Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share tentang salah satu produk yang sangat bagus untuk kita consume setiap hari. Tak kira lah korang dan berkahwin ke belum, kesihatan dalaman kena lah jaga jugak kan. Wajiblah untuk cantik luar dan dalam. Gitteww! Korang pernah dengar tak produk jenama Femingra keluaran Max Well Health ni? Untuk pengetahuan korang, produk Femingra diformulasikan khas dari 7 bahan organik utama yang berpekatan tinggi serta diperkaya dengan teknologi MPPT (Micro Pine Pollen Technology). Macam yang kita semua tahu lah, bila produk yang mengandungi bahan bahan organik ni memang paling bagus untuk kita guna sebab dapat membantu untuk meningkatkan tahap kesuburan wanita. Betul takkk? Heheh. So, untuk korang yang ada masalah dalaman wanita tu, boleh lah cuba consume Femingra lepas ni. Mana lah tahu, dengan menggunakan Femingra ni masalah dalaman korang tu dapat diatasi. Belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak menyesal. Bila Nani baca khasiat Femingra ni, memang serius tak sabar nak try sebab banyak sangat khasiat yang kita boleh dapat. Memang bagus dan best sangatlah sebab tu Nani nak ajak korang jugak untuk cuba! 😍
Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik
KELEBIHAN PRODUK FEMINGRA
💜Melancarkan sistem pencernaan dan membantu meningkatkan peredaran darah.
💜Kaya dengan pelbagai nutrisi, mineral dan kandungan vitamin termasuk anti - oksidan.
💜Makanan tambahan untuk anti-penuaan, keseimbangan hormon dan meningkatkan kesuburan.
💜Mengetatkan tisu dalam wanita serta mengelakkan pendarahan rahim, keputihan dan lendiran abnormal.
💜Membantu mengawal pendarahan dan intensiti kitaran bulanan serta mengatasi masalah penghadaman.
💜Meningkatkan stamina dan daya tahan semulajadi, mengurangkan stress serta mengawal insomnia
💜Mengelakkan gejala menopaus, melembapkan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi tubuh.
Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik
 Macam yang Nani bagi tahu tadi, produk yang berasaskan bahan bahan organik ni memang bagus dan banyak sangat khasiatnya. Korang boleh baca sendiri dekat bawah ni khasiat setiap bahan organik yang terdapat di dalam produk Femingra ni hah.m
1. Pine Pollen
+Mengandungi 8 jenis asid amino penting
+Trend terkini dalam Superfood
+Agen anti penuaan
+Pemulihan keinginan seksual
+Mengembalikan stamina dan kecergasan
+Mencegah penyakit
2. Buah Markisa
+Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin
+Tinggi kandungan antioksida
+Membantu meningkatkan peredaran darah
+Melancarkan pencernaan
+Merangsang sistem imun tubuh
+Mempekuatkan tulang
3.Horny Goat Weed (Epimedium)

+Merangsang libido & daya seksual wanita
+Menggalakkan aliran darah
+Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause
+Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause
4. Akar Maca
+Afrodisiak yang hebat
+Mengimbangi hormon seks
+Meningkatan keinginan 'bersama'
+Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam dan masalah kemurungan
5. Manjakani
+Mengetatkan tisu dalaman wanita
+Menegangkan kulit
+Terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj
+Menghapuskan bau di kawasan kemaluan
+Membantu menegangkan payudara
6. Habbatus Sauda 
+Membantu mengawal pendarahan haid
+Mengawal intensiti kitaran bulanan
+Mengurangkan masalah penghadaman
+Pelembap yang baik untuk kulit dan rambut
+Mempunyai ciri ciri anti-radang
+Sangat tinggi antioksidan
7. Tribulus Terrestris
+Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita
+Mengurangkan gejala menopause 
+Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah
8. Pueraria Mirifica
+Merangsang nafsu
+Meningkatkan kelembapan faraj
+Meningkatkan saiz payudara
+Mengalakkan penghasilan kolagen
+Memberi kesan awet muda
Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik
Kalau korang nak tahu, Rahsia Keberkesanan Femingra ni adalah Pine Pollen atau pun dikenali jugak sebagai Debunga Pain. Kelebihan Debunga Pain, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti Vitamin A, Vitamin D, Vitamin  E, Asid Folik dan macam macam lagi lah. Senang cakap, Pine Pollen ni memang mengandungi protein yang lengkap dan sesuai sangat untuk tubuh badan kita. Untuk yang tengah ikhtiar nak dapatkan baby pun boleh jugak amalkan Femingra ni. Tapi untuk wanita mengandung, seelok eloknyanya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum korang amalkan Femingra ni tau!
Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik
Dalam satu kotak Femingra ni terdapat 15 sachet tau, cara nak minum pun tersangatlah mudah. Korang cuma perlu bancuh sepaket Femingra bersama air air sejuk atau suam, lebih kurang 120 ml. Nani ni memang sejenis yang susah jugak nak amalkan minuman kesihatan macam ni sebab kadang kadang ada rasa tak berapa nak sedap. Tapi lain pulak dengan Femingra ni, memang Nani boleh minum. Bila ada buah markisa tu, memang bau pun dah sedap, tak macam produk lain yang Nani pernah try sebelum ni. Ada tu yang sampai kena tutup hidung baru boleh Nani minum. 
Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik
Bila waktu yang paling sesuai nak ambil Femingra ni? Seelok eloknya ambil sebelum makan pada waktu pagi atau tengah hari. Nani selalunya minum siap siap waktu pagi tu. Heheh. Femingra ni tak digalakkan untuk diambil pada waktu malam tau korangg!  Dekat bawah ni pulak antara testimoni pengguna yang telah consume produk Femingra. Memang terbukti berkesan! 
Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik

Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik

Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik

Femingra | Produk Berasaskan Bahan Bahan Organik
Nani sendiri pun dah try produk Femingra ni, memang terasa lah kelainan nya. Kalau sebelum ni selalu ada masalah susah nak tidur malam, sekarang ni letak aje kepala terus lena sampai ke pagi. Hahah! Kadang kadang bila badan penat tapi tak boleh tidur ni memang seksa jiwa raga tau, dah lah esoknya nak bangun pagi. Badan pun rasa lebih ringan dan sentiasa bertenaga, tak ada lah lemau semacam walaupun kerja bertimbun nak kena siapkan. So, Nani pun nak ajak korang jugak untuk try sendiri produk Femingra. Walaupun kelebihan Femingra ni banyak manfaat kepada yang dah berumah tangga tapi tak salah kita yang bujang ni nak cuba jugak. Heheh. Jaga dari sekarang lagi bagus okayy! Macam mana nak beli produk Femingra ni? Mudah aje, korang klik Cara Pembelian Femingra nanti boleh purchase dekat situ okay! Untuk maklumat yang lebih details, korang boleh klik laman web dan facebook dekat bawah. Selamat mencuba uolsss! 
Facebook : Max Well Health 
Instagram : Max Well Health
WhatsApp : 012 326 3304

Waroeng Penyet di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tak pasal Waroeng Penyet ni? Ahad lepas baru Nani sempat terjah Waroeng Penyet yang dekat NU Sentral. Sebelum ni bila pegi mesti full house sampai keluar beratur. Nani cuma tahu dua cawangan aje Waroeng Penyet ni, satu yang dekat NU Sentral dengan Mid Valley. Mid Valley tu pun baru aje buka kalau tak silap. Lain lain cawangan tak pasti ada dekat mana, nanti korang boleh check it out dekat website dia orang okay! Nani hari tu pergi awal dalam pukul 11 lebih pagi macam tu, rupanya dia orang punya operation hour start pukul 12 tengah hari. Hahah! Mana lah Nani tahu, ingatkan memang dari pagi dah buka. Tapi boleh aje masuk duduk dalam tu sementara nak tunggu pukul 12 tengah hari. Sebab sampai awal so tak ramai sangatlah orang walaupun hari tu hujung minggu. Selalu baca review orang aje cakap Waroeng Penyet ni sedap, kali ni baru dapat merasa sendiri. Serius ada banyak sangat pilihan makanan tradisi Indonesia dekat sini, patutlah selalu sangat full house lagi lagi time lunch hour. Phew! Konsepnya dekat sini kita order & bayar dekat kaunter, lepas tu nanti dia orang akan hantar dekat table kita. Gitu. Pada Nani harga dekat sini worth lah, standard makan dalam mall. Heheh.  
Waroeng Penyet di NU Sentral
Ayam Panggang bahagian paha yang jadi pilihan Nani baru ni. Kalau tak nak paha, korang boleh pilih bahagian dada dan harga dia lain lain okay. Macam bahagian paha ni RM 11.50 sepinggan tak termasuk Nani tau. Nasi kena add on lain, jangan pulak korang order ayam tak tambah nasi. Heheh. Total semua sekali Nani makan hari tu RM 17.40 sekali dengan ais lemon tea. Kalau datang makan time weekdays ada promo luch hour kalau tak silap Nani. Heheh. Yang bestnya dekat sini haruslah sambal tu. Ada berjenis jenis sambal, dari paling tak pedas sampai lah pedas berapi. Hahah! Boleh lah pilih ikut selera & tahap kepedasan masing masing. 
Waroeng Penyet di NU Sentral
Ayam panggang dekat Waroeng Penyet ni serius sedap ya amat. Garing dekat luar lepas cukuplah rasa semua. Memang kena lah dengan citarasa Nani. Rasa nak pergi makan dekat sana hari hari pun hado. Hahah! Ayam dia pun saiz besar, padanlah dengan harga kan. Selain daripada ayam panggang ni, ada jugak ayam goreng biasa tu dan lagi murah dari ayam panggang ni. Actually ada banyak lagi menu lain kalau nak add on macam sambal terung, kangkung belacan dan macam macam lagi lah. Next time Nani nak singgah lagi makan dekat sini, nak try menu yang lain pulak. Eh? Semua nampak sedap tau dekat sini, tempat pun selesa sangat. Korang pulak pernah tak makan dekat Waroeng Penyet ni? 

Laptop Asus Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rasanya dulu dah pernah cerita pasal laptop Nani yang rosak tiba tiba ni. Sedih teruk bila tak ada laptop ni, sebab semua bergantung pada handphone. Hujung tahun lepas lah yang paling buat mood Nani down bila laptop & handphone rosak tiba tiba. Satu kerja pun tak jalan. Bila handphone dah okay, laptop pulak buat hal. Ingatkan bila hantar kedai boleh baiki sekali dia cakap tak boleh baiki terus. Haa memang menangis tak berlagu lah cerita dia. Sebab kerja Nani memang nak kena menghadap laptop siapkan itu ini, bila tak ada laptop satu kerja pun tak jalan. Nak kata ada terjatuh ke apa, memang tak pernah langsung laptop ni jatuh. Memang siap jaga sepenuh kasih sayang, jiwa dan raga lah tiba tiba aje dia rosak. Selama empat tahun Nani guna, memang elok, sekali dia rosak terus jalan, tak boleh nak diselamatkan lagi. Hahah! Sedih jugaklah sikit sebab ada banyak gambar apa semua Nani simpan dalam laptop lama tu. Ada certain aje gambar yang Nani dapat, lain lain hilang macam tu aje. Phew! Tak tahu lah apa masalahnya sebab tiba tiba aje laptop ni terpadam dan screen jadi gelap. Sampai kesudah jadi macam tu. Orang kedai tu cakap dia terbakar dekat dalam. Mungkn time tu Nani guna lama sangat kot sebab tu dia terbakar. Serius Nani tak tahu nak respon macam mana bila dia cakap terbakar tu sebab rasa selama ni elok aje guna. 
Nampaknya memang sampai sini aje lah jodoh dengan laptop hp. Tak pernah sekali pun rosak sepanjang Nani guna, itu yang sedih sangat bila dia rosak terus. Sayang gila dengan laptop ni sebab banyak berjasa dekat Nani. Heheh. Laptop pun helok sangat lagi, tak ada calar apa semua. Tapi nak buat macam mana, bila dah tak boleh baiki, memang kena beli yang baru lah. Mula hari tu Nani ingat nak pinjam laptop ibu Nani aje dulu buat sementara waktu, tapi sebab ibu Nani pun nak guna laptop buat kerja, so kena lah beli laptop lain jugak. Nani pun tak sempat nak survey sangat laptop baru ni, lagipun dekat Pahang tak banyak sangat pilihan yang ada. Mana yang nampak okay features apa semua, itu lah yang Nani ambil. Lagi pun dah kesuntukan masa pun iye jugak so tak boleh lah nak memilih sangat. Kerja banyak nak kena settle. Heheh. 
Pilih punya pilih, sudahnya jenama Asus X44IU ni jugak yang jadi pilihan Nani. Ikutkan harga asal laptop ni RM 1999 tapi dapat RM 1850 sekali dengan anti virus yang basic. Ada jugak laptop yang dalam 2k tapi tak nak lah yang mahal mahal sangat, asalkan boleh guna untuk kerja Nani jadi lah. Heheh. Warna maroon sama jugak macam laptop dulu sebab dah tak ada warna lain. Heheh. Harapnya laptop yang ni boleh lah berkhidmat lebih lama dengan Nani. Janganlah rosak rosak lagi dah, susah hati kita ni hah. Siang malam fikir macam mana nak settle kan kerja without laptop. Menaip guna handphone sangatlah seksa jiwa raga sebab kecik aje nampak semua tulisan. Hahaha! Stress aje menulis lepas tu bila proofreading hah bersepah sana sini typo. Phew! Hopefully bila ada laptop baru ni, makin rajin lah update blog. Eh? 😆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page