Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Mentang mentang minggu lepas bukan main panjang cuti Raya Aidiladha, tiba tiba jadi lemau minggu ni. Hahah! Nak buat entry Raya ini pun bercinta nak siap hoi! Lepas dah tulis padam, tulis padam, sudahnya tutup laptop. Kahkah! Mood masih bercuti ni, itu yang malas aje rasa. Eheh. Kali ni Nani beraya di Raub, Pahang (family belah abah Nani). Tapi sebelum balik sana sempat lagi membakar lemang dekat rumah dulu. Abah Nani sejak dah pandai buat lemang sendiri ni, asyik nak buat lemang aje. Pantang rasa nak makan, mesti ajak buat lemang. Kadang bukan time Raya pun membakar lemang jugak wakk. Hahah! Selalunya buat tak banyak pun, dalam tiga kilo macam tu aje. Dapatlah dalam 14 - 15 batang lemang. Jadi lah kan setakat nak makan sendiri, bukan nak jual pun hah.
Nani ni duduk taman perumahan tau, jalan utama pulak tu so tiap kali orang lalu mesti ada yang tanya "nak jual ke tu?" Hahah! Ada tu yang nak beli walaupun abah cakap buat nak makan sendiri aje. Mujur lah hari tu cuaca elok sangat, dapatlah bakar lemang. Abah memang bakar dekat kawasan lapang depan rumah tu aje, tak ada pun buat atap ke apa. Kita orang bakar lemang, jiran depan kacau dodol. Meriaaah asap! Hahah! Tapi seronok buat sendiri ni, sebab puas hati.
Rendang ayam ni memang menu wajib tiap kali Raya. Tengok ibu Nani buat rendang kejap je dah siap. Hahah! Power betul kan mak mak ni bila memasak. Harap nanti bila dah jadi mak mak, seketul Inani pun boleh lincah dan power di dapur. Eh? Hahahah!
Ini pulak menu pagi Raya, mak cik Nani masak bihun sup. Ada jugak lemang, rendang ayam kampung dengan rendang landak. Jangan tanya apa rasa rendang landak tu, sebab Nani pun tak makan walaupun dah disogok beratus kali oleh mak cik dan pak cik kat kampung. Hahah! Dia orang cakap macam daging ayam tu rasa nya. Iya lah kot. Heheh. Nani memang kurang sikit kalau makanan pelik pelik ni. Pelik lah untuk yang jaraaang makan ni.
Laksa ni ibu Nani buat. Fuhh memang rasa macam Hari Raya Aidilfitri, macam macam makanan ada. Tahun ni tak banyak sangat orang buat korban dekat area rumah Nani ni. Tapi ada lah jugak dapat dalam dua kilo macam tu, dah selamat abah bakar hari Isnin baru ni. Hahah! Sementara semua orang ada dekat rumah, masak lah semua daging yang dapat tu.
Ini jiran belakang rumah Nani yang bagi. Tertunai jugak hasrat hati nak makan lontong. Hahah! Raya Aidilfitri haritu memang tak jumpa pun lontong. Rezeki betul jiran bagi ni, macam tahu tahu aje kaaann 😆 Hahah! Bila time Raya ni memang meriah dengan makanan aje lah, sampai tiap masa rasa kenyang. Hari tu pun ingatkan tak ada orang nak datang beraya, sekali kawan kawan abah dari Kajang datang. Haa gelabah masing - masing kemas rumah. Kahkah! Korang pulak beraya dekat mana baru ni?