Thai Bread Chicken Creamy

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu time balik Pahang masa cuti Deepavali dapatlah jugak rasa Thai Bread Chicken Creamy ni hah. Jangan nak tanya resepi pulak eh korang sebab ni mak cik Nani yang buatkan. Heheh. First time makan, serius sedaap. Hari tu Nani rasa yang chicken creamy ni aje, ada jugak inti sardin dengan chicken thai kot nama dia. Hahah! Tak ingat pulak sebab dah berzaman makan baru sempat buat entry. Kahkah! Thai bread ni ala ala burger malaysia tapi yang ni lagi sedaap. Sebab roti tu rangup sangat walaupun dah sejuk. Tak tahu lah macam mana mak cik Nani buat. Hahah! Hari tu dia bagi yang dah siap terus dekat Nani.   
Comot sangat okay aku sumbat isi ayam dalam roti ni. Hahaha! Nani pun tergoreng lama tu yang warna roti jadi macam gelap gelap sikit. Susah jugak rupanya nak sumbat isi ayam tu dalam roti (sebab tak biasa buat kot) Hahah! Nanti lah cuti kita belajar buat roti ni pulak. Eh? 
Serius sedaap, tak sure area Kl ni ada orang jual ke tidak. Isi ayam tu pun even creamy tapi tetap jugak rasa pedas daripada lada hitam. Next time balik Pahang nak try yang inti lain pulak. Hari tu dapat balik sekejap aje tak sempat nak rasa semua. Hahah! Mak cik Nani ni memang dia ada bakery sendiri so bab bab buat roti ni memang tak ada hal lah. Cuma daku je yang fail lagi nak buat roti. Hahaha! Korang dah pernah makan Thai Bread ni?  

Jualan Murah Super 11.11 di Shopee

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang!Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.
Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi. 
 “Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111.
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play. 

Dapur Bujang

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu balik Pahang masa cuti Deepavali kemain rajin masak macam macam. Hahah! Lepas gian katanyaaa. Kali ni kita try and error buat pajeri terung. Nani lagi suka pajeri terung daripada pajeri nenas. Heheh. Selama ni tahu makan aje, kali ni kita try masak sendiri pulak. Tapi dengan bantuan ibu lah, first time kan. Kang tersalah buat, habis kena kutuk tak sedap. Hahah! Rupa rupanya tak susah mana pun nak buat pajeri terung ni hah. Eh? Dah pandai boleh lah kan cakap senang. Aiwah. Serius tau resepi ibu Nani ni mudah sangat. Masuk itu, ini lepas tu siappp! InshaAllah next time Nani kongsikan resepi pulak okay! 
Masak ni jadi mudah & senang bila semua bahan ada dekat dapur. Hahah! Nani kadang bila bahan tak cukup mula lah rasa malasnya hoi nak buat. Tapi kalau time tu mood rajin dan teringin sangat nak makan datang, sanggup pergi beli semua barang. Heheh. Hari tu sempat buat pajeri terung, pengat pisang dengan popia sira. Tapi gambar popia sira nya nan hado. Hahah! Terlupa nak ambil sebab takzabaar nak makan. Aiyoo 😂   
Pajeri Terung. 
Lighting macam over sikit tetiba nampak macam sambal terung bila sekali pandang. Hahah! Betul tak? Ibu cakap sedap pajeri terung yang ku masak hari tu. Hahahahh! Iyeee, saya memang suka puji masakan sendiri. Okay next time boleh buat lagi.
Pengat Pisang. 
Yang ni paling simple dan mudah nak buat. Nani panggil bubur pisang kadang kadang. Heheh. Semua jenis bubur macam ni memang senang sangat nak buat. Guna santan, gula melaka, daun pandan dengan garam je sikit. Masuk semua dalam periuk lepas tu masukkan pisang. Sedaap sangat. Kalau nak buat bubur kacang ke bubur cha cha ke pun sama jugak bahan bahannya. Cuma jangan tanya Nani pisang apa yang boleh dibuat pengat macam ni. Nani pun tak tahu. Hahaha! Selalunya tanya ibu dulu boleh tak pisang ni nak buat pengat. Heheh. Korang suka makan pajeri terung dengan pengat pisang ni? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page