Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Baru - baru ni Nani berkesempatan ikut kawan kawan blogger yang lain ke Melaka. Ini kiranya short trip ke Melaka lah dengan diorang. Memang short trip betul sebab cuma semalaman aje di Melaka. Hehe. Walaupun semalaman tapi meriah sangat - sangat okeh. Kiterang ke Melaka dan menginap di Homestay Idaman Villa yang terletak di Taman Kota Syahbandar. Apa yang best sangat Idaman Villa ni sebab terletak betul - betul di tengah Bandaraya Melaka. Bila terletak dekat bandar Melaka memang dekat lah bila nak ke Jonker Walk, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan banyak lagi lah. Villa Idaman ni mempunyai tiga tingkat jadi sesuai lah kalau datang dengan bilangan yang besar.
Villa Idaman tiga tingkat ni terdapat tujuh bilik tidur, enam tandas, tv di ruang tamu dan di bilik tidur serta Wifi. Memang syok dan selesa sangat lah bila semua kelengkapan disediakan sepenuhnya. Memang rasa macam duduk rumah sendiri lah. Korang kalau datang ke Melaka untuk bercuti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai pilihan yang utama.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini bahagian depan Idaman Villa. Tengok pun nampak macam eksklusif sangat kan. Laman rumah pun luas sangat, kalau anak - anak kecil nak main pun boleh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ruang tamu ini dilengkapi dengan sebuah televisyen yang mempunyai lebih daripada 50 siaran untuk ditonton. So boleh lah kalau nak tengok tv sampai ke pagi. Hahah. Wifi pun ada jugak dengan kelajuan 30Mbps. Jangan risau, walaupun ramai Internet tetap juga laju. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian dapur. Konsep ni ala ala dekat cofee bar gitu. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Meja makan yang boleh memuatkan dalam lapan orang dalam satu masa. Ini muka muka blogger yang ke Melaka hari tu. Ada yang korang kenal tak? Heheh. Jom tengok pulak bilik bilik yang ada dekat setiap tingkat di Idaman Villa ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini ruangan bilik untuk 1 - 1. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil queen dan juga bilik air. Untuk makluman korang, dekat Idaman Villa ni boleh juga kalau korang cuma nak sewa bilik aje. So kalau cuma datang bercuti dalam dua tiga orang boleh lah juga nak menginap di Idaman Villa.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-1 
Bilik 2-1 ini merupakan master bedroom. Dekat Idaman Villa ni terdapat dua master bedroom. Satu di tingkat dua manakala satu lagi di tingkat tiga. Setiap master bedroom dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz queen, televisyen, bilik air dan juga iron. Ada juga ruang balkoni untuk bersantai tau.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-2
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-3
Untuk bilik 2-2 dan bilik 2-3 dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz single dan sebuah bilik air. Kalau datang berkeluarga sesuai lah bilik macam ni untuk anak - anak. Heheh. Sebuah almari juga disediakan di dalam setiap bilik. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-1
Ini pulak master bedroom di tingkat tiga. Kemudahan yang disediakan sama juga seperti master bedroom di level dua. Cantik kan wallpaper dinding dekat belakang tu sebab nampak macam real sangat. Sekali pandang macam batu betul bukan wallpaper. Hehehe. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini juga merupakan katil di master bedroom tingkat tiga. Bilik untuk master bedroom ni sangat luas dan selesa. Nak berlari lari dalam bilik ni pun boleh. Hahah! Bilik dekat Idaman Villa ni ala ala glasshouse tau. Menarik sangat!
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-2
Ha ini lah bilik Nani dengan Zatie masa di Idaman Villa hari tu. Katil tu walaupun single bed tapi besar okeh. Memang selesa sangat lah tidur, Dalam bilik ni jugak terdapat kipas dan aircond so boleh pilih nak guna yang mana satu. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-3
Bilik 3-3 ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen dan bilik air berkongsi dengan bilik 3-2. Nampak kan macam glasshouse? Suka sangat sebab dari ruangan bilik ni boleh nampak pantai tau. Memang cantik sangatlah pemandangan.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ada juga disediakan ruangan balkoni yang kecil di bilik 3-3 ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian luar bilik di tingkat tiga. Ada sedikit ruang tamu kecil. Boleh lah kalau nak duduk bincang bincang sambil tengok pantai. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Dekat Idaman Villa ni bukan sahaja bilik yang tip top tapi kelengkapan dapur juga disediakan sepenuhnya oleh tuan empunya homestay ni. Kiterang hari tu siap buat BBQ lagi memandangkan BBQ pit disediakan di bahagian laman rumah. Memang kalau nak enjoy enjoy bercuti dengan family sesuai sangat menginap di Idaman Villa.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Jangan tak tahu dekat Idaman Villa ni korang boleh jugak nak memasak sebab semua keperluan seperti periuk nasi, heater, periuk memasak, pinggan, cawan pun disediakan juga. Peti ais pun ada kalau korang nak beli barang basah untuk dimasak. Eh semua benda lah ada dekat villa ni. Ha memang macam dekat rumah sendiri dah rasa bila menginap dekat sini tau.
Untuk korang yang nak bercuti ke Melaka nanti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai tempat penginapan korang. Memang selesa sangat menginap dekat sini sebab semua disediakan dengan lengkap. Kalau nak lebih mudah korang boleh juga membuat tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web di bawah atau terus sahaja meghubungi talian yang tertera. 
Nombor Telefon : 012- 2118246 / 016-2098623
Email : support@idamanvilla.com

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa gerak balik dari Langkawi Nani sempat singgah makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Dah lalu Perak, singgah lah pekena mee udang yang sedap sangat ni kan. Korang kalau ke Perak, memang Nani cadangkan singgah makan dekat sini. Bila Nani tengok dekat Google katanya ada juga cawangan Mee Udang Mak Jah ni dekat Wangsa Maju tapi tak pasti lah masih lagi beroperasi atau pun tak. Kalau ada yang tahu boleh lah kongsikan dekat ruang komen di bawah. Heheh. Nak sampai ke restoran ni agak jauh jugak lah, tapi sebab nak juga makan gigih pergi. Bila lagi kan nak cuba, bukan selalu dapat sampai tempat orang ni. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Masa ni dah pukul enam lebih, cuaca pun dah nak gelap tambah pula hujan rintik rintik sebab tu lighting tak berapa nak lawa. Heheh. Dekat restoran Mee Udang Mak Jah ni, pekerja diorang semua pakai baju dan tudung yang sama. Memang kemas sangat! 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
 Mee Udang Special (RM13.95)
Mee Udang Biasa (RM9.00)
Udang dekat sini besar besar okeh, puas hati dapat makan. Overall Nani suka sebab kuah mee udang ni pekat, lepas tu pedas pedas sikit. Marbelesss! Semangkuk ni banyak, memang padanlah dengan harga yang semangkuk RM13.95 ni kan. Heheh. Ada juga mee udang yang biasa tapi saiz udang tu standard yang biasa. Harga tu dah termasuk dengan GST. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Dekat sini bukan setakat ada mee udang saja tau, banyak lagi makanan lain yang berasaskan udang macam nasi goreng udang, udang celup tepung dan banyak lagi lah. Nani memang haruslah nak makan mee udang, bukan senang nak jumpa yang ikut citarasa tekak ni kan. Tempat makan pun luas sangat, sesuai kalau nak datang dengan bilangan yang ramai pun. Ada juga kemudahan seperti tandas dan surau yang disediakan. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Korang kalau dah sampai ke Perak, memang wajib singgah makan mee udang dekat sini. Even harga dia agak mahal tetapi berbaloi baloi sangat sebab sedap gilaaaa. Haih, entah bila lagi dapat makan Mee Udang di Kuala Sepetang ni. Mungkin kena cari jodoh orang sana. Eh laaaaarikkk! Hahaha! Nah pergi korang boleh refer alamat dan no telefon dekat bawah ni okeh. 5/5 bintang Nani bagi. Hehe. 
Kampung Menteri,
34650 Kuala Sepetang,
Perak Darul Ridzwan.
No telefon : +60 5-898 1400
Waktu Operasi : 12 tengah hari - 10 malam

Dapatkan Promosi Percutian Hujung Tahun di Traveloka!

Assalamualaikum & Hello.
Ha dah nak dekat dekat hujung tahun ni mesti ramai yang tengah plan nak pergi bercuti kan. Hujung tahun selalu nya memang ramai yang akan buat percutian dengan family betul tak? Iye lah time ni kan anak anak cuti sekolah, so boleh bawak jalan jalan keliling dunia sebab tak terikat dengan jadual waktu persekolahan. Nani pun selalu nya kalau nak buat short vacation dengan the whole family mesti pilih tarikh cuti sekolah sebab majoriti semua orang akan dapat pergi. Bercuti ni kalau tak ramai tak best oo, nanti macam suram aje. Nak buat aktiviti pun mesti tak syok sangat. Heheh. Selalu korang dengar Jualan Hujung Tahun je kan, kali ni Nani kongsikan tentang Promosi Percutian Hujung Tahun. Ha suka ke idok? Meh sini mana yang suka travel, yang suka bercuti tu baca entry ni. Nani nak mudahkan korang pergi bercuti lepas ni. Gitu.
Korang pernah dengar tentang website Traveloka? Traveloka merupakan salah satu laman web yang akan memudahkan carian korang untuk travel ke mana sahaja destinasi yang korang nak pergi. Destinasi tu pulak bukan sahaja terhad untuk dalam negara aje tau tapi antarabangsa pun ada jugak. Bila ada lama web macam ni memang dapat membantu sangat lah kan. Tambah pulak kalau kita ni tak pernah sampai pun tempat tu jadi laman web macam ni memang akan jadi tempat rujukan lah. Heheh. Pertama kali Nani buka website Traveloka ni Nani rasa macam teruja sangat nak explore semua benda yang ada. Bukan setakat boleh book tiket flight atau pun hotel aje tau tapi korang jugak boleh tahu tempat tempat yang menarik dan jugak sejarah tempat tersebut. Tak best lah kalau Nani cerita semua dekat sini kan, untuk korang yang nak tahu lebih lanjut kena lah ke website Traveloka, https://www.traveloka.com/en-my/  

Hujung tahun ni Traveloka mengadakan promosi jimat berganda ganda untuk korang yang ingin terbang dan bercuti ke mana sahaja destinasi tak kira lah luar negara atau pun dalam negara. Yay or yay? Hahah ! Gila nak cakap nay? Siapa tak nak harga promosi tambah pulak bila nak pergi bercuti ni kan. Kalau spesis macam Nani ni sah sah mata tu jadi blink blink bila nampak perkataan promosi. Kalau korang nak tahu, Traveloka bukan sahaja mengadakan promosi untuk penerbangan aje tau tapi untuk tempahan hotel jugak. Tak percaya? Ha korang pergi klik link ni cepat mesti korang pun akan rasa terus nak pergi bercuti lepas ni, https://www.traveloka.com/en-my/promotion. Haih memang boleh jimat berganda ganda sangat ni kan. Flight dah diskaun, hotel dah diskaun so nanti masa berjalan korang boleh habiskan duit untuk shopping sepuas hati. Eh :p 

Apa yang buat Nani rasa best sangat Traveloka ni korang jugak boleh tahu destinasi hotel popular yang ada di Cherating, Melaka, Langkawi, dan banyak lagi lah. Eh bukan dalam Malaysia aje tau korang, destinasi hotel popular di Bangkok pun ada. Senang cerita dekat Traveloka ni semua dah lengkap, korang tinggal pilih aje nak naik flight bila dan nak menginap di hotel mana. Tambah pulak tu siap ada diskaun lagi kan memang syok sangat lah. Nak pergi bercuti ni kena relax, untuk memudahkan kerja korang tengok aje dekat Traveloka. Sangat membantu korang dari semua segi. 
Melalui webiste Traveloka ni juga, korang boleh tahu rating hotel tersebut. Selalu nya tempat penginapan ni memang akan jadi perkara yang paling utama kan. Dah nama pun bercuti tentu lah nak bagi tenangkan fikiran, nak berseronok dan haruslah tempat penginapan pun kena best. Kalau tempat penginapan biasa biasa aje nanti rosak pulak mood nak bercuti tu kan. Tapi korang jangan lah fikir dekat Traveloka ni cuma ada hotel yang mewah dan terbaik aje. Korang boleh jugak tengok hotel bajet tapi dijamin akan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Apa yang penting ikut keselesaan dan bajet korang sendiri nak pilih penginapan yang macam mana. Heheh. Kan dah cakap tadi, Traveloka sediakan yang terbaik dan dapat memudahkan semua. Gitu !
So lepas ni dah tak payah pening nak fikir nak naik flight apa, nak book hotel mana. Korang buka aje website Traveloka, semua dah tersedia. Sesekali nak pergi bercuti tentu lah kita nak pilih yang best best aje semua, dan Traveloka sememangnya menyediakan itu. Traveloka kena jadikan pilihan utama tau lepas ni. Heheh. Selamat bercuti dan jangan lupa dapatkan Promosi Percutian Hujung Tahun dengan Traveloka untuk penjimatan yang berganda ganda ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page