Assalamualaikum & Hello.
Ha baru ni menghilangkan diri kejap ke bumi Langkawi. Dah lamaaaa sangat Nani ni tak bercuti, alang alang ada masa kasi lah chance rehatkan diri sendiri. Kalau tak silap 2009 kali terakhir ke Pulau Langkawi ni. Ha boleh kira sendiri lah kan berapa lama tak ke sana, Hahah ! Bila dah lama tak pergi haruslah teruja dia lain macam khenn nak terjah segala tempat yang ada dekat sana. Sampai Langkawi hari Sabtu tu dalam pukul 10 pagi, so sementara nak tunggu check in resort pukul tiga petang kiterang jalan jalan lah dulu kan. So tempat pertama yang dituju perusahaan minyak gamat. Wuhuuu ! Tempat wajib pergi kot ni. Hahah ! Borong lah segala jenis produk berasaskan gamat.
Dekat sini bukan takat ada minyak gamat aje okeh tapi bedak sejuk gamat pun hado. Tapi aku tak boleh lah guna sebab bau dia macam tak sebati dengan hidung ni hah. Hahahahah ! Tak tahu lah kan kalau korang boleh guna sebab deria bau kita lain lain. Gitchew. Masa Nani pergi dulu still ada lagi diorang tunjuk gamat yang masih hidup dalam air, sekarang dah takdek. Ahaa harus lah dah ada perubahan kan, dulu 2009 ni dah 2016. Ha dekat enam tahun takkan nak sama lagi Nani. Eheh.
Dekat sini bukan takat ada minyak gamat aje okeh tapi bedak sejuk gamat pun hado. Tapi aku tak boleh lah guna sebab bau dia macam tak sebati dengan hidung ni hah. Hahahahah ! Tak tahu lah kan kalau korang boleh guna sebab deria bau kita lain lain. Gitchew. Masa Nani pergi dulu still ada lagi diorang tunjuk gamat yang masih hidup dalam air, sekarang dah takdek. Ahaa harus lah dah ada perubahan kan, dulu 2009 ni dah 2016. Ha dekat enam tahun takkan nak sama lagi Nani. Eheh.
Perusahaan ni paling senang nak jumpa sebab dia tepi jalan aje lepas tu ada sebotol minyak gamat besar gedabak depan kilang ni hah. Ehehe. Rasanya Nusantara Maju ni yang paling femes kot sebab ada je minyak gamat yang jenama lain aku tengok.
Jangan Pulang Tanpanya ! Ahaa memang pun, paling tidak kalau pergi sini mesti akan beli jugak lepas tu buat stok dekat rumah. Cukup setahun kau takyah dah nak beli minyak gamat. Bila tengok ramuan minyak gamat ni banyak sangat okeh ramuan dia yang aku macam blur blur. Lols !
Minyak gamat yang sedang dimasak. Dulu pergi aku tak celup pun jari dalam ni walaupun orang cakap tak panas pun. Ye je kan tak panas. Baru ni pergi aku celup jugaklah jari nak rasa kan cemana. Hahah ! Tipuu betul siapa yang momok momokkan aku dulu tu. Panas okeh lepas tu rasa macam melekat lekat sangat dekat tangan. Memang tak sama lah macam yang dalam botol tu.
Gigih okeh nak bergambar dekat sini walaupun panas gila. Lama lama dalam ni memang boleh buat sauna lah cerita dia, Hahah ! Siap pakej dengan baju bau asap okeh.
Ini lah rupa ibu gamat yang dah kering lepas dimasak tu. Nani pun baru first time tengok yang dah kering macam ni. Dulu pergi tengok yang masih hidup dalam air tu.
Dah sampai kilang dia takkan nak tengok aje kan. Hahah ! Beli jugaklah sedozen ni. Eheh.
Kemain lebar senyum dapat jejak balik tempat ni. Ahaa. Tak lama pun dekat sini dalam tiga puluh ke empat puluh minit gitu aje hah. Ye lah setakat nak tengok cara menghasilkan minyak gamat aje kan lepas tu beli sikit sikit. Habis aje dekat sini, terus ke kedai menjual kain batik. Nani masa dekat kedai kain batik ni belek belek gitu je lah. Pakai kain batik pun tak, nak beli apanyaa. Hahahah ! Yang sebenarnya tak pandai pakai kain batik. Kalau pakai rasa macam pelik ya rabbi. Belum masuk part kain tu senget sebelah lah. Hahaha ! Kalau ada kain batik pun ku beli lepas tu jahit buat seluar. Kain batik pun boleh buat seluar dah sekarang. Eheh.
Ini lah serba sedikit pengalaman Nani ke Minyak Gamat Nusantara. Ehehe. Next entry kita cerita pasal jalan jalan di kawasan Beras Terbakar pulak okeh. Tungguuuu !