Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani kirim belikan Hokkaido Baked Cheese Tart. Kemain tau dia orang ni kirim semua yang mahal mahal. Hahah! Nani pernah makan sekali aje Hokkaido Cheese Tart ni, itu pun kawan yang bagi. Pada Nani okay lah rasa dia, cuma saiz cheese tart tu aje yang agak besar sikit. Bila makan tu cepat rasa muak lagi lagi kalau flavour yang coklat tu. Nani lagi suka kalau cheese tart ni jenis yang kecil & comel tu. Nani hari tu beli yang tiga biji terus so dapat dalam RM 14.90 kalau tak silap. Harga dia pun tak sama tau setiap flavour ni, ada yang mahal sikit. Hokkaido Cheese Tart ni selalu aje dia orang buat promo. Masa CNY baru ni ada promo buy 5 free 1. Kadang tu ada jugak buy 1 free 1, ikut luck masing masing lah kan. Hahah! Nani ingatkan dia orang just ada flavour original, coklat dengan matcha tu aje, rupanya ada jugak flavour durian dengan strawberry. Nani time tu dah siap bayar baru perasan yang flavour strawberry. Nampak sedap yang strawberry tu, lepas ni lah pulak baru kita try. Nak makan selalu koyak lah wak poket kita. Hahaha! Mahal ni walaupun sedap rasa cheese tart tu kan. 
Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCCKalau tanya pendapat Nani mana yang lagi sedap, haruslah yang original. Heheh. Rasa dia tu nice aje, tak manis sangat. Sedang eloklah. Tapi kalau yang coklat tu, struggle jugaklah nak habiskan sebab besar dan manis. Cepat muak bila kita makan tu. Nani tak beli flavour yang matcha sebab dia orang tak suka sangat makanan berasakan green tea semua ni. Eheh. Nani pun kureng jugaklah kecuali kalau air green tea susu tu, yang itu aje daku boleh telan. Lain lain tu memang kirim salam lah cerita. Hahah! Air green tea yang dekat Sushi King tu pun Nani tak mampu nak minum even dia orang cakap tak rasa apa apa pun. Hahah!

Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCC
Crust cheese tart tu even nampak macam tebal sikit daripada yang lain, tapi still sedap. Lembut gila crust dia tu. Nani hari tu simpan dalam peti ais dulu, baru sedap sikit makan bila dah sejuk. Setakat ni, dua flavour ni aje yang Nani pernah rasa. Durian, Matcha dengan Strawberry tu next time lah kot, tapi rasanya nak try yang strawberry aje. Durian dengan Matcha tu macam tak berminat sangat nak try. Heheh. Durian tu kuat jugak okay bau dia, dia orang pun letak asing cheese tart durian dengan cheese tart yang flavour lain. Hokkaido Cheese Tart ni, ada banyak aje cawangan dia orang, nak nak kalau dalam mall tu. Heheh. Korang pulak dah pernah try ke Hokkaido Cheese Tart ni? 


Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangat sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang. Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!
top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom
Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!

Ahmad Lim Black Pancake

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Minggu ni memang penuh dengan entry makan makan aje lah. Hahah! Baru ni kawan Nani belanja makan Ahmad Lim  Black Pancake yang famous kemain tu. Dah lama kot plan nak pergi sini ramai ramai tapi selalu tak menjadi. Hahah! Iye lah sebab pancake dia boleh tahan jugak besar, harga pun fuhh! Tapi sekali sekala nak pergi makan, nak rasa it's okay lah. Makan mahal selalu, koyak lah poket hujung bulan. Ye takk? Kalau pergi ramai ramai sini okay lah nak share sikit sorang duit tu. Setahu Nani dia orang ada cawangan dekat Bangi dengan Wangsa Maju, tak sure dekat tempat lain ada ke tak. Tapi cawangan yang dekat Wangsa Maju ni tak besar mana pun. Heheh. Even harga dia agak mahal tapi berbaloi lah pada Nani sebab besar, memang puas hati. Cuma kalau makan setakat dua tiga orang aje, memang puas lah nak habiskan pancake tu. Plus, pancake dia pulak manis kan dengan topping semua tu lagi, cepat muak sikit bila makan. Nani hari tu boleh makan dua potong aje lepas tu I surrender. Hahah! Tapi dah beli mahal mahal, rugi woo kalau tak makan sampai habis. Korang boleh tengok dekat bawah ni topping apa yang ada.
Ahmad Lim Black Pancake
Flavour Nutella dengan Skippy tu yang paling murah okaay! Sebab tu lah kena ajak empat ke lima orang baru ngam. Kawan Nani hari tu dia beli yang topping Nutella. Crust tu pulak, elok kalau ambil yang nipis sikit so tak cepat sangat muak bila kita makan tu. 
Ahmad Lim Black Pancake
Ini lah rupa Ahmad Lim Black Pancake yang orang selalu sebut sebut tu. Nani pun baru ni first time makan. Dia ala ala apam balik tu jugak cuma ni versi 'mewah' sikit daripada yang biasa. Kalau dekat Indonesia famous jugak pancake yang topping macam ni. Pada pendapat Nani sedap lah, cuma nya manis sikit sebab Nutella kan. Kalau topping lain macam cheese tu maybe okay sikit kot. Ada yang pernah try ke? Kalau pernah try, boleh lah share feedback dekat bawah. Mana tahu next time pergi, boleh lah Nani try flavour lain pulak. Selain daripada pancake, dekat sini famous jugak noodle dia orang yang sampai tahap berapi tu. Nani tak pernah try lagi, orang cakap pedas sangat sampai boleh menangis. Hahaha! Seram pulak kita yang baca ni, tapi teringin nak rasa. Korang pernah pergi Ahmad Lim Black Pancake ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page