Roti Canai Transfer Road Penang

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat sana awal awal pagi lagi dah keuar nak cari Roti Canai Transfer Road ni. Nani pun ambik pakej hotel yang tak include breakfast. Dekat Penang selain daripada banyak muzium yang boleh pergi, ada banyak jugak tempat makan yang best best untuk singgah. Heheh. Bila Nani google tempat makan sedap dekat Penang ni mesti salah satunya Roti Canai Tranfer Road. Memandangkan jarak kedai roti canai ni dengan Hotel Grand Inn yang Nani menginap tu tersangatlah dekat so kiterang jalan kaki aje. Cumanya memula hari tu Nani dengan kawan tersilap kedai. Hahah! Maklumlah jalan guna peta free tu faham faham je lah kan. Entah kedai siapa yang Nani masuk memula tu. Lepas dah naik rapid nak ke Batu Feringghi baru lah perasan kedai yang betul. Nani siap tanya lagi abang bas tu tau. Rupanya memang dekat sangat dengan hotel, dalam lima minit gitu. Tapi Nani tersilap jalan itu yang jadi tersalah kedai. Huhuh. 
So hari ketiga baru lah pergi ke kedai Roti Canai Transfer Road yang betul. Hahah! Masa Nani sampai tu sedang elok ada meja kosong. Langkah kanan gitu. Nak bagi mudahkan korang kalau nak makan dekat sini boleh cari stesen minyak Caltex. Kedai ni memang dekat sangat dengan stesen minyak tu. Actually not really said kedai lah, dia lebih kepada warung gitu. Heheh. Memang ramai orang tapi servis dia laju jugak lah. Seriously Nani blur sikit masa dia tanya nak order apa (faham faham je lah baru bangun tido kan, otak pun macam tak dapat nak hadam elok elok sangat πŸ˜†) 
Roti Canai Transfer Road Penang
Ini lah rupanya roti canai dengan ayam kari. Masa Nani order, dia tanya nak ayam ke daging terus lah jawab ayam (dia pulak tanya laju kemain, tak sempat nak hadam betul betul terus jawab ayam. Hahah). Ingatkan untuk kuah kari dia tanya tu, sekali ambik kau seketul ayam ada sekali atas roti canai tu. Ehehe. Memang sedap lah, kuah kari pekat dan pedas. I likee 😊 Selain daripada roti canai ni, roti bakar femes jugak dekat sini. Hari tu hampir hampir nak order roti bakar, nasib baik tak jadi. Makan ni pun dah rasa full sangat. 
Dekat sini konsep dia bayar asing - asing. Air bayar lain, roti canai bayar lain. Gitu. Masa orang tu hantar roti ni dia cakap 32 ringgit.Oi tercenggang jugaklah Nani tapi keluar jugak lah duit RM50 nak bayar kan. Terus lepas tu kawan Nani bisik "16 ringgit woo sarapan pagi ni." Terus terfikir takkan sebab ayam ni jadi 16 ringgit. Tapi lepas dia pulangkan duit baki balik sebenarnya tak sampai pun 16 ringgit, cuma RM6 aje sepinggan ni. Tak tahu lah abang tu tersasul atau sengaja nak kenakan. Hahahah! πŸ˜† Gelabah jugaklah aku memula tu dengar RM32. Kah!
Roti Canai Transfer Road Penang
kredit SINI 
Kedai ni tepi jalan aje dan ada jugak bas rapid yang lalu sini, senang aje kalau nak pergi. Memang sentiasa full house, lagi lagi kalau musim cuti. Nani hari tu pergi masa weekdays tak ada lah sesak sangat tapi dapat tempat duduk dah hujung hujung jugak. Hahah. Korang kalau ke Penang boleh lah ke sini, memang sedap dan terbaik roti canai dia. Mungkin next time boleh try roti bakar pulak. Hahah. Tapi next time Nani tu tu mungkin lagi lima enam tahun lah dengan orang tersayang  pulak mungkin. EhemπŸ˜† Gurau je, jangan serius sangat. Eh tapi mana tahu betul. Hahahhahahah! 

Wonderfood Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dekat Pulau Pinang memang ada macam macam muzium Nani tengok. Masa Nani ke sana hari tu cuma ada dua je muzium yang betul betul nak pergi dan salah satunya Wonderfood Museum Penang ni. Heheh. Iya lah pergi pun cuma empat hari tiga malam je, mana sempat nak pergi banyak banyak muzium πŸ˜†Untuk yang menggunakan kenderaan berkaki dua macam Nani hari tu agak mencabar jugaklah nak sampai ke muzium ni. Hahah! Tambah pulak Jalan Lebuh Pantai tu ada dekat bahagian kiri dengan kanan so macam was was tak tahu nak pergi yang belah mana satu. Sesat jugaklah hari tu nak sampai ke Wonderfood Museum ni. Tapi kalau korang guna Waze tak sesat punyalah. 
Tapi ada baik nya jugak sesat hari tu. Hahahah! Sebab nya masa sesat tu lah kiterang jumpa beberapa Street Art dengan ais kepal. Eh πŸ˜€ Sambil sambil nak cari muzium ni (dah lah tengah panas okeh) boleh lah menikmati ais kepal. Gitu. Kalau tak biasa area sana, memang susah sikit lah nak cari muzium ni lagi lagi orang luar kan. Heheh. Nani dengan kawan hari tu ingat nak naik beca sebab masa tu dah penat sangat tapi uncle tu pulak tak tahu dekat mana muzium ni. Sudahnya tanya jugak lah orang dekat situ, kalau tak kang makin sesat barat. 
Wonderfood Museum Penang
Masa nampak aje ni, terus rasa lega. Hahah! Sebab dah tak larat nak menapak lagi dah. Muzium ni bersebelahan dengan CIMB Bank. 
Wonderfood Museum Penang
 Harga tiket untuk masuk ke Wonderfood Museum :
Dewasa : RM 15 (MyKad)
Pelajar : RM10 (Student Card)
Kanak - Kanak : Percuma 
Kalau korang student bawa aje kad pelajar tu sebab mostly tempat yang Nani pergi dekat Penang ni , dengan kad pelajar tu boleh dapat harga lebih murah. Jimat lah sikit. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Mula mula Nani ingat tu lempeng bukan roti canai. Hahahah! Teruk betul lah ingat tu lempeng. Ayoyo Nani oi. Dekat muzium ni bukanlah setakat boleh tengok gambar makanna besar gedabak semata mata tapi boleh jugak tahu info tentang makanan yang ada dekat Malaysia ni. Sejarah wujudnya makanan tu pun boleh tahu jugak. Heheh. Ok lah siap boleh tambah ilmu pengetahuan lagi.
Wonderfood Museum Penang
 Alas meja tu memang dah sedia macam tu bukan sebab Nani tarik. Hahah! 
Wonderfood Museum Penang
Ini dekat bahagian makanan basi.Memang geli walaupun itu cuma replika. Nampak real sangat semua makanan yang berkulat tu semua. Dekat sini ada pekerja muzium ni yang akan tolong ambilkan gambar kita so jangan risau kalau datang sensorang. Heheh 😊
Wonderfood Museum Penang
 Telefon tu macam spoil kan gambar pulak. Hahah!
Wonderfood Museum Penang
 Bila lagi kan nak fefeeling ada gerai sendiri. Hahah! Hai orang sebelah jeling mee goreng yang I masak ke tu? πŸ˜†
Wonderfood Museum Penang
Laksa ni kalau makan kenyang berhari hari kot. Hahah! Siap berasap lagi tau, memang nampak macam laksa betul lah. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
 Ha nah quote untuk yang minat makan tu. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Dekat muzium ni ada jugak lah replika makanan yang boleh kita pegang macam peria ni dan ada jugak yang memang tak boleh pegang. Heheh. Memang kalau tengok makanan dekat sini rasa nak pegang pegang. Hahah! Nani ada jugak lah curi curi pegang replika makanan yang ada. Perasaan nak pegang tu membuak buak tau lagi lagi yang laksa, mee kari semua tu πŸ˜†Nak jugak tahu kan diorang guna apa untuk buat semua ni. Mohon jangan contohi ok. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
Ha pilih pilih nak makan apa. Macam yang ni diorang memang tak bagi sentuh tapi tu lah tangan ni degil. Hahah! Sentuh sikit sikit dah lah, jangan sampai engko pergi sentuh sampai tercabut pulak. Itu cari pasal sangat namanya. 
Wonderfood Museum Penang
Itu muka puas hati sebab dapat tengok macam macam makanan yang ada dekat sini. Heheh. Puas hati lah datang sini. Nani tak lama sangat pun dalam ni sebab tak ramai orang kan seronok lah nak bergambar. Pusing pusing dalam muzium ni lepas tu dah jumpa pintu keluar semula. Dekat dalam ni ada jugak jual keychain, coklat dengan kopi tapi harga boleh tahan jugak lah. Nani tak beli pun, gambar yang diorang ambil masa mula mula Nani sampai muzium ni pun Nani tak beli. Hahah! Untuk korang yang ingin berkunjung ke Wonderfood Museum Penang ni boleh lah waze alamat dekat bawah ni okeh. Memang enjoy πŸ˜‰
49, Lebuh Pantai,
10200 Georgetown Pulau Pinang.
Waktu Operasi : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang


Thank You Bloggers!

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa dua parcel ni sampai Nani tengah bercuti dekat Penang. Heheh. Jadinya tak sempat nak buat entry penghargaan untuk kakak kakak blogger yang cantik manis ni 😍 Rezeki awal tahun kata orang. Dah lama dah tak ada dapat hadiah dari kawan kawan blogger, bila dah dapat ni teruja dia lain macam sikit. Hahaha! Satu kiriman parcel daripada kak Suria Amanda sebab jadi  top comentor Disember dekat blog kak SA. Lagi satu parcel kiriman daripada SS dengan sis Jari Manis sebab terpilih jadi salah sorang pemenang giveaway diorang berdua hari tu. Apa apa pun terima kasih sangat sangat untuk setiap kiriman ni, moga jalinan di alam maya akan terus berkekalan. Gitchew πŸ˜‰
Hari tu kak SA cakap nak bagi Lipstick Kylie tu aje, sekali sampai ada mask dengan keychain dari Thailand jugak. Thank you sangat sangat kak SA. Moga makin murah rezeki akak lepas ni. Nani dah pernah jumpa kak SA dua kali. Heheh. Alhamdulillah bukan takat kenal di alam maya je tapi sampai dekat luar jugak 😊 Korang kalau nak cari resepi ke, nak baca tips ke boleh singgah blog kak SA. Nani tiap kali masuk blog kak SA mesti kecur air liur tengok gambar masakan air tangan kak SA. Agak agak bila dapat rasa ni? Eheheh πŸ˜‰
Yang ni pulak fridge magnet Shanghai dari SS & sis JM. Nani ni bukan selalu bertuah, tak sangka pulak kali ni terpilih jadi salah sorang pemenang. Thank you sangat sangat SS dan sis JM, moga makin dimurahkan rezeki jugak. Doakanlah Nani dapat ke luar negara jugak lepas ni. Eh πŸ˜†Mana tahu lepas ni berpeluang pulak kan nak jejak bumi Shanghai. Angan angan dulu nanti baru jadi kenyataan. Korang yang suka baca entry travel boleh singgah blog diorang berdua ni. Heheh. 

p/s : Dah seminggu balik dari bercuti tapi still rasa macam malas malas. Hahah. Mungkin kah sekeping hati tertinggal di Penang? Eh πŸ˜†
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page