Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang ๐Ÿ˜ Hari ni Nani teruja sangat nak kongsikan dengan korang pengalaman Nani sendiri menggunakan Serum Mawar keluaran Zeeta. Masa mula mula sampai produk ni dekat rumah, Nani memang dah tak sabar sangat nak cuba tau sebab Nani baca yang serum ni merupakan serum muka untuk kulit berminyak. Lepas dah seminggu guna serum muka keluaran Zeeta ni, Nani sendiri dapat rasakan kelainan kulit sendiri. Memang best sangat dan Nani memang cadangkan untuk korang guna. Ha kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal serum muka Zeeta ni kena lah baca entry ni sampai habis. Ehehe. Nani sebenarnya baru tahu pasal serum muka ni dan rasa menyesal sikit sebab tak tahu produk yang best macam ni ada dekat pasaran. Pernah tengok iklan tapi tu lah tak pernah terdetik pun nak cuba. Tapi lepas ni memang confirm produk keluaran Zeeta akan jadi produk pilihan Nani lah. Korang dekat sini ada tak pengguna produk Zeeta? ๐Ÿ˜‰
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Sebelum tu, korang tahu tak apa itu Serum Mawar Zeeta? Meh nak bagitahu, serum muka mawar ni mempunyai vitamin C, E, A serta zat omega 3 & 6 yang mana mampu untuk mengatasi masalah penuaan. Senang cakap serum ni merupakan serum anti penuaan dan jugak serum jerawat. Ha senang cakap memang banyak lah kelebihan mawar ni. Teruja tak korang baca ni? Hehe. So cara nak hilangkan jerawat dengan mudah guna lah serum mawar keluaran Zeeta ni okeh. Masa Nani guna produk ni memang rasa segar aje muka lepas tu. 
Dengan serumnya yang bau sangaaaat wangi, bila pakai tu automatik akan rasa selesa dan best sangat. Macam mana tak wangi kan, dah namanya pun menggunakan bunga mawar. Nani pakai bila dah nak tidur dan lepas mandi, memang syok sangat lah. Rasa tenang je lepas tu. Cara segarkan muka dengan cepat hanya perlu gunakan serum muka mawar keluaran Zeeta ni aje.  Lagi satu yang paaaaaling Nani suka sebab tak melekit lekit. Nani ni sangat tak suka produk yang melekit lekit, rasa tak selesa sangat. Setuju tak? 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
KELEBIHAN SERUM MAWAR ZEETA : 
๐Ÿ’œMengecilkan liang - liang pori wajah 
๐Ÿ’™Mengekalkan kulit yang anjal dan segar
๐Ÿ’œMenjadikan kulit wajah lebih gebu
๐Ÿ’™Menjadikan solekan di wajah lebih menyerlah & tahan lama
๐Ÿ’œUntuk terapi minda dan anti stress
๐Ÿ’™Boleh menghilangkan mengantuk
๐Ÿ’œBoleh melegakan selesema & resdung
Bayangkan eh korang beli sebotol ni tapi boleh dapat banyak sangat kelebihan. Mestilah untung sangat kan.Nani ni dah lah kadang kadang jenis yang malas nak pakai banyak banyak benda dekat muka so bila ada yang sekali gus banyak kelebihan macam ni, memang akan jadi pilihan utama lah. Heheh. Paling Nani suka kelebihan serum ni sebab boleh menjadikan terapi minda dan anti stress. Bau yang wangi tu memang sangat  menyenangkan.  Tak tahu nak describe macam mana lagi dah, korang wajib beli dan cuba sendiri. Memang confirm  tak akan wujud perkataan menyesal. Heheh ๐Ÿ˜Š Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Cara nak gunakan serum ni pun tersangatlah mudah jadi tak ada alasan nak skip guna. Korang tinggal spray aje dekat muka lepas tu sapu sapu sikit dah siap. Ohoi senang sangat. Lagi lah berganda ganda Nani suka kalau yang mudah mudah macam ni. Ye Nani ni spesis nak lawa tapi pemalas. Hahah! ๐Ÿ™ˆ Jadi kalau yang mudah macam ni, memang tak fikir banyak kali nak guna ๐Ÿ˜ƒ Setakat ni Nani rasa serum mawar Zeeta ni lah antara serum spray muka yang terbaik. Dekat bawah ni pulak antara testimoni berjaya yang menggunakan serum Zeeta mawar. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Nampak tak tu dia cakap rasa segar aje? Haa memang terbukti lah serum ni sangat berkesan. Korang boleh jugak bawak serum ni ke pejabat. So kalau rasa mengantuk, sembur aje dekat muka mesti segar bugar lepas tu. Ni lah antara petua menghilangkan mengantuk di pejabat yang korang boleh guna. Memang produk ni bukan aje untuk kecantikan tapi boleh jugak unuk jadikan produk menghilangkan mengantuk. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Untuk pengetahuan korang jugak, produk keluaran Zeeta terutamanya serum mawar Zeeta ni antara serum muka yang bagus dan murah. Zaman sekarang ni nak jadi cantik tak perlu pun keluar duit banyak. Produk macam ni pun kita boleh miliki dengan harga yang berpatutan. Sebotol serum mawar ni cuma berharga RM20 untuk semenanjung Malaysia dan RM25 untuk Sabah dan Sarawak. Murah sangaaat kan? Memang semua orang boleh guna lepas ni. Cara untuk dapatkan produk produk keluaran Zeeta ni, korang boleh WhatsApp ke nombor 019 220 9069 atau 013 330 8583. Tunggu apa lagi jom dapatkan serum mawar keluaran Zeeta. Memang berbaloi sangat ๐Ÿ˜
Website : www.zeeta.com.my
Facebook : Zeeta Pakar Mawar
Instagram : Zeeta Official 


Jalan Jalan di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat Pulau Pinang terus Nani dengan kawan ke Bukit Bendera. Pagi tu plan asal nak keluar pukul lapan cari roti canai transfer road sekali lewat jugak keluar. Hahah. Biasalah kita hanya mampu merancang. Eh ๐Ÿ˜† Sudahnya kita orang berdua keluar pukul sembilan lebih jugak kalau tak silap lepas tu boleh pulak tersalah kedai roti canai. Eheh. Dah siap makan baru tahu salah kedai, patutlah macam tak ramai orang. Siap makan terus ambil Rapid Penang ke Bukit Bendera. Dari Jeti nak ke Bukit Bendera tu kalau naik bas Rapid ni agak jauh jugaklah. Ambil masa dalam 30 ke 45 minit nak sampai sana. Biasalah kan Rapid ni ada tempat tempat berhenti dia, tu yang jadi lambat. Memang rasa nak tido pun ada jugak sementara nak sampai Bukit Bendera. Biasalah bila perut dah kenyang. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dalam pukul 10.30 pagi kita orang sampai Bukit Bendera. Masa ni cuaca dah panas walaupun pagi lagi. Tapi ok lah kan panas dari hujan. Heheh. Ingatkan tak ramai orang rupanya penuh jugak lah. Ramai tourist masa ni. Ini first time Nani sampai Bukit Bendera, selalu kalau ke Penang tak pernah sampai sini hah. 
Harga Tiket di Bukit Bendera
Ini lah harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera. Sebab student kan dapatlah harga lima ringgit aje. Ingatkan sekejap aje perjalanan rupanya ambil masa. Nani baru cadang nak duduk depan sekali tapi sebab ramai orang tak merasalah. Dapat masuk yang dekat bahagian tengah, berdiri pulak tu. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Ini lah orang yang bertanggungjawab bawa Nani jenjalan pusing Penang. Heheh. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
 Ye lah dah orang selalu duduk dekat kerusi macam patah ni, I pun nak jugak. Hahah ๐Ÿ˜†
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Merata rata dah kunci ni ada kan. Hahah! Yang dekat Bukit Bendera ni sampai berkarat pun ada awak. Time ni dah panas sangat so kita orang ambil gambar sekejap aje. Panas terik tak tahan. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dari atas ni boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Sayup sayup aje nampak. Heheh. Tapi masa Nani pergi makan dekat area Queensbay nampak jelas jambatan ni. Malam pulak masa tu, memang lawa sangat pemandangan ๐Ÿ˜
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dekat atas ni memang cantiklah view. Ada jugak masjid, temple, tempat burung hantu dan macam macam lagi lah. Kalau nak jalan jalan naik buggy car pun boleh jugak. Nani hari tu tanya lah jugak harga untuk buggy car tu. Rupanya dia charge per kereta bukan per person. Cancel teruslah sebab rasa tak berbaloi pulak bayar RM30 naik nya dua orang aje. Hahah. Kalau pergi ramai sesuai lah nak jalan jalan pusing atas ni dengan buggy car. Tapi kalau tak silap Nani lima minit je kot dia bawak pusing pusing. Lagi lah rasa macam tak nak naik. Baik jalan jalan guna kaki sendiri kan. 
Apa pun memang syoklah dapat naik atas ni. Sayup sayup je nampak bangunan dekat bawah tu. Kawan Nani cakap kalau datang petang lagi lah ramai orang. Hari tu Nani lama jugak dekat atas ni sebab pergi makan Lily Ice Kacang tu lagi. Heheh. Korang kalau ke Penang, wajib singgah Bukit Bendera ni tau. 

Lily Ice Kacang di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.
Haritu masa Nani naik Bukit Bendera boleh tahan jugaklah cuaca, panas terik. Naik pun dah tengah hari siapa suruh. Hahaha! Pagi tu kemain lengah lengahkan masa hah sekali dah sampai atas matahari elok atas kepala. Tapi dah datang dari jauh kan, explore lah dekat atas tu. Bila dah cuaca panas gitu memang tekak pun cepat je lah hausnya. Nani pun sebelum naik atas tu memang dah set siap siap dalam kepala nak makan dekat Lily Ice Kacang ni hah. Haritu viral pasal kedai ni dekat Twitter, haruslah Nani nak cuba jugak. Heheh. Memang pantang tahu pasal kedai kedai yang viral ni, mesti nak rasa jugak ๐Ÿ˜† Dekat situ ada banyaaak kedai yang jual ais kacang macam ni, korang janganlah tertukar pulak okeh. Heheh. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Cari kedai yang ada tulis ni tau. Tak susah pun nak cari sebab bila korang masuk dekat deretan kedai tu, Lily Ice Kacang ni kedai yang kedua tak silap Nani. Dekat sini semua self service tau, pilih dan bayar. Nanti dah siap diorang akan panggil dan ikut suka lah nak duduk belah mana pun. Tempat duduk ada banyak dekat sini, jangan risau. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Macam macam ada, pilih aje mana yang nak makan. Heheh. Nak makan starwberry celup coklat pun ada. Hah boleh lah kan nak fefeeling Cameron Highlands sikit. Ehehe. Nani hari tu rambang mata jugak nak pilih sebab semua nampak sedap. Itu nak try, ini nak try padahal dua orang je pun. Nak order banyak banyak rasa membazir pulak. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Taraaa ini lah yang Nani dengan kawan order, mango ice dengan chocolate strawberry ice. Setiap satu ni RM 10 dan portion banyak sangat. Puas jugaklah nak habiskan hari tu. Bila dapat makan buah sekali dengan ice cream tu memang nikmat!
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Buah yang diorang guna pun fresh sangat. Nani ni memang peminat buah mangga dapat pulak buah mangga yang manis hari tu, memang puas hati. Cumanya Nani tak tahu apa yang kecil kecil warna merah tu. Mula mula ingatkan sagu tapi bukan. Bila masuk mulut dia terus mencair. Tak tahu lah apebenda tapi sedap. Aiskrim tu pun diorang guna mango ice cream. Memang terbaik ๐Ÿ˜
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Yang ni pulak diorang guna aiskrim coklat, pun sedap jugak. Aiskrim tu banyak jugak yang diorang letak, memang berbaloi dengan harga yang kita bayar. Cumanya strawberry tu agak masam sampai pejam pejam mata makan. Hahah ๐Ÿ˜„
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Happy faces bila tertunai hajat hati nak merasa makan dekat sini. Heheh. Tempat dia memang santai sangat, sesuai lah kalau nak duduk lepaskan penat. Hari tu masa tengah makan, boleh pulak ada monyet datang bergayut dekat belakang Nani tu. Ohoi seram jugaklah masa tu takut dia mengacau. Hahahah! Nani ni dah lah spesis penakut. Tapi tak lama lepas tu ada orang halau. Biasalah dekat kawasan macam ni memang banyak monyet. Tourist yang luar negara semua seronoklah dapat tengok monyet macam tu, diorang siap ambil gambar lagi tau. Heheh. So korang yang berpeluang ke Bukit Bendera jangan lupa tau cari Lily Ice Kacang ni. Memang sedap ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page