untuk basuh dengan air suam. Mana mana pun boleh aje pada Nani. Lepas tu korang guna lah scrub ni, sapu slow slow pada muka especially part yang banyak blackhead/whitehead tu. Tunggu lah dalam seminit dua macam tu then boleh bilas dengan air. Siap! 
St Ives Green Tea Scrub
Serious lepas pakai scrub ni muka rasa licin dan lembut aje. Memang best sangat sangat. Dalam banyak banyak scrub yang Nani pernah guna, St Ives punya lah yang paling Nani suka. Selain daripada bau yang wangi tu, scrub ni boleh tahan lama jugak. Kadang lebih daripada sebulan boleh guna. Iye lah kita guna scrub bukannya hari hari kan. Seminggu tu dalam sekali dua aje kita scrub muka. 
St Ives Green Tea Scrub
Selain daripada scrub Green Tea ni, ada jugak scrub Apricot, scrub Oatmeal dan jugak scrub Coconut & Coffee. So korang boleh lah pilih antara empat ni yang mana paling sesuai dengan korang. Paling best sekali produk ni 100% menggunakan natural ingredients, memang selamat untuk digunakan. Daripada kita beli produk yang jenama entah apa apa dekat luar sana tu, baik lah melabur sikit duit beli produk yang macam ni. Nak jaga kulit muka ni tak susah mana pun, cuma rajin dengan tak aje. Heheh. Siapa lagi dekat sini yang guna scrub St Ives? Korang guna yang mana satu? Jom kongsi sikit dekat bawah. 


Mexicana Chicken Burger McDonald's

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk satu August pun hari ni, semakin menghampiri ke penghujung tahun 2018 nampaknya. Heheh. Baru ni ada penyakit 'malas' sikit nak memasak. Lagi satu sebab dah jemu makan air tangan sendiri, Cehh! So jalan penyelesaian yang paling mudah, kita guna khidmat McDelivery. Walaupun McDonald's depan rumah aje pun, tapi tetap jugak menggedik nak guna delivery. Hahaha! Dasar pemalas. Pejam mata aje lah kita bayar charge delivery sempat ringgit padahal dekat sangat dengan rumah. Sekali sekala guna McDdelivery apa salahnya ye dak. Hari tu Nani ada baca dekat twitter ramai yang bagi feedback & cakap burger baru Mexicana Chicken Burger Mcdonald's ni sedap! Nani pun terjebak sama jugak lah nak beli & rasa. Selalunya kalau pergi Mcd memang memanjang order ayam goreng tak pun McFlurry. Jarang sangat makan burger dekat Mcd ni sebab Nani bukan jenis minat burger sangat. Tapi dah sana sini orang cakap yang burger ni sedap kemain, so why not kan kita try pulak kali ni. 
Mexicana Chicken Burger McDonald's
 Tadaa ini lah satu set Mexicana Chicken Burger McDonald's ni hah. Macam biasa lah, ada burger, air dengan fries. Nani hari tu ambil set Large RM 20.80 sebab Nani tukar ambil air Milo. Kalau yang saiz Medium RM 17.90 macam tu & untuk A La Carte RM 15. Pada Nani macam rugi sikit kalau ambil yang jenis a la carte sebab beza duit ringgit aje dengan yang burger satu set. Better terus beli yang satu set punya. Gitu. So sedap ke tidak burger ni?

Mexicana Chicken Burger McDonald's
 Pada Nani burger ni biasa biasa aje rasa dia, tak ada lah sedap sangat sangat sampai rasa nak repeat order. Tapi ikut selera dan tekak masing - masing lah kan. Burger ni serius besar, kira memang kenyang lah bila makan tapi tak tahu lah kalau korang lapar lagi kan lepas tu. Hahah! Chicken patty tu besar dan rangup tapi Nani rasa dia ala ala nugget ayam gitu. Ada yang cakap burger ni pedas tapi Nani makan hari tu tak ada pulak rasa pedas walaupun memang dia orang ada letak sos jalapeno. Selain daripada sos jalapeno tu, ada jugak mayonis tomato istimewa dalam burger ni. 
Mexicana Chicken Burger McDonald's
Ini lah rupa dekat bahagian dalam burger ni. Kalau korang jenis peminat burger, wajib lah try ni. Tak sure sampai bila burger ni ada, selalunya dua tiga bulan macam tu aje. Nani ni hari tu saja order sebab ramai yang cakap sedap. Tapi sedap tu subjektif kan, ikut selera masing - masing. Gitu. Nani bagi rate 3.5/5 untuk Mexicana Chicken Burger McDonald's ni. Hari tu nak order jugak Strawberry Pie tapi dah habis pulak, yang ada just Apple Pie. Sobs. Sebab Strawberry Pie tu tak ada lah, Nani kena buat order untuk delivery dua kali. Iye lah, mana boleh main cancel cancel gitu aje kan bila guna sistem ni. Heheh. Next time lah kita try Strawberry Pie pulak. Korang pulak dah try ke Mexicana Chicken Burger McDonald's ni?

KFC Loaded Go Bowl

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah tengah hari baru sempat nak update blog, dari pagi busy kemain siapkan kerja yang tak pernah habis. Heheh. Kisahnya baru ni pergi tengok movie Skyscraper lakonan Dwayne Johnson (The Rock). Ikutkan plan asal nak tengok movie Brother Of The Year tapi waktu tayangan petang pulak. So kita tengok aje lah movie apa yang ada. Not bad jugaklah movie Skyscraper tu and kalau korang sejenis yang suka layan movie yang genre action macam ni, nah memang wajib pergi tengok. Cuma pada aku ada certain scenes yang macam tak berapa nak logik. Hahah! Tapi worth lah untuk tengok. Rasanya dah lama gila tak tengok movie ni, last tengok cerita Pinjamkan Hatiku kot ke By My Side entah. Dah kenapa tajuk entry pasal KFC tiba tiba jadi movie review. Hahah! Jauh kemain pusing. Hari tu ingat nak buat satu entry betul review movie ni tapi tu lah tak ada masa. Sekali kan aje lah macam ni, senang! Okay lah back to the topic, finally dapat jugak rasa KFC Loaded Go Bowl yang baru ni. Awal awal hari tu kemain viral ni dekat twitter, Nani pun terjebak sama beli. 
KFC Loaded Go Bowl
Loaded Go Bowl (RM 3.70)
Since movie Skyscraper hari tu start pukul 12, sempat lah sebelum tu 'brunch' dulu dekat KFC. Actually Loaded Go Bowl ni lebih kurang aje macam yang Loaded Potato Bowl tu, cumanya yang ni dia gantikan kentang putar tu dengan fries and tak ada jagung. Nani rasa lagi suka yang baru ni sebab tak muak sangat bila makan. Kalau yang Loaded Potato Bowl tu cepat muak dan jarang sangat boleh habis makan satu bekas tu. Hahah! 
KFC Loaded Go Bowl
Overall, not bad jugak lah Loaded Go Bowl ni, kenyang jugak okay makan satu bekas ni. Cuma kalau cheese letak lebih sikit lagi, memang ngam! Nampak aje macam banyak dalam gambar tu, tapi tak sampai bawah pun. Heheh. Fries & ayam yang dekat bawah bawah tu memang makan kosong gitu aje. Harga pun mura murah aje satu bekas ni. Selain daripada Loaded Go Bowl & Loaded Potato Bowl ni, ada jugak Original Go Bowl dengan Curry Lava Rice Bowl. Harga sama aje kot semua RM 3.70. Setakat ni pernah try dua tu aje lah, lain lain next time maybe. Korang pulak dah pernah try makan yang mana? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page